Friday, December 4, 2009

Doa pecah perut: “Tak tahu nak kata apa” kata Muhyiddin

PUTRAJAYA 4 Dis. — “Tak tahu nak kata apa”, itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) “pecah perut” berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keIslaman dan terperanjat kerana ia keluar dari mulut seorang yang bergelar Mursyidul Am.

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

"Itu sudah diputuskan oleh Kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini. - Utusan

No comments: