Friday, December 4, 2009

Menilai Mentaliti Pakatan Campuran

picasioncom_ea4b55ef565beb9c9551b906baa98abe1

KUALA LUMPUR, 2 Dis. – Tindakan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin DAP memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Perak dua hari lalu secara tidak langsung mengambarkan mentaliti dan pemikiran cetek mereka dalam dunia politik.

Dalam insiden yang sememangnya disengajakan ini, para pemimpin DAP telah memijak poster-poster wajah ADUN Jelapang, Hee Yit Fong; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu pada konvensyen DAP di Ipoh.

Poster-poster berkenaan diletakkan di lantai pintu masuk dewan untuk dipijak oleh mereka yang hadir ke konvensyen tersebut.

Lantaran itu, apa yang mahu dihairankan dengan kedangkalan mereka melakukan aksi sedemikian kerana sebelum ini juga sudah pelbagai insiden dan perlakuan sumbang dibuat oleh mereka.

Nilailah sendiri berkaitan pelbagai perkara yang pernah berlaku dalam politik khususnya apabila pakatan pembangkang ini tidak bersetuju mengenai satu-satu isu, maka tindakan negatif akan dilakukan.

Nampaknya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu hinggalah ke hari ini, ada sahaja tindakan mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh, lantas cuba menimbulkan pelbagai spekulasi dengan cubaan mengaut keuntungan peribadi dan kepentingan politik.

Tindakan mereka yang bersikap angkuh sehingga sanggup mengenepikan kepentingan bersama termasuklah perpaduan dan kesejahteraan yang selama ini dinikmati sememangnya amat bertentangan dengan konsep persefahaman yang telah terjalin sejak merdeka lagi.

Malahan sejak akhir-akhir ini pula, ada pihak yang cuba bermain api dengan menimbulkan semula isu komunis dan ketuanya iaitu Chin Peng sedangkan generasi yang merasa keperitan kekejaman mereka masih lagi kekal dengan kesan yang dihadapi.

Jika ditinjau permasalahan yang menimpa pakatan campuran khususnya pertelingkahan berkaitan kepimpinannya juga semakin nazak berikutan tiada tokoh yang berkebolehan dalam arena politik iaitu yang benar-benar mampu memimpin dan melaksanakan tanggungjawab secara berwibawa….

Mana tidaknya, yang bijaksana telah lama meninggalkan parti kerana sedar sikap penipu dan tidak jujur pemimpin tertingginya; mungkin kerana sebab itu jugalah ahli-ahli termasuk beberapa ADUN dalam pakatan pembangkang bertindak meninggalkan parti.

Sudahlah para pemimpin tertingginya sentiasa bersikap ala ‘syok sendiri’ tanpa mempedulikan sokongan ahli-ahlinya apabila mengeluarkan kenyataan, mengajak melakukan provokasi dan propaganda termasuklah demostrasi jalanan.

Ini belum diambil kira dengan taktik ala desperado yang sering dilakukan bagi mendapatkan perhatian atau untuk mengalihkan tumpuan khalayak terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebagaimana tindakan Ketua Pembangkangnya, Anwar Ibrahim sedangkan Presiden PKR sendiri, Wan Azizah Wan Ismail bersifat ibarat patung bernyawa yang tidak mampu melakukan apa-apa.

Hal tersebut belum lagi ditambah dengan permasalahan yang berlaku di negeri-negeri tadbiran sekutu pakatan campuran ini. Lihat sahaja bagaimana tragisnya isu masyarakat tempatan di Pulau Pinang apabila Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan, di samping Kedah yang tiada pembelaan.

Sebagai langkah mengalihkan perhatian pula, mereka melakukan tindakan memburuk-burukkan BN ekoran tandus dengan isu dan gagal mendapat manfaat atas apa yang mereka lakukan selama ini.

Justeru, nilailah sendiri mentaliti pakatan pembangkang! - UMNO online

No comments: