Saturday, December 26, 2009

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun


Mahathir Tetap Berjasa
Selama 22 Tahun


Oleh Shamsul Amri Baharuddin

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.

Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.

Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.

Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu. Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.

Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.

Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya. Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.

Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.

Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri. Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.

Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.

Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global. Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.

Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC. Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.

Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.

Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena.

- Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon). - Link asal AZLI SHUKRI

Sistem ekonomi kena utama kesejahteraan insan

Oleh Nik Mustapha Nik Hassan


Kepincangan pelaksanaan, ketidakadilan agihan sumber boleh tambah krisis dalam masyarakat

DUNIA menyaksikan bahawa pendekatan semasa yang diamalkan kebanyakan negara dalam menyusun dan membangunkan ekonomi membuahkan hasil yang tidak sempurna kepada kebajikan masyarakat. Pertumbuhan ekonomi dari segi angka tercapai tetapi jumlah yang miskin terus tertindas. Kos sara hidup terus meningkat. Natijahnya beban hidup masyarakat makin bertambah berat. Permasalahan ini dituruti dengan pelbagai masalah kemanusiaan lain yang ketara. Keruntuhan akhlak seperti rasuah menjadi-jadi. Kadar jenayah, kepincangan institusi keluarga dan ketidakadilan sosial menjadi fenomena yang jelas.

Jika permasalahan kemanusiaan ini berterusan, kebajikan dan kesejahteraan hidup manusia lambat-laun akan mengalami krisis yang ketara. Bahkan pada masa kini persepsi umum terhadap sesuatu tindakan oleh pihak berwajib banyak menimbul keraguan. Keadaan ini jika tidak dicari penyelesaian yang berkesan akan memusnahkan kehidupan bermasyarakat. Yakin diri dan yakin kepada institusi hidup bermasyarakat akan bertambah meleset.

Apatah lagi apabila pertumbuhan ekonomi semasa berada dalam suasana yang tidak menentu. Keadaan ekonomi di dunia maju, khususnya di negara Barat jelas mempamerkan usaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi tidak memperlihatkan satu arah yang memberangsangkan. Keadaan ekonomi semasa dianggap mampu bertahan hanya melalui pakej rangsangan hasil perbelanjaan defisit dasar fiskal. Berapa lama perbelanjaan defisit dapat diteruskan.

Sesebuah negara tidak mungkin berterusan mengambil tindakan sedemikian. Amerika Syarikat yang terus mengamalkan amalan berhutang sama ada di sektor awam dan swasta tidak akan dapat mempertahankan kedudukan ekonominya. Jumlah hutang kedua-dua sektor itu sudah melebihi US$50 trillion. Keruntuhan ekonomi Amerika Syarikat akan memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Pergantungan ekonomi di antara negara makin bertambah rapat. Sesetengah negara contohnya Jepun, sumber terbesar kepada kemajuan ekonominya banyak bergantung kepada negara pengimport terbesar barangan eksportnya iaitu Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat merundum, ekonomi Jepun turut mengalami kemelesetan. Begitu juga dengan pergantungan kepada pengaliran modal dari luar negara. Jika sumber modal luar negara menjadi faktor terpenting kepada pembangunan sesebuah ekonomi, kebergantungan ekonomi kepada sumber luar akan menjadi penentu utama kepada kemajuan ekonomi tempatan.
Dalam suasana sedemikian sudah tiba masanya untuk negara membangun memikirkan mengenai pendekatan baru dalam menyusun dan membangunkan negara. Malaysia tidak terkecuali.

Kebergantungan kepada sektor luar negara sangat penting diberi perhatian untuk mencapai kemajuan ekonomi negara. Tetapi lebih penting tumpuan turut diberi kepada kemantapan kekuatan faktor dalaman negara seperti penawaran sumber modal, tenaga buruh yang bermutu dan kuasa pasaran yang mantap dalam negara.

Apabila kedudukan ekonomi negara mengalami keadaan yang memberangsangkan, lebihan modal tempatan perlu mampu disalur kepada pembangunan kegiatan ekonomi. Dengan wujudnya pasaran tenaga buruh yang bermutu, kegiatan ekonomi di sektor nilai tambah yang tinggi mampu diwujudkan. Seterusnya kemantapan ekonomi negara hendaklah berkemampuan menggembleng keseluruhan tenaga rakyat menyertai dalam membangunkan ekonomi negara. Usaha sedemikian akan membolehkan ekonomi mencapai guna tenaga penuh dan kemiskinan rakyat dapat diselesaikan.

Hala tuju ekonomi berkenaan perlu disokong oleh dasar fiskal dan kewangan yang mantap. Sektor swasta mesti turut serta berperanan secara muafakat berusaha bersama dalam memajukan negara. Jalinan usaha secara berpadu di antara sektor awam dan swasta akan mewujudkan suasana harmonis dalam menyusun dan membangunkan negara.
Kemajuan ekonomi yang diperoleh sedemikian akan membina kekuatan kuasa pasaran dalam negara. Kekuatan kuasa pasaran dalam negara membolehkan sesebuah ekonomi lebih berkemampuan menghadapi keadaan luaran negara yang tidak menentu dan di luar kemampuan kita untuk mempengaruhinya.

Justeru, usaha yang bersungguh-sungguh perlu difikirkan untuk memantap kekuatan dalaman ekonomi negara. Usaha itu memberi kesan besar dalam menyelesai masalah sosial masyarakat seperti pengangguran dan kemiskinan rakyat.

Islam menggalakkan masyarakatnya sentiasa mengambil tindakan awalan merancang dan mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan pergolakan suasana ekonomi serantau dan sejagat. Tanpa memahami pergolakan ekonomi pada peringkat berkenaan tidak mungkin masyarakat Islam dapat mengatur langkah yang sesuai dan berkesan dalam memaju ekonomi masyarakat. Ini termasuk dalam membangun instrumen perbankan Islam. Instrumen kewangan yang menepati kehendak syariah wajib menjana kepada pencapaian matlamat syariah. Ini kerana pencapaian kepada matlamat Syariah adalah sangat penting dalam memajukan ekonomi masyarakat Islam. Jika instrumen kewangan yang digulung menepati syariah tetapi tidak menghala kepada pencapaian matlamat Syariah, satu kajian mendalam perlu diambil. Kita tidak boleh ghairah dengan slogan tetapi gagal memperoleh matlamat yang digaris oleh Syariah.

Disamping itu kemajuan ekonomi hendaklah menuju ke arah wujud sebuah masyarakat yang berperadaban. Kekuatan ekonomi yang diperoleh hendaklah daripada sumbangan kekuatan penghayatan nilai kemanusiaan yang utuh. Penyusunan dan pembangunan yang tidak berteras nilai kemanusiaan yang dituntut oleh agama akan menghasilkan ketidakadilan dan keharmonian hidup masyarakat.

Islam menganjurkan nilai keadilan disebatikan dalam setiap bidang kegiatan manusia, sama ada individu atau hidup masyarakat. Ini adalah asas utama kepada usaha menyusun dan memajukan ekonomi negara. Cabaran yang besar sekarang kepada ilmuwan Muslim bagaimana semangat adil dapat diterjemah dalam penggubalan dasar fiskal dan kewangan negara tercapai. Seterusnya dasar itu dilaksana secara adil.

Penulis ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - Berita Harian

Raja Petra guna pasport asing?

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Mungkinkah pengendali laman web propembangkang Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin mempunyai pasport negara lain untuk memasuki Britain?

Persoalan itu bukan sahaja menjadi ‘satu misteri’ yang tidak terjawab hingga hari ini tetapi turut menimbulkan kemusykilan pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Ini kerana Jabatan Imigresen Malaysia sehingga hari ini tidak mempunyai rekod ‘keluar masuk’ pengendali laman web itu di negara ini sejak sekian lama serta pergerakan beliau di negara-negara lain.

Ekoran ketiadaan rekod ‘keluar masuk’ itu, Raja Petra dianggap masih berada di negara ini dan tidak pernah melawat negara-negara lain.

Ketua Pengarah Imigresen, Abdul Rahman Othman yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini, mengakui pihaknya tidak mempunyai catatan rekod perjalanan Raja Petra .
Beliau berkata, semakan telah dibuat di semua pintu masuk negara ini sama ada melalui jalan darat atau udara.

‘‘Saya hanya boleh mengesahkan bahawa sehingga hari ini tidak ada rekod keluar masuk Raja Petra melalui Jabatan Imigresen sejak sekian lama,’’ katanya.

