Wednesday, December 2, 2009

Bila rakyat dah marah...DAP Perak mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. — Akibat dikecam pelbagai pihak, DAP Perak hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas negeri itu Ahad lepas.

Sambil mengakui perbuatan itu satu kesalahan, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, parti itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap tiga ahlinya yang meletakkan poster itu di pintu masuk ke konvensyen parti itu. - Utusan

No comments: