Sunday, December 6, 2009

Kula 'naik tocang', Anwar yang ajar.

IPOH: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Gagasan Melayu Perak (GMP), semalam menyerahkan memorandum menyuarakan kekesalan terhadap tindakan dan keceluparan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran mempersoalkan ketuanan Melayu dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sambil menyifatkan perkara itu boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Melayu, Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, meminta Naib Pengerusi DAP itu 'berpijak di bumi nyata', dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

"Kita berpendapat, sebenarnya orang bukan Melayu 'tuan' di negara ini terutama dalam pegangan ekuiti ekonomi," katanya selepas menyerahkan memorandum itu.

Memorandum dua muka surat mengandungi kenyataan rayuan dan kekesalan GMP itu bagaimanapun gagal diserahkan kepada Kulasegaran sebaliknya diletakkan ke dalam peti surat parti itu berikutan pintu pejabat DAP berkunci.

Kelmarin, Kulasegaran membangkitkan isu ketuanan Melayu yang disifatkannya penghalang perpaduan kaum sehingga mencetuskan pertikaman lidah di kalangan ahli Parlimen dan turut menerima teguran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Insiden timbul apabila wakil rakyat DAP itu mengkritik ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan.

Mohd Hilmi berkata, Kulasegaran yang mempunyai latar belakang undang-undang seharusnya memahami dasar Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini dan tiada pihak yang layak mempertikaikannya, malah ia bukan digubal kaum Melayu saja tetapi pemimpin Cina dan India turut bekerjasama menggubalnya ketika mencapai kemerdekaan.

"Kenyataannya boleh menimbulkan ketegangan kaum kerana perkara itu sudah termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya dia (Kulasegaran) tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan kaum dan perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya hidup harmoni dan tenang setiap masa. - Berita Harian

2 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Lucutkan sahaja kewarganegaraan si KULA DAP ni...tak pun hantar sniper tembak kasi mati, macam Pemerintah Singapura selalu buat

Fokus 1 MALAYSIA said...

elok kita sula saja kula ni. dah berani nak cabaq melayu. skrang ni, dah melampau dan terlalu mengada2 kaum india ni. semua anwar punya ajaran. pangkhianat negara.