Sementara itu, sumber Utusan Malaysia memberitahu, Raja Petra dikatakan menggunakan pasport negara jiran untuk melarikan diri dari negara ini.

Katanya, pasport tersebut didakwa boleh dibeli melalui ‘orang tengah’ yang sering berurusan dengan negara berkenaan dan merupakan pasport yang tulen di negara tersebut.

Jelasnya, jika Raja Petra menggunakan pasport negara lain, dia boleh membolosi pintu keluar negara ini pada bila-bila masa sahaja.

‘‘Pasport yang mungkin mengandungi identiti baru Raja Petra itu boleh digunakan di mana-mana negara lain kerana ia bukan palsu,’’ ujarnya.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan Raja Petra kini dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London. - Utusan

Siapa penghasut, kewartawanan arus perdana atau bebas?

MINGGU ini saya tidak mogok lagi. Kewartawanan arus perdana di Malaysia belum lagi mati, walaupun ada cubaan mahu membunuhnya. Walaupun ada cubaan mahu membunuh Utusan Malaysia, akhbar berpengaruh rakyat Malaysia yang mahu disenyapkan terus.

Di Malaysia sesiapa yang berpengaruh akan dibunuh sehingga mati. Istilah sains politiknya disebut pembunuhan karekter. Tun Mahathir Mohamad pernah dicap sebagai Maha Firaun dan bermacam lagi panggilan nista yang membunuh. Pembunuhan jenis ini bukan sahaja dilakukan ke atas manusia, tapi juga kepada organisasi.

Itulah niat orang tertentu apabila menuduh akhbar keramat ini sebagai akhbar rasis. Orang ramai yang tidak tahu peranan sebenar akhbar berusia 71 tahun ini akan menerima masak-masak tuduhan itu. Itulah yang dinamakan pembunuhan karekter. Akhbar ini diharamkan memasuki Singapura sekian lama kerana republik itu tidak mahu orang Melayunya terpengaruh dengan pengaruh akhbar itu. Kini di Pulau Pinang akhbar ini diharamkan dibaca oleh kakitangan kerajaannya. Begitu juga di negeri Selangor. Bagaimanapun, terima kasih Kedah dan Kelantan yang tidak mengambil pendekatan ala cauvanis itu.
Bagi orang yang tidak faham dengan sepak terajang politik, itulah politik. Permainan perang psikologi untuk menundukkan musuh.

Mengenai isu Cuit: India di India dan India di Malaysia, biarlah ia menjadi perbahasan akademik yang membangun. Biarlah ada golongan yang mahu menjadikan ia sebagai isu yang kontroversi. Ini negara demokrasi. Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan, asalkan ia tidak mengancam keselamatan negara dan nyawa orang lain. Tiada niat saya mahu memanaskan keadaan. Tulisan itu hanyalah naratif antara hakikat dan fakta.

Nasihat Profesor Ilmu Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, A. Murad Merican dalam ulasan buku The Argumentative Indian: Writings on Indian Culture, History and Identity cukup ilmiah (Utusan Malaysia, 21 Disember 2009). Beliau meminta orang Malaysia supaya belajar memahami mengenai apa yang saya sampaikan dan jangan melatah.

Namun saya cukup bimbang kerana portal berita membenarkan berlaku penyiaran komen-komen tanpa tapisan yang cukup panas membabitkan tulisan saya itu. Jika inilah yang dinamakan kebebasan, saya khuatir kesan buruk kemudian hari.

Saya berani kata, orang yang menghantar komen-komen itu tidak faham dengan maksud yang saya sampaikan, baik secara tersirat mahupun tersurat. Apa yang saya maksudkan ialah; seburuk-buruk Malaysia yang mereka tidak puas hati itu, inilah negara kita yang terbaik.

Inilah negara yang membolehkan semua kaum menikmati kehidupan yang sebenar. Orang India, Cina dan Melayu hidup dengan aman dan sentosa dalam negara yang tidaklah terlalu buruk ini berbanding dengan negara lain.

Orang Cina dapat berniaga dalam suasana yang terlalu aman; orang India boleh menjalankan fungsi profesional mereka dengan sempurna; dan orang Melayu menikmati kesepaduan itu dengan tenang.
Orang yang asyik membangkit dan mempertikai isu hak orang lain dan ketuanan orang lain hanya semata-mata mahu memusnahkan suasana yang telah pun sempurna itu. Tujuan saya ialah memberi ingatan supaya jangan buat begitu.

Jadi, apa salahnya jika saya menceritakan secara naratif-deskriptif mengenai sebuah negara lain, yang memang begitu keadaannya? Negara India, bukannya negara kita. Apa yang orang kita terlalu terasa sangat?

Sebelum Cuit India yang kontroversi itu, saya juga menulis mengenai destinasi percutian di Hong Kong yang amat saya dikagumi, saya juga menulis mengenai negeri Melaka yang bersih dan teratur dan saya juga menulis mengenai negeri kelahiran saya Kedah semasa berkunjung raya lalu yang terlalu kotor dengan sampah-sarap! Tujuan saya ialah mahu membuka mata, bukan membutakan mata.

Namun, mereka yang mengkritik itu hanya membuat komen berdasarkan perasaan, sentimen dan ikut-ikutan yang terlalu bahaya. Saya menganggap kebebasan melampau 'yang diberikan kerajaan' kepada portal berita Internet di Malaysia terlalu mengagumkan.

Kebebasan mereka melampaui kebebasan yang dinikmati oleh akhbar-akhbar arus perdana. Media arus perdana sebaliknya terlalu terikat dengan pelbagai peraturan. Mereka pula tidak.
Tapi sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang portal berita Internet yang terlalu bebas itu? Dan faedahnya kepada kerajaan yang berdiri hari ini? Sedarkah kita?

IBU OH IBU...

WAD 3B: Ibu dan bapa bagi setiap manusia ialah insan yang amat teristimewa. Selepas Allah yang kita sembah, ibu bapalah yang harus dihormati. Mereka adalah segala-galanya. Selagi hayat dikandung badan, ibu bapa harus disayangi dan dijagai. Lebih-lebih lagi jika mereka sudah tua dan memerlukan kasih sayang anak-anak.

Ingatkah lagi semasa kita kecil? Kita dibelai dan dimanja oleh mereka. Jika kita lupa bagaimana kita dibelai, lihatkan caranya kita membelai anak-anak kita pula. Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya. Ibu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan anak-anaknya. Bapa sanggup berkorban, mengikat perut membanting tulang demi masa depan anak-anaknya.

Kini apabila mereka sudah tua dan sakit, anak-anaklah pula yang harus menjagai mereka. Jagailah mereka seperti mana mereka bersengkang mata menjaga kita semasa kita demam dan sakit dulu.
Ibu adalah cahaya hidup kita. Ibulah tempat bermanja, ibulah tempat kita berkongsi pandangan dan perasaan, walaupun si anak telah besar dan berkeluarga.

Cuba bayangkan sejenak sekiranya ibu dan bapa kita sudah tiada. Jiwa terasa amat kosong sekali. Ketika itu hanya batu nisan yang dipegang, bukan lagi tangan lembut yang berkedut.

Wahai ibuku, kuatkanlah semangatmu, bukalah matamu, kuatkan kudratmu sebagaimana kudratmu membela kami dulu. Anak-anakmu, menantu-menantumu, cucu-cucumu, saudara-maramu masih memerlukan kasih sayangmu, gelak-tawamu. Mereka terlalu baik buatmu. Semasa ibu terlantar sekarang, merekalah yang mengambil giliran menjagamu.

Semoga Allah menguatkan semangatmu ibu, dan semangat kami untuk terus menjagaimu. Amin. - Utusan

Monday, December 21, 2009

Polis mohon ekstradisi


Raja Petra Raja Kamaruddin


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar) jika benar dia kini berada di sebuah pangsapuri mewah di London.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu.

Menurut beliau, pihaknya turut meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) dan kerajaan British bagi memastikan dakwaan itu benar.

‘‘Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia hari ini dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British.

‘‘Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pengendali laman web itu dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.

Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. - Utusan

Sunday, December 20, 2009

Ketidaksefahaman : PR tidak akan didaftarkan

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog supaya menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

Penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka adalah satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger Pas anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Pusat di Markas Tarbiyyah Pas, Taman Melewar dekat sini, hari ini. - Berita Harian

Dr. Mahathir gembira kehidupan penduduk Langkawi berubah

LANGKAWI, 20 Dis — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan gembira kerana kehidupan penduduk Langkawi telah bertambah baik hasil pembangunan pesat di pulau legenda itu.

