Sunday, December 26, 2010

PANAS!!! Tengok! Kami Anak Malaysia Bangga Dengan 1MALAYSIA

Aku memang pantang dengan Anwarisma ni. Suka aku nak terangkan di sini, Anwarisma ni memang satu budaya sesat yang jahat lagi membusuk.

Ertinya, jika Anwar tahu atau pernah tahu akan sesiapa yang pernah lawan dia, maknyanya orang itu hanya tunggu masa untuk 'dinyakaktifkan' ataupun dimampuskan karier mereka!

PANAS!!! Blogger Pro BN Bakal Disaman Pas

Berita panas berkaitan isu zina ADUN Selising baru mula dan Pas sudah mula membeli nampaknya.

Terbaru, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan bahawa Pas sedang mengkaji untuk mengambil tindakan kepada mana pihak yang berceramah atau pun blogger yang menyiarkan berita ini. Klik sini.

Bagi KS, kami para blogger amat mengalu-alukan tindakan Pas ini. Namun tindakan ini akan hanya betul-betul menggembirakan jika ianya disusuli dengan tindakan.

Saturday, December 25, 2010

PANAS! Azmin Terus Ditekan Saudara Sendiri

Ummi bersama Ibunda tersayang yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
Selepas 12 tahun menyepi kerana tekanan akibat menongkah arus kebangkitan ADIL ketika 1998, Ummi Hafilda bangkit untuk terus berikan fakta demi KeBENARan.

Friday, December 24, 2010

BENAR!!! BUKTI Pas Terdesak Cuba Bunuh Ustad Saidi

Terkutuk lagi membusuk. Kereta Ustaz Saidi yang remuk dan pecah cermin tingkap akibat dari kejadian cubaan mencederakannya. 
Semakin terserlah sifat 'binatang' juak-juak Pas ni. Terbaru mereka cuba mencederakan Ustaz Saidi dengan melanggar keretanya.

Makin Kalut, Pakatan Pembangkang Fobia Simbol 1Malaysia

Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan dan arahan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kepada sebuah premis serbaneka 24 jam agar menanggalkan logo 1Malaysia yang tertera pada papan tanda perniagaannya, kira-kira 50 orang mengadakan perhimpunan aman  sebagai langkah membantah arahan tersebut.

Isu ADUN Pas Selising Yang Didakwa Berzina

Maklumat dari rakan-rakan yang berada di Kelantan, keadaan Ust Saidi saksi utama kes berkenaan tidaklah begitu membimbangkan. Syukur kepada Allah kerana memberi perlindungan kepada Ust Saidi.

Satu lapuran Polis telah dibuat.

Ternyatalah juak-juak Pas tidak dapat menerima kebenaran sebaliknya membuat keputusan sendiri dengan cuba menakutkan saksi menggunakan kekerasan dan gangterisma.

Dikhabarkan akan ada maklumat terperinci aari ini dari rakan-rakan di sana yang di ketuai Blogger terkenal Papagomo.

Insyaallah demi kebenaran dan demi menutup yang bathil dan kepura-puraan, kami para blogger pro KeBENARan akan menyampaikan maklumat itu sebaik ianya diterima.

Doakan keselamatan para sahabat kami di sana yang berjihad membuktikan kemunafiqan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Penyokong Pas Serang Ust Saidi Dengan Parang

Gila punya kerja puak-puak Pas ni. Khabar terbaru yang diterima, Ustaz Saidi Hassan saksi utama kes zina yang melibatkan YB Selising Ustaz Saipul Bahrin, telah ditetak oleh orang yang tidak dikenali.

Kami para Bloggers Pro-Kebenaran akan tetap lawan sekalipun peristiwa begini berlaku.

Pastinya ini adalah tindakan terdesak puak penyokong Pas dan ADUN ini untuk menghentikan pembongkaran kebenaran. Tenyata mereka lebih rela untuk menutup kesilapan dengan kekerasan dari mengaku dan terima qadha Tuhan.

Baca seterusnya di sini

Thursday, December 23, 2010

ADUN Selising Tidak Perlu Menggelabah, Kalau Fitnah Sila Saman

ADUN Selinsing, Drs Saipul Bahrin Mohamad dinasihatkan agar tidak menggelabah dan melatah berhubung dakwaan beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Skandal ADUN Selinsing Dalam Keretapi, Pemimpin Pas Dicabar Beri Penjelasan

Letak Jawatan atau saman saja Ustad Saidi...ada berani???
Apa respon Pas?  Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencabar Pas segera tampil membuat kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat beberapa buah blog berhubung satu isu yang cukup mengemparkan, penangkapan ADUN Selising bersama seorang wanita di dalam sebuah koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Wednesday, December 22, 2010

Kalau Nak Kenai Anwar Ibrahim...

Anwar Ibrahim hebat kerana apa agaknya? Adakah dia sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa berbanding lain-lain pemimpin? Apa agaknya kelebihan-kelebihan luar biasa yang ada pada beliau dan tidak ada pada orang lain yang menyebabkan beliau hebat?
Kalau dia kata dia difitnah, ertinya dia sedang melakukan fitnah...itulah Anwar Ibrahim

Kalau dilihat dari sudut kelulusan akademik, lebih hebat lagi kebanyakan pemimpin lain. Dia hanya lulusan ‘general degree’ pengajian Melayu Universiti Malaya.

Tuesday, December 21, 2010

Zaid Nak Saman Karpal Singh

Lembik dan tak bermaya tapi sembang tetap besaq.
Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.

MASYAALLAH! Jika Benar Ini, Tolaklah PAS..Depa Hipokrit!

Kecoh dalam facebook hari ini berita dan video pasai YB PAS ADUN Selising berzina dengan bini orang. Mengikut sumber ini, YB ni ditangkap berzina di dalam keretapi yang bergerak.

Nak dijadikan cerita ni lagi, sewaktu ditangkap, YB ni cuma pakai selauq dalam dan pasangannya memakai tuala warna merah...Na'uzubillah. Jahil sungguh YB Pas ni.

Untuk berita selanjutnya, klik sini

Saturday, July 10, 2010

LAGI PUSAT KARAOKE BARU BUKA !! : PAS KEDAH APA NAK KATA ???


Hari ni, SEPERTI YANG AKU JANJIKAN SEJAK BEBERAPA HARI LEPAS, sekali lagi aku dengan rasa terkesima ingin memaparkan satu lagi bukti jelas mengenai kelemahan Kerajaan PAS Kedah mentadbir negeri ini sejak menang PRU12 dulu.


Thursday, May 6, 2010

Saksikan video kronologi dan cerita menyayat hati saksi kes kemalangan Tian Chua


Sungguh zalim dan tidak berhati perut, Si Tian Chua ini.

Mana taknya, selepas kemalangan, boleh pulak berceramah kononnya, PKR adalah penyelamat anak cucu kita...walhal, dia baru kemalangan dan telah menyebabkan satu nyawa hilang...

Friday, April 30, 2010

Jaja Nama Islam, Agenda Keji RM4 Juta

KOTA BHARU, 29 April – UMNO Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4 juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas kekal memerintah Kelantan.


Pas cabar Kickdefella


Syed Azidi memang rapat dan akrab dengan Pemimpin Pas. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai orang yang bertanggungjawab menaja aktiviti fitnah keji mereka selama ini.

KOTA BHARU – Dewan Pemuda Pas Kelantan mencabar blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan individu terbabit dalam gerak saraf Pas dengan peruntukan RM4 juta untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Terima RM4juta : Umno Kelantan sifatkan Pas sebagai keji

KOTA BHARU: Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas kekal memerintah Kelantan.


Tuesday, April 27, 2010

Zaid kena tempelak : 'Patut cermin diri, bukan tunding jari' - SPR


SEBAIK sahaja diajukan kritikan Datuk Zaid Ibrahim tentang dakwaannya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap berat sebelah, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof terus mempersoalkan motif calon PKR yang kalah itu.

ADUN Pas pertikai kuasa sultan?

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

  • Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
  • Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
  • Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

    Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

    Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

    Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

    “Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,” katanya. - Utusan


    Bookmark and Share

    Friday, April 9, 2010

    Pemuda UMNO desak SPRM dedah siasatan Nik Aziz

    KOTA BHARU 8 April - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan status siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).


    Ketuanya, Anuar Sapian berkata, semua pihak terutama rakyat di negeri ini mahu mengetahui status sebenar kes tersebut apatah lagi siasatan berkenaan telah memakan masa yang terlalu lama.

    Katanya, timbul beberapa isu baru juga membabitkan Nik Abdul Aziz yang didedahkan dalam laman blog dan seharusnya diberikan perhatian SPRM.

    "Pemuda dan beberapa individu telah membuat laporan SPRM berhubung isu Nik Aziz dan menantunya sejak tahun lepas tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan atau kenyataan mengenainya dibuat oleh suruhanjaya itu.

    "Sebelum ini, iaitu pada pertemuan dengan SPRM pada November lalu, kami dimaklumkan bahawa siasatan mengenai isu ini di peringkat pendakwaan tetapi selepas lima bulan, ia diam begitu sahaja, seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil," katanya di sini hari ini.

    SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi sejak awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

    Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.

    Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya serta-merta.

    Pada masa sama, Nik Abdul Aziz mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi serta beberapa ahli keluarganya.

    Selepas isu itu mendapat liputan meluas media, Nik Abdul Aziz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.

    Sementara itu, Anuar berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh blogger Kickdefella mengenai sumbangan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dijalankan oleh Pas Kelantan sebagai timbal balas apabila meluluskan pemberian kawasan balak kepada syarikat tertentu.

    "Blog itu turut mendedahkan dokumen-dokumen penting membabitkan sumbangan terhadap Pasti sekiranya diluluskan kawasan balak malah ada di antara dokumen terbabit turut disertakan nombor cek.

    "Pemuda telah membuat laporan kepada SPRM berhubung kandungan laman blog ini. Jadi kita minta mereka menjalankan siasatan kerana bukti yang dikemukakan seolah-olah menunjukkan secara sahih berlaku penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz," katanya.

    Tambah Anuar, laman blog itu turut mendedahkan penglibatan seorang anak pemimpin Pas Kelantan yang dikatakan menggunakan pengaruh bapanya untuk mendapatkan kawasan balak.

    "Semua ini perlu disiasat, kita tidak mahu lagi rakyat negeri ini ditipu Nik Abdul Aziz dengan hanya perwatakannya yang alim.

    "Selain itu, saya juga meminta orang ramai supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke Pasti kerana jelas ia menggunakan sumber kewangan yang meragui untuk pendidikan," katanya. - Utusan

    Monday, April 5, 2010

    Nik Aziz Pembohong - Kickdefella

    PETALING JAYA: Penulis blog Kickdefella dalam entrinya semalam terus menyerang Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan melabelkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai pembohong.

    Dia menuduh Nik Aziz demikian selepas mendakwa tidak tahu menahu kononnya ada syarat tertentu dikenakan bagi syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak iaitu mesti menderma kepada kerajaan negeri.

    Malah Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa bahawa Nik Aziz kerap tertidur sewaktu mesyuarat berlangsung jika topik yang dibincangkan tidak penting baginya.

    Dia yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) juga tahu Nik Aziz turut menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau al-Quran pada waktu yang sama

    "Tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur daripada Menteri Besar Kelantan," katanya dalam laman blognya di kickdefella.wordpress.com di sini.

    Syed Azidi mengulas penafian Mursyidul Am PAS itu yang menyebut bahawa bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.

    Nik Aziz turut membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.

    Reaksi berkenaan ekoran dakwaan Kickdefella yang menyatakan syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan PAS, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.

    Dalam pada itu Kickdefella berkata, Nik Aziz bersuara juga bagi menjawab isu berkenaan setelah sekian lama menanti.

    Sementara itu, dia mencabar Nik Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di negeri terbabit sejak 1990 hingga sekarang

    Tindakan itu katanya, bagi membuktikan pemimpin nombor satu Kelantan itu tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaannya bahawa PAS Kelantan mengamalkan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme. - mstar online

    Sunday, April 4, 2010

    Nik Aziz nafi laporan blog Kickdefella


    KOTA BAHARU 4 April - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menderma kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.

    Beliau menegaskan, bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

    Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

    Beliau mengatakan, penulis blog terbabit cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

    Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. - Utusan

    Anwar hilang sokongan: PM

    Najib mahu rakyat nilai sendiri peribadi Penasihat PKR

    HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menilai sendiri kepemimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini hilang sokongan selepas ramai kenalan rapatnya mengambil keputusan keluar daripada parti itu.

    Perdana Menteri berkata, mereka yang keluar daripada parti itu suatu ketika dulu sanggup masuk penjara atau naik turun mahkamah semata-mata demi pemimpin mereka itu.

    NAJIB bermesra dengan orang ramai ketika tiba untuk majlis pelancaran Yayasan Kelana Ehsan, di Dewan Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, semalam.

    Hari ini mereka yang menyokong kuat itu mengambil keputusan keluar daripada parti itu, satu demi satu hilang kepercayaan kepadanya (Anwar). Mereka bukan orang biasa yang rakyat tidak kenal tetapi mereka ini sangat rapat dengannya (Anwar), malah ada mengenalinya selama 30 tahun.

    Hari ini mereka ini tidak lagi percaya pada pemimpin ini, apakah kesimpulannya, rakyat boleh menilainya, katanya pada majlis pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE), Dewan Felda Sungai Tengi, di sini, semalam.

    Turut hadir Lembaga Pengarah YKE, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

    Najib berkata, antara pemimpin yang keluar ialah bekas Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar yang amat dihormati kerana mempunyai buah fikiran yang baik.

    Dr Chandra adalah orang yang rapat dengan Anwar, beliau marah apabila Anwar dipecat dan beliau naik turun bersamanya, tetapi hari ini sudah hilang kepercayaan kepada individu itu. Dr Chandra kini menjadi Pengerusi Yayasan 1Malaysia.


    Setiausaha Agung PKR (Datuk Salehuddin Hashim) yang bertanggungjawab menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tetapi kini tidak lagi percaya pada parti itu.

    Salehuddin dilaporkan melepaskan jawatan itu pada 7 Januari 2010 untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan konsultansi minyak dan gasnya.

    Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor, yang sanggup masuk penjara kerana Anwar turut keluar dari parti itu. Ezam memberitahu saya, yang beliau diminta melawan saya di Pekan pada pilihan raya umum lalu dan diminta membuat fitnah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tetapi apabila Ezam tanya ada bukti atau tidak, Anwar kata, bedal jer, katanya.

    Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang juga peguam kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya, yang mendedahkan ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes Altantuya.

    Katanya, Zulkifli mendapat pengesahan daripada Azilah bahawa beliau tidak ada kena mengena dalam kes pembunuhan Altantuya.

    Saya sudah bersumpah dalam masjid (berhubung kes Altantuya) tapi orang itu sehingga sekarang belum bersumpah, malah membuat pelbagai dalih, katanya.

    Beliau berkata, Anwar turut mempermainkan nama Yang di-Pertuan Agong kononnya menyokong beliau dalam percubaan 16 September 2008.

    Najib berkata, beliau bertanya kepada baginda sama ada benar atau tidak perkara itu dan baginda menafikannya.

    Begitu juga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal, saya bertanya kepadanya dan beliau turut menafikannya, katanya.

    Sementara itu, Najib berkata, beliau akan menemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dalam lawatannya ke negara itu pada masa terdekat ini. - Berita Harian

    Wednesday, March 31, 2010

    Ni sedeqah atau rasuah?

    “… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:
    • Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap).
    Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…”
    Itulah cebisan daripada surat yang keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan, yang pada 31 Oktober 2000. Pasti ialah Pusat Asuhan Tunas Islam, sebuah institusi dotrinasi anak-anak kecil oleh PAS.
    Beratus-ratus pucuk surat dengan format yang sama juga dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang menjadi pemohon tanah balak kepada Pengarah Agensi Kerajaan Negeri, Pengarah Urusan NGO yang mesra kerajaan, Wakil-Wakil Rakyat, Exco bahkan Menteri Besar dan Timbalannya sepanjang 20 tahun pentadbiran ulamak bernama Nik Abdul Aziz di Kelantan.
    Dalam bahasa pasar, ‘lu bagi gua itu balak, gua ‘derma’ lu duit untuk lu punya kocek…”
    Lihat modus operandi ini,
    • Pemohon akan punya penaung.
    • Penaung akan bantu pemohon untuk dapat kelulusan.
    • Sebagai imbuhan kerana menolong, pemohon akan beri sejumlah wang kepada penaung.
    • Penaung ada hubungan rapat dengan pihak yang meluluskan permohonan.
    • Penaung dan pihak yang memberi kelulusan adalah entiti yang sama.
    Bukankah itu rasuah namanya? Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa pucuk surat yang ada diserahkan kepada saya oleh pembaca blog ini yang sudah muak dengan sikap hipokrit PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz.
    Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,
    “Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”
    “Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”
    Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.
    Apakah di atas kehebatan ini, PAS sekali lagi mengangkat Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya untuk tempoh lima tahun lagi?










    dari blog - kickdefella

    Tuesday, March 30, 2010

    Keluarga Miskin Diusir Selepas Nasib Dilaporkan Media

    Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) membantu keluarga Rasilawati Mohamad (Dua kiri) dan anak-anaknya memindahkan barangannya keluar dari bilik belakang yang disewa di sebuah bengkel di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.

    ALOR SETAR: Dua jam selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, satu keluarga miskin diberi notis 24 jam supaya mengosongkan bilik yang disewa mereka di sebuah bengkel motosikal di Jalan Alor Mengkudu di sini.

    Rasilawati Mohammad, 38, berkata, mekanik bengkel itu memberitahu suaminya, Sabri Samad, 44, bahawa pemilik premis Zakaria Omar mahu keluarga mereka keluar dari bilik sewa itu segera.

    “Kami diberi masa hingga pukul 2 petang hari ini untuk keluar.

    “Suami saya menjemput Datuk Paduka Ahmad Bashah untuk mengadu masalah kami. Dan petang yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Alor Mengkudu, Abdul Rahman Ismail datang beritahu bahawa keluarga kami boleh tinggal dengan ibu bapa beliau kira-kira 500 meter dari bengkel ini sehinggalah Ahmad Shah dapat menemui kediaman baru kami," katanya ketika ditemui di sini semalam.

    Rasilawati berkata, dia terkejut dengan tindakan itu dan percaya ia gara-gara kunjungan Ahmad Bashah dan media ke biliknya.

    Dia dimaklumkan oleh mekanik Zakarian bahawa alasan mereka diusir adalah kerana mereka bimbang dengan keselamatan jika terus tinggal di bengkel berkenaan.

    “Kalau dia takut nyawa kami terancam kenapa dia beri kami tempoh sehari sahaja untuk cari rumah baru? Lagi pun dia tahu kami dah tinggal sini sejak setahun lalu sejak dia melawat kami sekali tahun lalu," jelasnya.

    Dia berkata keluarganya membayar sewa bulanan sebanyak RM100 kepada Zakaria melalui mekanik yang menyewa bahagian depan premis.

    Rasilawati menambah, Ahmad Bashah datang menjenguk keluarganya selepas laporan dalam sebuah akhbar mengenai keluarganya minggu lepas.

    Keluarga berkenaan tinggal di situ bersama lima daripada enam anak berusia antara 11 bulan hingga 14 tahun.

    Dilaporkan, anak bongsu pasangan itu, Nur Syabrina Anisa, 11 bulan, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas ekoran masalah sistem pernafasan.

    Sabr yang memperoleh upah sebanyak RM500 sebulan sebagai tukang kayu berkata, sebahagian besar pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak, perjalanan pergi balik ke hospital dan sewa.

    Ahmad Bashah tiba di situ turut terkejut dengan tindakan mengusir keluarga terbabit.

    “Saya tak tahu insiden sama ada insiden ada sebab politik kerana bengkel ini satu blok dengan pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh.

    “Kalau benar ini amat memalukan kerana tujuan saya ialah membantu keluarga miskin dengan anak mereka yang sakit memerlukan kehidupan yang lebih baik," jelasnya. - mstar online

    Saturday, March 27, 2010

    Sultan Kedah: Pilih Pemimpin Yang Tidak Dicucuk Hidung Oleh Pihak Luar

    SINTOK: Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.

    Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan.

    "Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri.

    "Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

    Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan. "Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri," titah baginda.

    Tuanku Abdul Halim bertitah semakin banyak pilihan yang ada, semakin tinggi kebebasan seseorang dan semakin luas ruang kebebasan itu, semakin gembira hidup mereka.

    "Seorang pemimpin yang baik membebaskan rakyat dan meletakkan rakyat dengan pelbagai peluang kerana melalui banyaknya pilihan, kita menjadi lebih fleksibel," titah baginda.

    Baginda memberi contoh mengenai jasa yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang telah berjaya menyediakan peluang pendidikan secara lebih menyeluruh melalui Dasar Ekonomi Baru.