GAMBAR HIASAN : Inilah Pantai Chenang pada tahun 1986. Gambar ini adalah koleksi
photo peribadi saya. Ketika ini, jelas dilihat betapa pembangunan Langkawi belum berlaku dan
pemandangan ini, tidak wujud lagi kerana, Pantai Chenang telah dibangunkan sebagai sebuah 
tempat pelancungan terkenal dengan adanya Hotel bertaraf 5 bintang.

Katanya beliau mendapati banyak rumah yang daif serta serba kekurangan kini berubah kepada rumah-rumah batu dalam tempoh beberapa tahun pembangunan ini sebahagian besarnya kerana Langkawi mempunyai kilang pengeluar simen di Teluk Ewa, Ayer Hangat.

Ini merupakan sebahagian daripada pembangunan pesat yang dialami di Langkawi dan turut dirasai penduduk Langkawi, katanya pada majlis jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Langkawi di sini malam tadi. Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir turut menerima cek sumbangan daripada pelbagai pihak berjumlah RM65,000 untuk disumbang kepada tabung Pemadam Langkawi.

Beliau berkata, dengan kehadiran pelancong ke Langkawi sebanyak dua juta orang setahun dan jika seorang membelanjakan RM500, hasil pendapatan yang boleh mencecah sehingga RM1 bilion itu akan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terbabit dalam industri pelancongan. - Utusan

Retorik parti pembangkang

KALAULAH rumusan mahu dibuat mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam, tiada apa-apa yang menarik selain pakatan tersebut menggambarkan seolah-olah merekalah manusia pilihan dan paling layak memimpin Malaysia.


Bagi mereka, hanya pakatan mereka sahaja pilihan terbaik untuk memulihkan negara ini kononnya daripada segala kepincangan sama ada politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Lihat sahaja isi kandungan ucapan tiga pemimpin utama pakatan itu bermula daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketiga-tiga mereka memaparkan senario seolah-olah kalaulah pembangkang tidak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, maka musnahlah Malaysia. Tafsiran yang dibuat ialah sepanjang 52 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, segala-galanya buruk belaka. Oleh itu mahu tidak mahu PRU13 perlu dijadikan medan pertempuran bagi meranapkan penguasaan BN dan Anwar Ibrahim harus dihantar ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Penyokong-penyokong Pas tidak boleh marah dengan kenyataan ini kerana lagipun Guan Eng dalam ucapannya pun sudah menyatakan bahawa pada pilihan raya umum lalu, Anwar sebenarnya dirompak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kita sebenarnya bersimpati dengan pembangkang yang tidak habis-habis mengidam untuk menguasai Putrajaya. Setelah gagal dalam pilihan raya umum Mac 2008, mereka sasarkan pula September 2008 bagi menubuhkan kerajaan melalui cara pintu belakang iaitu ada ahli Parlimen BN melompat parti, tetapi ia rupanya hanya mimpi Anwar! Mereka juga begitu berbangga apabila dalam pilihan raya umum lalu, pembangkang menawan Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan menguasai majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. Malah mereka mendabik dada apabila semakin ramai golongan bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India menyokong pembangkang. Mereka sengaja melupakan bagaimana pada akhir-akhir tahun 2007, peristiwa Hindraf (sebuah pertubuhan haram yang memperjuangkan perkauman sempit) telah memungkinkan banyak kerusi yang ditandingi oleh MIC dirampas oleh PKR.


Di Pulau Pinang pula, kempen jika memberi undi kepada Gerakan dan MCA sama seperti memberi kuasa kepada UMNO turut membantu kemenangan DAP.
Selain itu, apabila merasakan diri sudah kuat, maka parti-parti pembangkang mula naik tocang, lihat sahaja apa yang mereka lakukan dengan terus mempertikaikan hak-hak Melayu, institusi-institusi yang ada kaitan dengan orang Melayu diganggu gugat dan dikecam. Mereka juga turun ke jalanan mengadakan demonstrasi, biarpun mereka tahu ia melanggar undang-undang.

Mendidik

Mereka juga mendidik penyokong-penyokong mereka supaya tidak menghormati institusi beraja apabila mengadakan demonstrasi membantah keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah memberi kuasa memerintah kepada BN apabila pakatan pembangkang kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Tetapi apa yang melucukan, pada konvensyen itu, pakatan pembangkang antara lain menggariskan beberapa perkara yang sama sekali bertentangan dengan sikap mereka.
Ini termasuklah soal menghentikan politik perkauman, mengembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang. Kalaulah benar pembangkang ingin menghapuskan politik perkauman, mereka dahulu sepatutnya berbuat demikian. Pelbagai peristiwa yang berlaku sejak pilihan raya umum 2008 sudah menampakkan dengan jelas bahawa tanpa isu perkauman tidak mungkin pembangkang akan memenangi banyak kerusi.

Cuba kaji siapakah yang begitu beria-ia mempertahankan Hindraf? Siapakah yang memperbesarkan isu merobohkan kuil di Selangor? Siapakah yang menggesa kaum Cina supaya jangan mengundi BN di Pulau Pinang walaupun kalau BN menang Gerakan yang menjadi Ketua Menteri? Siapakah yang mempersendakan gagasan 1Malaysia yang bertujuan menyatukan semua kaum di negara ini? Dari segi keluhuran Perlembagaan, siapakah yang paling banyak mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu? Siapakah yang membangkitkan soal peruntukan untuk masjid lebih banyak daripada rumah ibadat lain?

Begitu juga dari segi kedaulatan undang-undang, siapakah yang mengajar rakyat di negara ini berdemonstrasi? Siapakah yang mengingkari arahan polis supaya tidak diadakan perhimpunan haram? Siapakah yang mengkucar-kacirkan sidang DUN Perak yang mendapat perkenan Sultan Perak?
Kenapa perlu hendak mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, kalau pembangkang tidak berhasrat lagi selepas ini mahu membangkitkan isu perkauman? Bukankah salah satu kenapa akta itu diwujudkan ialah bagi menjaga ketenteraman kaum di negara ini?

Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan konvensyen pakatan pembangkang itu hanyalah retorik semata-mata untuk berkuasa dan menunjukkan mereka masih bersatu hati.

Konvensyen itu hakikatnya diadakan bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada masalah yang sedang pembangkang hadapi. Ia termasuklah isu Anwar yang akan dibicarakan pada Januari nanti atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, kemerosotan sokongan rakyat kepada mereka dan pertentangan ideologi antara DAP dan Pas. Oleh itu bagi menutupi semua masalah ini, mereka berusaha mengadakan konvensyen dengan harapan ia boleh menyakinkan kembali rakyat.
Mereka tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh kerajaan sejak Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April lalu. Bagi pembangkang, kerajaan lakukanlah apa pun yang terbaik, ia tetap buruk di mata mereka. Ia kerana matlamat utama pembangkang hanya mahu berpolitik dan terus berpolitik.

Mereka tidak akan tidur lena selagi tidak menjadi kerajaan, sebab itulah secara tiba-tiba mereka kononnya bersedia mengenepikan perbezaan ideologi antara mereka, biarpun semua orang tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Kalaulah benar PKR, DAP dan Pas mahu mengenepikan perkara itu maka bersediakah mereka mengorbankan dasar perjuangan masing-masing terutamanya DAP dengan dasar Malaysian-Malaysia dan Pas dengan dasar Islamnya. Kalau itulah dilakukan yang akan menerima tempias paling teruk ialah Pas kerana sanggup mengorbankan segala-galanya demi kehendak politik PKR dan DAP. Tetapi tidak apalah. bukankah dalam politik tidak ada musuh dan kawan yang kekal? Bukankah dalam politik juga sering kali ia dihiasi dengan perlakuan matlamat menghalalkan cara?

Namun rakyat perlu menilai semula apa yang sudah dilakukan oleh pembangkang apabila mereka diberi peluang mengenepikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan memerintah empat negeri termasuk Perak (selama 11 bulan)? Apakah benar antara mereka sudah mengenepikan perbezaan? Apakah betul mereka sudah berjaya menghormati pendirian antara satu sama lain dalam membuat sesuatu keputusan? Apakah pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada kerajaan BN dahulu? Bagaimana dengan kekalutan yang berlaku di Pulau Pinang dalam isu Kampung Buah Pala, contohnya? Bagaimanapun pula dengan pertelingkahan antara exco DAP dan Pas berhubung penjualan arak di Selangor? Kenapa boleh berlaku di Perak, wakil rakyat PKR mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat Bebas sehingga menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang?

Terserahlah kepada rakyat memikirkannya, apa yang pasti kejayaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bukanlah kerana ketulenan kekuatan pembangkang tetapi akibat kecuaian BN. Namun berdasarkan kepada apa yang dilaksanakan oleh BN sekarang, percayalah retorik di konvensyen itu hanya akan menjadi pemusnah kepada impian pembangkang memerintah negara. - Utusan

Pembangkang cuba runtuhkan negara

IPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.




Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara.
''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi.

''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan.

Semasa pengundian tersebut, Bajet 2010 diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ekoran insiden tersebut, rakyat kini perlu bersikap kritikal terhadap pembangkang yang mahu mencari keuntungan politik tanpa mengira kesannya terhadap negara.

''Jangan apa kerajaan buat sedikit pun, kita kata kerajaan tidak betul tetapi apabila pembangkang buat, semua okay.

''Ini bukan soal kecil tetapi lagi besar daripada perang kerana kalau perang dunia, negara ada belanjawan tetapi kalau tidak ada belanjawan, hancur terus negara," katanya.

Ditanya mengenai usaha pembangkang menghasut rakyat untuk menggagalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) beliau berkata, rakyat perlu faham ia merupakan antara perubahan yang dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan negara.

Katanya, semua 143 negara maju di dunia mengamalkan GST manakala di Asia Tenggara, hanya Brunei dan Myanmar selain Malaysia yang tidak melaksanakan sistem tersebut.

''Tetapi Brunei tidak ada sistem cukai. Maknanya, hanya dua negara iaitu Malaysia dan Myanmar. Adakah kita hendak letak negara kita dalam kategori negara Myanmar atau bergerak ke hadapan dalam kelompok negara maju," katanya. - Utusan

Raja Petra berada di London : Siapa biaya kediaman mewah?


GAMBAR dari luar apartmen mewah di Gloucester Bayswater, London yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Raja Petra Raja Kamaruddin.(gambar kecil)

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang sebelum ini dilaporkan berada di Melbourne, Australia, kini dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.


Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.

Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.

Bagaimanapun, sumber terbabit tidak menyebut berapa lama pengendali laman web tersebut mendiami pangsapuri itu.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk ‘Let‘s Send the Altantuya Murderers to Hell’ dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Beliau hanya berkata, polis masih berusaha memburu Raja Petra berikutan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan.

Penulis laman blog itu sebelum ini dilaporkan oleh sebuah akhbar berada di Melbourne selepas lebih tujuh bulan usaha mencari dilakukan.

Menurut laporan akhbar itu, polis berjaya mengesan penulis blog itu dan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram sebelum menaiki penerbangan terus ke Australia. - Utusan

Ariffahmi Segera letak jawatan - Dewan Pemuda Pas Kelantan

KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan.


Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.

Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu.

Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.

Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti dan kerajaan dalam membangunkan negeri ini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan cepat kerana ia menjejaskan parti. Apa yang kita buat ini adalah bersandarkan kepada konsep parti menguasai kerajaan bukannya kerajaan menguasai parti.
‘‘Lagi pun Abdul Ariffahmi ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PMBK sebelum ini mengumumkan Abdul Ariffahmi akan meletakkan jawatan pada Mac depan selepas diarahkan Nik Abdul Aziz yang dinasihatkan berbuat demikian oleh kepimpinan Pas Pusat.

Bagaimanapun Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan keputusan tersebut kerana tempoh tiga bulan itu terlalu lama dan memberi ruang yang banyak kepada musuh untuk menyerang.
Rosli Allani berkata, keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat penuh tersebut menunjukkan ketegasan dewan itu supaya isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Mengulas mengenai tulisan isteri Abdul Ariffahmi, Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri, beliau berkata, tindakan anak perempuan Nik Abdul Aziz itu betul untuk mempertahankan suaminya yang dianggap tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman.

“Memang diakui tulisan yang meminta seorang Exco meletakkan jawatan sedikit sebanyak menjejaskan parti tetapi di sini ada dua isu yang berbeza terutama dalam mempertahankan institusi kekeluargaan.

“Sebagai kawan lama, saya melihat Nik Amalina ada hak untuk mempertahankan suaminya daripada terus dihukum oleh orang ramai tanpa diberikan peluang membuat penjelasan,” katanya. - Utusan

Apa sudah jadi siasatan menantu Nik Aziz?


KOTA BHARU 17 Dis. - Perkembangan siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa menantu Menteri Besar Kelantan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menimbulkan tanda tanya apabila masih tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa malah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Mohd. Jaafar Hussen ketika ditemui pemberita hari ini enggan mengulas lanjut dan menjelaskan, kes itu bukan di bawah kendalian pihaknya.

Beliau memberi alasan kes itu disiasat secara langsung oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
"Kes itu dikendalikan oleh ibu pejabat SPRM. Anda boleh bertanya kepada mereka.

"Ini isu yang sangat sensitif, saya hanya boleh mengulas kalau dapat lampu hijau," katanya selepas menutup Seminar Pencegahan Rasuah Kontraktor-Kontraktor Negeri Kelantan 2009 di sini hari ini.
Pada 25 November lalu, media melaporkan proses siasatan oleh SPRM membabitkan Abdul Ariffahmi sudah hampir siap.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull dilaporkan berkata, proses siasatan itu sudah mencapai 90 peratus dan sebaik siap akan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut.

SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi pada awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

Ekoran itu, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut mengunjungi pejabat Abdul Ariffahmi dua kali malah portal berita serta laman blog melaporkan beberapa dokumen telah diambil untuk membantu siasatan.

Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai CEO yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.

Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya secara mendadak.

Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 setiap seorang dan tajaan itu dikatakan turut melibatkan Abdul Ariffahmi serta beberapa ahli keluarganya.

Apabila isu itu mendapat liputan meluas media, Nik Abdul Aziz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK. - Utusan

Betullah Hassan Ali akan disiasat kerana menegur 'isu arak' di Selangor


Siasatan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali tidak menyentuh dakwaan mengatakan beliau menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, siasatan hanya berkisar mengenai beberapa isu di Selangor yang membabitkan parti itu.

“Laporan beberapa akhbar mengatakan siasatan akan menumpukan kepada sisu cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang didakwa dimainkan oleh Hassan dan beberapa pemimpin lain adalah tidak tepat.

“Siasatan ini tiada kena mengena dengan cadangan itu kerana isu kerajaan perpaduan, Pas sudah tutup buku, siasatan ini lebih banyak berkisar kepada masalah dalaman kita sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat pada 28 Oktober lalu memutuskan untuk mengheret Pas Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu.

Keputusan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap Pas Selangor melibatkan perkara-perkara tertentu.

Ia termasuk dikatakan gagal memantapkan kerjasama antara pakatan pembangkang negeri selain menyokong usaha kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.

Malah, dakwaan tersebut turut mengaitkan kontroversi Pas negeri itu dalam pentadbiran Selangor antaranya pembinaan kuil, penjualan arak serta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Difahamkan, selain Hassan, timbalannya, Iskandar Abdul Samad; Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman; Ketua Dewan Pemuda negeri, Hasbullah Mohd. Ridzuan dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad serta beberapa pemimpin lain bakal dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Tambah Tuan Ibrahim, jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuaratnya pada 23 Disember ini bagi membuat keputusan berhubung siasatan terhadap pemimpin-pemimpin berkenaan.

Sehubungan itu, selagi keputusan masih belum diputuskan beliau meminta semua supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

“Tolong jangan buat spekulasi awal kerana keputusan masih belum ada, biarkan kami menyiasat kerana prinsip Jawatankuasa Disiplin Pas ini ialah untuk mencari keadilan dan bukan menghukum sesuka hati.

“Jika ada kes kita akan panggil mereka yang terbabit untuk membela diri dan memberi penjelasan,” katanya. - Utusan

Pakatan Pembangkang Bergolak di Sebalik Menang Enam Pilihan Raya


JIKA dilihat pada angka, barisan pakatan pembangkang menang 6-2, iaitu enam daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009.

Ia adalah bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan).

Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Dari satu aspek, kemunculan pakatan pembangkang dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Barisan Nasional dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.


Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.
Matlamat jangka pendek adalah jelas iaitu untuk membentuk kerajaan baru, namun dalam jangka panjang, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam tidak boleh diterima DAP.