    Baginda yang juga Canselor UUM bertitah bahawa baginda membangkitkan perkara-perkara tersebut supaya para graduan turut dapat menyediakan diri untuk terus menikmati kebebasan diri untuk memilih dan bukannya memilih kerana dipaksa memilih. - mstar online

    BN Banyak "Bahan" Untuk Berdepan Pakatan PKR-DAP-PAS

    PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak "bahan" untuk berdepan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR malam tadi.

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "bahan" itu akan digunakan bagi menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan tentang siapa sebenarnya pakatan PKR-DAP-PAS.


    DATUK Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO memotong kek sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri dan menerajui UMNO, sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti itu, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Mac.

    "Waktu kempen, macam-macam boleh berlaku tetapi kita mempunyai banyak bahan sekarang yang boleh kita gunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kualiti Guru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

    Pada pilihan raya umum lepas, Dr Zainal Abidin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

    Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

    Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata dalam situasi sekarang, banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir parti pakatan.

    Beliau berpendapat jika pilihan raya umum 2008 dianggap tsunami politik, keadaan kini berbeza kerana rakyat sudah mulai sedar bagaimana pakatan PKR-DAP-PAS mentadbir Selangor.

    "Sudah terdengar banyak suara yang tidak puas hati dan sentimen sebegini saya kira menyeluruh dan atas dasar itu, kemungkinan mereka sudah insaf dan tahu bahawa yang lebih mampu dan berupaya ialah BN.

    "Atas pertimbangan itu, saya mengharapkan keadaan yang lebih baik daripada segi sentimen politik di situ kepada BN. Apa pun kita tidak boleh rasa selesa atau terlalu yakin kerana kita faham situasi politik boleh berubah," katanya.

    Mengenai calon, Muhyiddin berkata calon yang dipilih itu ialah individu yang paling disukai, terbaik, boleh menjalankan amanah sebagai wakil rakyat BN serta dapat menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya.

    "Kita akan bincangkan, pasti kita letak calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat di situ. Setakat ini, calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya kecil itu ialah daripada MIC.

    "Apa pun keputusan muktamad nanti akan dibuat oleh Pengerusi parti (BN) dan beliau biasanya berbincang dengan Presiden komponen parti seperti MIC dan sebagainya dan kita akan umumkan pada masa yang sesuai," katanya.

    Ditanya sama ada Umno akan bertanding semula kerusi parlimen itu, Muhyiddin berkata: "Walaupun ada pandangan sebegitu (supaya BN diwakili oleh Umno) tetapi biasanya pimpinan parti (yang membuat keputusan) dan bukan di peringkat saya yang akan menimbangkan situasi dan keadaan."

    Muhyiddin berkata BN sudah bersedia dan telah membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu dan menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    SPR akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

    Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Zainal Abidin. - mstar online

    Pendedahan Zulkifli Noordin Dilihat Bukti Pembangkang Sanggup Lakukan Apa Saja

    KUALA LUMPUR: Pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam mengenai tawaran kepada beliau untuk memburukkan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai satu bukti bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menabur fitnah untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

    "Saya tidak hairan dengan cerita sebegini, sebab ia jadi kebiasaan pembangkang untuk fitnah dan lancar strategi provokasi untuk dapat kuasa," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Datuk Bung Moktar Radin di lobi Parlimen di sini hari ini.



    Anggota Parlimen Kinabatangan itu mengulas pendedahan Zulkifli di Dewan Rakyat bahawa beliau pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    Zulkifli, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat, memberitahu Parlimen bahawa beliau pernah diminta mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan satu kes pembunuhan pada 2004.

    Dakwaan Zulkifli dibuat genap seminggu selepas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang bekas anggota PKR, bahawa rancangan "16 September" adalah satu pembohongan pembangkang.

    Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bahawa apa yang dinyatakan oleh Zulkifli itu menunjukkan pembangkang sanggup melakukan perbuatan yang seolah-olah menghalalkan apa saja caranya untuk mencapai matlamat mereka.

    Anggota Parlimen Tangga Baru Datuk Idris Haron berkata pengakuan Zulkifli menggambarkan beliau tidak tahan dengan taktik kotor sesetengah pihak dalam pakatan pembangkang.