Tanggungjawab untuk membawa ketiga-tiga parti kepada pemuafakatan terletak di bahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha agar percanggahan matlamat antara Pas dan DAP tidak menggugat keutuhan pakatan tersebut.


Namun begitu, riak-riak pergolakan tetap berlaku. Suatu ketika Pengerusi DAP Karpal Singh mengancam supaya DAP menarik diri jika PAS masih mahu melaksanakan hukum Hudud dan qisas sekiranya gabungan itu berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula bertegas bahawa PAS juga boleh membuat kenyataan berbentuk ugutan kepada DAP dan PKR sekiranya mereka enggan menerima cara Islam yang dibawa oleh parti itu.

Dalam pada itu, parti yang menerajui pentadbiran di negeri masingmasing berdepan pelbagai isu yang menggugat kewibawaan mereka.

Antaranya di Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng berdepan dengan kemelut penduduk setinggan Kampung Buah Pala manakala Azizan di Kedah menghadapi isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAs) sehingga wakil DAP Kedah/Perlis bertindak keluar dari gabungan di Kedah.


Di Selangor, kontroversi tercetus ekoran timbul isu moral berhubung Exco kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong apabila gambar bogelnya tersiar di khalayak selain isu "kepala lembu" kerana bantahan penduduk terhadap cadangan memindahkan kuil.

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga teruja oleh desakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya kedudukan Exco dari DAP Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melibatkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai bukan isu.

Di Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak sunyi daripada kontroversi terutama yang melibatkan menantunya yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tawaran menunai haji untuk beliau oleh sebuah syarikat swasta.


Lebih hangat lagi ialah apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin parti itu yang dikatakan merujuk kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ini kerana Nik Abdul Aziz dikatakan tidak boleh menerima apa jua cadangan ke arah kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.

Di Sabah, PKR dilanda krisis kepimpinan berikutan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri oleh Anwar yang mendorong Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai naib presiden PKR.
Tetapi tamparan paling hebat bagi pakatan tersebut ialah apabila pakatan itu hilang kuasa di Perak ekoran tindakan tiga wakil rakyat iaitu dua daripada PKR dan satu dari DAP mengisytiharkan diri menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong BN pada Februari lepas.

Dalam kemelut itu, pemimpin mereka dianggap "menderhaka" dan biadap dalam tindaktanduk mereka terutama kerana tindakan undangundang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Ekoran itu, Karpal dengan marah menuduh Anwar tidak layak menjadi pemimpin bagi pakatan kerana mendakwa Anwar bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti.

Seterusnya kenyataan anggota Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad mengenai bai'ah atau sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masingmasing jika wakil rakyat mereka mengkhianati parti, juga mencetuskan kontroversi hebat.

Kontroversi yang berlarutan menimbulkan tanda tanya apakah laluan ke Putrajaya masih lagi jelas seperti dibayangkan Anwar awal tahun ini.

Ketika ini Pakatan memiliki 82 kerusi Parlimen berbanding 137 BN dan tiga Bebas. - mSTAR online

PEMBENTANGAN BEBERAPA TOPIK ISU YANG BERSIFAT FATWA



  • 1. Tahun 1959: PAS SALAHGUNA separuh hujung ayat 15 surah Saba' (Baidatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur) dalam manifesto PAS Kelantan untuk piiihanraya umum, sebagai umpan memancing undi dengan janji kononnya inilah negeri yang PAS akan bina sebagaimana kehendak ayat 15 surah Saba' dalam manifesto tersebut. Sebenarnya ayat ini membawa amaran balasan baik kepada orang yang syukur nikmat dan balasan azab bagi orang yang kufur nikmat. Sayang seribu kali sayang, demi kerana kepentingan pilihanraya sahaja maka pengajaran yang sepatutnya diperolehi daripada ayat-ayat 15, 16 dan 17 surah Saba' ini tidak bermakna apa-apa.

    2. Tahun 1963: Dewan Ulamak PAS Kelantan SEMBUNYI FAKTA sejarah nabi s.a.w. kongsi kuasa di Madinah dan maksud asal ayat 28 surah aali-Imran; lalu memutuskan hukum bersifat fatwa "Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir". Ayat 28 surah aali-Imran disalahtafsir dengan membaca separuh awal sahaja; hujungnya tidak dibaca. Sejarah Nabi s.a.w. mengikat janji bekerjasama dengan kafir Yahudi memerintah Madinah dahulu terus disembunyikan. Keputusan hukum yang bersifat Fatwa karut ini boleh dilihat dalam kertas putih kerajaan Malaysia mengenai ancaman keselamatan bertarikh 08 Nov. ,1984 muka surat 8. Urutannya akan dihuraikan selepas ini nanti .

    3. Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah". Ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah menjadi kafir. Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan. Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorana ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada majlis tersebut tidak diterima. Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya untuk UMNO. Walaupun PAS bersama memerintah dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara (1974-1977) hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS. Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu. Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan seperti yang dituntut oteh Allah s.w.t.; PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.

    4. 24 September 1980: YB. Haji Abdul Hadi Awang SALAH TAFSIR maksud ayat 251 surah al Baqarah dengan kata, "Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi; nescaya akan rosaklah muka bumi". Ayat cerita Nabi Daud a.s.w. bersama tentera Thalut yang berjaya membunuh Jalut telah ditukar tafsirannya menjadi hukum HARUS BERMUSUH. Pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat 249 (Dalam peperangan, berbagai tipu muslihat musuh mesti diawasi) hingga ayat 252 surah al-Baqarah (Yang menegaskankan bahawa inilah cerita) itu tidak pula diperjelaskan. Pengikut PAS menjadi berani bermusuh kerana ada hukum yang difahami mereka sebagai fatwa "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" itu. Ucapan asal YB. Haji Abd. Hadi ini ada dalam kaset rakaman audio.

    5. 07 April 1981: YB . Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Maksud hukum itu ialah "LAWAN UMNO/BN MATI SYAHID". Akibatnya sangat besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imam dalam masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu, berlarutan hingga akhir tahun sekarang. Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa dalam Peristiwa Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov., 1 985. Urutannya akan dihuraikan khusus selepas ini.

    6. Dalam AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu "Kita boieh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". ATAU isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR. Penyelewengannya ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan. Buku lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19 dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang. Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji Mustafa di Kampung Raja, Besut tempohari ? Jelas di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula. Konsep inilah disembunyikan. Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak terpisah sama sekaii. Perlembagaan tubuh UMNO juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 "Mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara". Kemudian diperkukuhkan lagi dengan fasal 3.3 "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam..."

    7. Mengenai kata-kata "Pisah agama dengan politik" atau sebaliknya itu pula membawa maksud "Pisahkan parti politik, khususnya PAS itu dengan agama"; dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am. Namun begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara. Walau bagaimana pun yang timbul di Malaysia ialah politik PARTI ciptaan manusia untuk pilihanraya. Inilah yang mesti dipisahkan dengan agama demi mengelakkan salah faham berlakunya dua FITNAH ini:

    i) Fitnah pertama yang timbul ialah salah faham bahawa PAS yang bukan agama itu akan disangka iaitu PAS Islam dan Islam itulah PAS. lnilah realiti yang sedang bercelaru dalam masyarakat Islam Malaysia sekarang. Orang awam tidak dapat membezakan antara parti PAS dengan agama Islam terutama selagi PAS terus menggunakan nama Islam pada partinya. PAS adalah ciptaan manusia, ditubuhkan untuk berebut kerusi dalam pilihanraya walaupun tidak mampu memerintah negara (Parlimen). Agama Islam ciptaan Allah dan tidak terikat dengan kehendak se masa semata-mata. Agama Islam adalah ad-Din iaitu "Barang yang diturunkan (syariat) dari Allah, melalui lidah para nabiNya mengandungi segala hukum". Islam adalah panduan cara hidup yang berterusan tanpa mengira keadaan di mana berada serta kepentingan sesiapa dan semasa. Islam sesuai pula pada sebilang ketika.

    ii) Fitnah kedua yang lebih berat akan timbul dan sudah pun ada berlaku sekarang ialah kepada orang fanatik menyokong PAS dengan cara yang melulu membuat anggapan bahawa semua orang atau kumpulan lain di luar PAS adalah tidak Islam. Agama Islam sama sekali tidak boleh menjadi parti; kerana parti itu adalah puak yang berbeza-beza dan bermusuhan antara puak itu dilarang oleh Islam. Islam adalah mengandungi rumpun umat yang satu (Ummatan Waahidah) tanpa mengira lokasi dan ideologi. Maka puak parti itulah yang dikatakan pisah agama dengan politik.

    8. Tahun 1982: Timbul lagi satu fatwa "Perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO adalah Asobiyyah dan Nabi s.a.w. tidak mengaku umat". Hukum ini dibuat menerusi SALAH TAFSIR hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud; sedang tafsiran yang diberikan olehnya itu bercanggah dengan konsep Asobiyyah yang disebut dalam hadis jawapan nabi s.a.w. kepada pertanyaan sahabat baginda dan bercanggah pula dengan terjemahan kamus 'al-Munjid'. Huraian lanjut mengenai Asobiyyah akan diberikan kemudian melalui rencana khas pada siri yang lain. Disini sudah cukuplah untuk menafikan asobiyyah itu dengan penjelasan yang diberi melalui beberapa lampiran perbandingan LOGIKA. lngat! Jangan tolak kenyataan, kerana ianya salah satu sifat asobiyyah iaitu "Menolak realiti apabila jelas timbulnya bukti".

    9. Makin hari semakin banyak kekeliruan hukum agama yang dibawa oleh pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar PAS Kelantan Antara lain Berita Minggu 24 April 1994 melaporkan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz berkata:

    "Saya kata haram bagi mereka yang menentang cara pemerintahan Islam itu kerana ada terkandung dalam al-Quran dan hadis. Dan bagi mereka yang mempertikainya akan menerima balasan di akhirat"


    10. Samada benar atau pun tidak hukum yang diberikan itu, orang awam yang mendengarnya sudah tentu membuat kesimpulan mudah; bahawa haram menentang PAS kerana PAS mendakwa dialah pemerintahan cara Islam atau PAS sahaja yang memperjuangkan Islam atau selalu juga kedengaran kata-kata bahawa PAS sahaja jamaah Islam. Pada realitinya di Malaysia banyak lagi kumpulan jamaah Islam terutama yang dikenali sebagai kumpulan dakwah. Banyak juga parti-parti politik lain vang memperjuangkan Islam seperti BERJASA, HAMIM dan termasuklah UMNO cuma PAS berbeza pada nama dan iklan. Dari segi hakikat yang tersurat dan realiti pada amalan, PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti lain kerana memerintah negeri mengikut perlembagaan negara yang sama. Orang awam yang tidak tahu hakikatnya sangat mudah terpedaya dengan nama dan slogan PAS. Sedarkanlah kepada semua bahawa PAS dan parti-parti lain semuanya sama; tunduk akur kepada perlembagaan negara Malaysia belaka. Untuk PAS, lihat sahaja perlembagaan tubuhnya fasal 6(1 1) mencatit semua kegiatan dan tindakan PAS tertakluk kepada perlembagaan negara juga.

    11. Begitulah seterusnya dengan berbagai pendapat lain yang dianggap hukum berbentuk fatwa oleh para pengikut PAS; seperti kata-kata Datuk Nik Aziz, "Calon UMNO diibaratkan lawan Nabi Muhammad" dalam Utusan Malaysia 15 April 1995. Dalam akhbar bahasa Inggeris New Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz kata, "Mengumpat dibenarkan bagi meluahkan dendam yang membara" yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak sebagaimana yang dilaporkan besoknya oleh Akhbar Berita Minggu 09 April 1995. YAB Perdana Menteri pula pernah mencabar Datuk Nik Ab. Aziz supaya menunjukkan bukti manakah ayat al-Quran yang membenarkan orang Islam mencarut; kerana sebelum ini YAB. Datuk Haji Nik Ab.Aziz pernah berkata, "Tuhan juga mencarut". Laporan Utusan Malaysia 20 Julai 1999 itu tidak berjawab hingga sekarang. Tidakkah semua ini membuktikan bahawa perkara mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah menjadi lumrah amalan pimpinan PAS. Sama ada nak kata fatwakah, nak kata pendapatkah atau hukumkah terpulang, namun natijahnya akan diterima pakai oleh pengikut PAS sebagai fatwa tok guru mereka dan bagi mereka apa jua yang tok guru mereka kata adalah betul belaka, waliyazu biliah.  - Link asal AMUK PANG5

  • PKR 'kalut' : Azmin Cuba Letak Jawatan Naib Presiden PKR Namun Di Pujuk Anwar Brahim



    Dari sumber dalaman PKR mengesahkan terdapat pergolakan yang amat ketara di antara Azmin dan Jeffry Kitingan. Pergolakkan ini ada hubungkait berkenaan kemelut PKR Sabah yang semakin Parah krisis nya.........

    Azmin Ali telah dilaporkan hendak MELETAKKAN JAWATAN Naib Presiden PKR berikutan ketidak puashatian nya pada Anwar Brahim kerana ingin melantik Jeffry Kitingan sebagai pengerusi PKR Sabah. Dalam pergolakkan itu beberapa pemimpin PKR cuba menenangkan Azmin agar tidak bertindak terburu buru dalam hal ini.

    Klik Di Sini Kepanasan Kemelut PKR Sabah

    Tamparan yang terbaru ini merupakan satu tamparan susulan setelah Azmin Ali yang mana menjadi pengerusi PKR Sabah di tolak 3/4 dari Ketua Bahagian PKR Sabah tempoh hari. Atas faktor ini lah juga Anwar mengambil keputusan untuk menyingkirkan Azmin dari jawatan Pengerusi PKR Sabah agar di beri semula jawatan tersebut kepada Jeffry Kitingan.

    Perlantikan semula Jeffry Kitingan ini sebagai Pengerusi PKR Sabah di jangkakan akan diumumkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan berlangsung di Shah Alam kelak.

    Apakah Azmin Ali menyetujui perlantikkan Jeffry Kitingan bagi mengantikannya atas arahan Anwar Brahim itu? Lagi Klik Di Sini

    Namun apa yang pasti Azmin Ali telah di khabarkan mengamok akan tindakan Anwar yang seolah-olah ingin menidakkan Azmin sebagai Naib Presiden PKR. Pujukan Anwar pada Azmin juga seakan tidak berjaya sama sekali. Barangkali Azmin sudah muak dengan pujukan Anwar ini sejak dari dulu lagi. Ternyata isu yang besar ini cuba di tutup oleh Anwar,Azmin malah pemimpin pakatan sendiri bagi mengelakkan Perbalahan ini merebak ke akar umbi.

    Pujukan demi pujukan Anwar sebenarnya telah membuat Azmin bagaikan sebuah gunung berapi yang menanti masa untuk meletop mengeluarkan Larva nya yang kepanasan itu. Konvesyen Pakatan ini merupakan satu titik tolak sama ada Azmin punya MARUAH dan HARGA DIRI sebagai seorang Naib Presiden PKR. Ataupun Azmin sebenarnya hanyalah LARVA plastik yang cair dengan pujukan dan rayuan Bang Brahim nya itu.

    Pergolakan ini telah membuatkan Anwar Brahim sendiri berasakan serba salah sama sekali. Di luah mati emak, Di telan mati bapak. Begitulah juga antara hubungan rapat antara Anwar dan Azmin sendiri.



    Info diterima oleh Gomo dari Rakan dalaman PKR

    Pssstttt.....Anwar pujuk? he he he...ni lah yang Seram tentang Anwar, Pujukannya lah yang merbahaya. Siapa kenal Anwar dia tahu lah....hu hu hu...Aummm...Aummm

    PAS ITU MELAYU
    UMNO ITU ISLAM
    - Link asal PAPA GOMO

    Apabila Kuasa Beraja Di Hati..

    sandiwara semata
    KUALA LUMPUR, 17 Dis. – Cakap-cakap politik tentang pakatan campuran masih berlarutan dan kemelut kepimpinan di negeri-negeri yang dikuasai mereka lebih terserlah berbanding dengan permasalahan rakyat.

    Sebenarnya kemelut politik yang berlarutan ini bukan hanya membantutkan pembangunan dan tumpuan kepada kemajuan selain daripada kebajikan masyarakat diabaikan malahan ia juga mengundang kerimasan kepada khalayak umum.

    Pakatan campuran, seperti umumnya bercakap ikut sedap mulut sahaja, lembut gigi dari lidah tanpa menilai semula impak ekoran kata-kata yang dihamburkan lantas tindakan yang dibuat hanya untuk kepentingan peribadi dan parti mereka sendiri.

    Lihat sahaja bagaimana tingkah Mursyidul Am Pas, Nik Aziz yang sebelum ini lantang mengkritik Perdana Menteri tetapi baru-baru ini memuji pula langkah yang diambil oleh Kerajaan. Begitu juga dengan apa yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang selalu sahaja beretorik untuk mengelirukan masyarakat.

    Sekiranya benar kepimpinan terserlah, semua aspek akan difikirkan. Lantaran itu, rakyat tidak dijadikan sebagai mangsa dan landasan untuk terus berada di mercu kekuasaan demi pangkat dan jawatan yang sememangnya menjadi idaman.

    Jikalau mereka mahu bercakap tentang pembangunan dan kemajuan dalam parti mereka, bagaimana mungkin ia akan dilakukan sedangkan pakatan pembangkang tidak pernah menyumbang kepada apa-apa kemajuan sama ada di negeri lain apatah lagi di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka sendiri.

    Jika mereka hendak bercakap tentang perpaduan pula, tidak ada satu bukti pun yang mereka benar-benar mengamalkan perpaduan sedangkan sikap mereka sendiri saling bermuka-muka biarpun sesama khalayak mereka sendiri, depan cakap lain dan di belakang tersedia belati tajam untuk saling bertikam.

    Apatah lagi idealogi antara tiga parti bersekutu iaitu Pas, DAP dan PKR sendiri jauh menyimpang daripada apa yang menjadi realiti, dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
    Justeru jelas bahawa bukan mudah untuk menjadi pemimpin apatah lagi yang dapat menyelami jiwa rakyat dan tahu apa yang rakyat mahukan…

    Sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang pentadbiran negara bersama Barisan Nasional (BN), UMNO tidak mudah melatah biarpun pernah menghadapi tekanan ekoran penyusutan dari segi undi dan sokongan rakyat lantas direalitikan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 awal tahun lalu dan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

    Kesedaran atas apa yang berlaku, perubahan dibuat secara terancang dengan penyusunan semula pentadbiran dan barisan pemimpin baru dibuat agar impak positif dapat dirasai di samping rakyat tidak terpinggir atas kemakmuran dan kemajuan yang diusahakan.

    Namun begitu, pembangkang tetap pembangkang…. Enggan mengakui kebaikan dari kerajaan yang ditunjangi BN biarpun ternyata bahawa keselesaan dalam negara yang diperoleh adalah hasil limpahan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan BN sendiri.

    Fikirlah, di mana tempat tinggal, tempat mendapat pendidikan penuh dari pra sekolah hinggalah ke menara gading, tempat memperoleh bantuan kesihatan secara percuma, tempat yang selamat dengan kawalan dan seliaan pihak berkuasa dan tempat bersosial dalam lingkungan kaum yang pelbagai bangsa dan berbeza agama tinggal bersama? - Link asal UMNO ONLINE

    Saturday, December 19, 2009

    OPSSS, SALAH LETAK CALON!

    Sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat, Presiden PAS Dato' Seri Abd Hadi Awang berkata parti-parti yang bernaung di bawah gagasan itu hendaklah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Perak. Katanya, mereka tidak lagi boleh tangkap muat calon pilihanraya.

    Ketika bercakap dengan wartawan Malaysia di Copenhagen, Pengerusi Barisan Nasional Dato' Seri Najib Tun Razak pula berkata parti itu akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang gagal hadir sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010. Klik di sini untuk membaca tulisan saya sebelum ini.

    Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya amat memahami betapa sesebuah parti politik perlu menampilkan calon berkualiti. Dia ada pengalaman tersendiri. Projek 16 September yang ingin menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat bukan saja gagal. Lebih parah, ramai wakil rakyat PKR melompat keluar.

    Di Perak, dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan. Di Pulau Pinang, seorang ADUN dipaksa melepaskan jawatan tersebut dan Timbalan Ketua Menteri bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan. Di Kedah, seorang ADUN Bebas yang masuk PKR meletakkan jawatan dan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan. Di Selangor, seorang ADUN keluar PKR dan menjadi Bebas.

    Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar (PKR) mengungut untuk keluar parti. Begitu juga dengan ADUN Perak A Siva Subramaniam (DAP) yang mengumumkan keluar parti kerana tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Beberapa jam kemudian, dia menarik balik keputusan itu.

    Dalam PRU12 lalu, pengundi menunjukkan sikap menolak Barisan Nasional disebabkan kepimpinan parti itu yang dilihat "tidur" dan tidak responsif kepada kehendak rakyat. Kebanyakan calon yang bertanding melawan Barisan Nasional menang dengan mudah. Begitulah marahnya rakyat pada ketika itu.

    Kini setelah hampir dua tahun PRU12 berlalu, sikap rakyat mula berubah. Mereka menjadi kritikal kepada kedua-dua belah pihak -- Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Sekiranya pemimpin PAS, DAP dan PKR merasakan rakyat akan menyokong mereka membuta-tuli, mereka membuat percaturan silap.

    Begitu juga, rakyat tidak akan secara mudah menyokong Barisan Nasional kerana melihat Najib begitu bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka. Dibandingkan dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya fikir Najib dilihat lebih bersungguh-sungguh dan responsif kepada isu-isu rakyat. Itu pandangan saya. Anda boleh memilih untuk berpihak kepada Abdullah.

    Rakyat mengharapkan lebih dari itu.

    Di sinilah letaknya faktor calon.

    Sementara rakyat mengharapkan Ahli Dewan Rakyat dan ADUN turut terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada pengundi, mereka juga ingin melihat wakil rakyat berfungsi sebagai anggota legislatif yang efektif.

    Ini bermaksud, seseorang anggota legislatif hendaklah berada di Parlimen atau DUN sepanjang waktu persidangan. Kehadiran buruk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional di Dewan Rakyat ketika meluluskan Bajet 2010 tidak berhenti di situ. Di Kedah, seorang ADUN digantung oleh Speaker kerana gagal hadir Dewan. Kes ini masih di Mahkamah. Di beberapa DUN lainnya, ramai wakil rakyat yang hanya tunjuk muka pada sebelah pagi, kemudian hilang pada sebelah petangnya. Ada datang hari pertama, hari kedua ponteng.

    Entah apa yang sibuknya, saya tak tahu, Sidang DUN hanya dua atau tiga kali setahun. Bukannya setiap hari. Mungkin mereka lupa, sewaktu pilihanraya merekalah yang terhegeh-hegeh meminta untuk dipilih.

    Selain kehadiran, kualiti perbahasan. Berapa ramaikah Ahli Parlimen atau DUN mempunyai pasukan penyelidik bagi membantu perbahasan? Parlimen tahun ini menambah kakitangan bagi membantu wakil rakyat membuat penyelidikan, namun saya dimaklumkan ia tidak dimanfaatkan. Kalau setakat nak bercakap macam berbahas di kedai kopi, Pak Mat dan Mak Minah lagi sesuai jadi Ahli Dewan Rakyat!

    Wakil rakyat juga diharapkan untuk melakukan "engagement" dengan rakyat. Seorang Ahli Dewan Rakyat atau ADUN hendaklah bersedia mendengar pandangan pengundi dan berkongsi pendiriannya dengan rakyat. Malangnya, ada yang melihat ini sebagai liabiliti yang boleh menjejaskannya peluangnya untuk kekal di legislatif.

    Sepatutnya, wakil rakyat memanfaatkan media massa atau media sosial untuk mendekati rakyat. Apa yang berlaku sekarang, wakil rakyat Barisan Nasional agak liat untuk muncul di televisyen. Mereka hanya inginkan gambar mereka bersama Perdana Menteri atau ketika memotong riben disiarkan dalam berita tv, tetapi menolak untuk berkongsi pendapat dalam talk show.

    Di media sosial, sebahagian besar anggota legislatif melakukan "ghost blogging" atau "ghost facebooking" -- orang lain melakukan untuk mereka tanpa mereka sendiri menunjukkan minat untuk menggunakan media tersebut bagi melakukan engagement dengan rakyat. Rakyat bukan hidup di zaman batu. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dari wakil rakyat di blog dan Facebook!

    Baiklah, sekarang apakah yang perlu dilakukan?

    Dalam buku “Good to Great”, Jim Collins menulis mengenai keperluan seseorang pemimpin untuk mengeluarkan penumpang yang salah dari dalam bas (to get the wrong people off the bus). Inilah yang harus dilakukan oleh parti-parti politik sekarang. Parti-parti politik hendaklah menunjukkan keberanian menguggurkan wakil rakyat yang gagal memenuhi aspirasi rakyat.

    Pada masa yang sama, parti-parti politik juga harus menentukan -- dalam istilah Jim Collins -- tidak ada orang salah menaiki bas tersebut pada masa depan (to avoid putting the wrong people on the bus in the first place)!

    Proses menyaring calon yang baik bukanlah mudah. Namun, itulah yang harus dilakukan bukan saja oleh parti-parti politik untuk memelihara kredibiliti parti masing-masing.

    Ketua Pegawai Eksekutif Capital One, Richard Fairbank menyebut, “At most companies, people spend two percents of their time recruiting and 75 percent managing their recruiting mistakes.”

    Belajarlah dari semua kesalahan ini! - Link asal BICARA NOBISHA

    GEMPAR- MEMANG SAH PEMBUBARAN PKR IJOK SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG!

    Pada pukul 2:30 tengahhari ini, kesemua Cabang dan Ranting PKR di Ijok akan isytihar tutup. Ini berikutan ketidak puasan hati ahli-ahli PKR di kawasan tersebut yang telah hampa dengan kepimpinan dan ketidak prihatinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada kawasan ADUN sendiri.

    Pengisytiharan keluar ini melibatkan lebih 1,000 ahli. Majlis pengumuman ini akan dihadhiri oleh Dato Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor pada pukul 2:30 nanti.

    Penutupan semua ranting dan cabang PKR di Ijok adalah satu tamparan hebat besar buat Khalid sebagai Menteri Besar merangkap Ketua 'Pakatan Rakyat' Selangor. Di peringkat negeri, dia dilihat pentadbir yang lemah dan tidak berupaya memberi kepimpinan dan mengangani masaalah negeri Selangor tetapi hanya bermain politik hingga ditegur berkali-kali oleh DYMM Sultan Selangor.

    Khalid akan menjadi ADUN PKR di kawasan yang PKR tidak wujud sama sekali. Bagaimanakah dia berupaya untuk mewakili dan berkhidmat untuk kawasan DUN Ijok tanpa ada sebarang infrastruktur politik dan pemngikut? Adakah Khalid akan mengundur diri dan menyebabkan adanya satu PRK?

    Jumlah PR dalam DUN Selangor masih jauh lebihan menyebelahi mereka maka tidak perlu dibubar DUN Selangor.

    The Unspinners!

    Ianya sedang berlaku sekarang ini, ini bukan drama main belakang tapi tak ngaku atau sebagainya, ini adalah kisah yang benar, ketika ini ada ramai ahlul-ahlul PKR yang sedang keluar parti! Nantikan update seterusnya.

    Insya'allah kalau berkesempatan, saya akan upload gambar! Juga lihat update di blog KERIS PUTERA - Link asal HOUSE PK

    Cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, siapa yang kena jual?

    Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan.

    Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.

    Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik Anwar. Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan kehebatan Anwar menjual 'kelentong' beliau. Pas yang selama ini 'berperang' dengan DAP sanggup pula berganding menjadi satu, menggadai maruahnya untuk berjuang menentang saudara seIslam sendiri.

    Ternyata dalam cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, parti yang paling rugi ialah Pas. Semua tahu matlamat utama Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Dan, jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam?

    Bak kata Karpal Singh, 'Langkah mayat saya dulu'. Betullah kata orang, bila 'bercinta' kentut pun bau wangi. Anwar dalam apa cara sekalipun akan pastikan 'kentut' DAP sentiasa wangi bagi Pas. Pakatan Rakyat bimbingan beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita 'suci' menjadi Perdana Menteri.

    Namun dalam kisah cinta the three beast ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain, tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam protes jalanan , 1 Ogos 2009 lepas, tanpa perlu mengerahkan jenteranya DAP telah berjaya menggerakkan hampir 10,000 macai untuk 'berjuang' bagi kepentingannya. Paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang Pas dan PKR. Sikap Yes Bos Pas inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP.

    Namun sampai bila? Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan Pas. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, Pas akan diludah, diterajang keluar daripada Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP.

    Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi?  - Link asal OYABUN

    GEMPAR-1000 Ahli PKR Ijok Keluar Dari Parti- Dun Selangor Bubar


    Info yang diterima pada lewat malam tadi dari rakan Blogger Saudara Oyabun dijangkakan akan berlaku pembubaran cabang PKR Ijok yang mana merupakan kawasan MB Selangor Khalid Gagap pada tengah hari ini. Di jangka kan seramai 1000 ahli PKR akan keluar dari Parti. Dato Noh Omar juga di jangkakan akan hadir ke lokasi pembubaran cabang PKR ini.



    Apakah ini satu permulaan penolakan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Khalid Gagap? Ataupun rakyat Selangor sudah tidak tahan dengan karenah Pakatan Pas, Dap dan Pkr yang nampaknya hanya menabur janji kosong semasa pilihanraya yang lalu?

    Apa yang pasti satu lagi episod Hitam dalam Pakatan Pembangkang Pas, Dap dan Pkr ini akan berlaku. Malah dengan pembubaran Cabang PKR ini juga ada kedengaran desas desus akan PEMBUBARAN DUN SELANGOR pula.

    Di harapkan Dun Selangor dapat dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya untuk menentukan pilihan hati Rakyat Selangor itu sendiri.



    Psssttt....Hassan Ali dah ready untuk apa sahaja.......he he he

    PAS ITU MELAYU
    UMNO ITU ISLAM
    Link asal PAPA GOMO

    Strategi Malaysian Malaysia!

    Sebenarnya dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, kita tidak berasa dibezakan dan tidak berasa terancam tetapi apabila ada pihak yang membangkitkan soal ‘kontrak sosial’ maka apa yang selama ini diyakini sebagai nilai untuk jaminan hidup bersama telah dirasakan sebagai ancaman.

    Hal ini adalah lebih merupakan soal perasaan atau emosional dan bukannya rasional.

    Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) pernah berucap di Parlimen yang ketika itu masih dalam Malaysia dengan menimbulkan soal hak bagi setiap kaum untuk bercakap dalam bahasa ibunda di rumah masing-masing yang tidak boleh disekat oleh sesiapa pun.

    Realitinya tidak ada pihak yang hendak menyekatnya, tetapi oleh kerana bahasa Melayu pada ketika itu diletakkan sebagai bahasa rasmi negara maka apabila LKY menimbulkan soal itu, timbul syak wasangka seolah-olah kerajaan akan menguatkuasakan peraturan itu di rumah. Inilah kebijaksanaan LKY memainkan api perkauman untuk kepentingan mendapat sokongan terhadap Malaysian Malaysianya.

    LKY telah dipatahkan daripada meneruskan kempen ini dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia tetapi sekarang dari jauh beliau masih dapat memerhatikan taktik dan strategi yang sama digunakan oleh pembangkang di Malaysia termasuk anak angkatnya DAP ekoran kebebasan baru yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

    Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham telah berikrar untuk terus mempersoalkan hak ketuanan Melayu yang disifatkan tidak adil kepada semua kaum. Dalam kata-kata lain hak ketuanan itu yang disimbolkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu akan terus diungkit oleh mereka.

    Kedua-dua orang kuat DAP itu tahu apa yang mereka lakukan dan mereka memang menduga dan mengharapkan reaksi kemarahan daripada orang Melayu. Reaksi dari Melayu itu telah mempopularkan mereka dan menjadi mereka sebagai wira kepada bukan Melayu.

    Reaksi orang Melayu yang meminta supaya Kulasegaran dilucutkan kerakyatan dan sebagainya tentunya akan menimbulkan simpati bukan Melayu kepadanya dan menampakkan orang Melayu sebagai perkauman.

    Dengan strategi provokasi seumpama ini, DAP akan menjadi lebih popular dan malangnya orang Melayu terutamanya dari UMNO akan terus memberikan sokongan tanpa sedar kepada provokasi yang bersifat perkauman itu yang akan terus datang dalam pelbagai cara. Ini adalah harga mahal yang terpaksa dibayar oleh UMNO akibat kebebasan yang telah diberikan kepada rakyat negara ini bermula sejak 2004.

    Kemenangan besar pada 2004 bukannya digunakan untuk memperkukuhkan asas-asas perlembagaan bagi pembangunan suatu bangsa yang kuat, berdisiplin dan setia kepada negara ini, tetapi sebaliknya telah membuka ruang untuk menghancurkan nilai yang dibina sejak 50 tahun lalu yang sememang masih belum mantap.

    Apa lagi yang hendak dikata. Kehancuran akan terus berlaku.
    Wallahuallam. - Link asal OYABUN