    Wakil rakyat Bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng, yang juga bekas anggota PKR, berkata dakwaan Zulkifli itu perlu diteliti pihak terbabit. - mstar online

    Empat wakil Bebas cabar Karpal nyata pendirian

    KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen Bebas hari ini mencabar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, untuk menyatakan pendiriannya mengenai enam perkara termasuk kedudukan agama Islam di negara ini.

    Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baru) yang menjadi jurucakap kepada tiga lagi Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) membuat kenyataan itu bagi menjawab cabaran Karpal yang meminta mereka mengosongkan kerusi masing-masing.



    "Pertama, sebelum nak menjawab YB (Yang Berhormat) Karpal Singh, kami nak mencabar YB Karpal Singh untuk menjawab kenyataan Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, yang menuntut beliau meminta maaf melalui entri dalam laman webnya pada 8 Mac 2010, kerana kenyataan pada 8 Februari 2009 yang mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum bagi Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini. 

    Beliau berkata, Wee dalam kenyataannya menyebut bahawa "saya meminta YB Karpal Singh untuk isytihar segera bahawa beliau kini telah bertaubat dan ingin menarik balik kutukan terhadap ketua pembangkang dan meminta maaf secara tidak bersyarat dengannya."

    "Maka kami nak cabar YB Karpal Singh, sebelum dia nak cabar orang, jawab ni dulu, apa pendirian dia," katanya.

    Kedua, kata Zulkifli, mereka meminta pengerusi DAP itu menyatakan pendiriannya berhubung Islam.

    "Adakah dia masih lagi berpendirian bahawa kalau mahu laksanakan Islam, langkah mayat dia dulu, apa dah jadi dengan pendirian dia, adakah badan dia dah lembik ka apa ka, ataupun dia dah jadi mayat hidup, tidak mampu mempertahankan pendirian dia," katanya.

    Seterusnya, keempat-empat Ahli Parlimen Bebas itu mencabar Karpal menyatakan pendiriannya berhubung desakan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, supaya rukun pertama dalam Rukun Negara ditukar daripada Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

    "Kemudian kami nak tanya YB Karpal Singh apa pendirian dia mengenai kenyataan Pas bahawa pemimpin Dap sudah boleh terima Islam, sudahpun insaf dan boleh terima Islam, adakah YB Karpal Singh sudah boleh terima Islam dan sudah insaf berkaitan dengan kedudukan Islam," katanya.

    Selanjutnya, Zulkifli berkata mereka ingin mengetahui mengapa Karpal berdiam diri semasa Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, melompat parti daripada Umno kepada PKR.

    "Kenapa dia tidak ambil sebarang pendirian pada masa itu tetapi hari ini dia nak buat pendirian nak cabar kami.

    "Yang akhir, kita nak cabar YB Karpal Singh kenapa dia tidak mendesak supaya YB Ipoh Timur, Lim Kit Siang, mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang kalau dia benar-benar mempertahankan nilai demokrasi seperti yang dia sebut.

    "Maka, sebelum kami jawab cabaran dia untuk mengosongkan kerusi, kami minta YB Karpal Singh jawab dulu apa yang kami sebut hari ini dan kita akan tengok dari situ," katanya.

    Zulkifli berkata, tindakan Karpal itu memberi gambaran bahawa beliau lebih mementingkan politik daripada prinsip kerana jika seseorang itu berprinsip, individu tersebut akan mengekalkan prinsipnya walau di mana dia berada.

    "Macam saya, walau di parti manapun, walaupun seorang (Ahli Parlimen) Bebas, kita kekal prinsip, kita tetap cakap benar di mana sahaja," katanya.

    Mengulas mengenai ungkapan "empat ekor" yang digunakan Karpal untuk merujuk beliau dan tiga rakan Ahli Parlimen Bebas lain, Zulkifli berkata itu menunjukkan standard mentaliti Anggota Parlimen Bukit Gelugor.

    Zulkifli turut diminta mengulas keengganan Anwar memberi komen terhadap siapa yang dimaksudkannya mengarahkan beliau menyediakan surat akuan sumpah dalam pendedahannya semalam di Dewan Rakyat.

    "Saya tak sebut nama sapa-sapapun, sebab awak kena faham konteks ucapan saya itu, dalam konteks besar dia (mengenai) budaya fitnah yang sedang melanda politik negara dan saya bagi contoh, contoh fitnah terhadap dia (Anwar), fitnah terhadap tok guru Nik Aziz, fitnah terhadap Perdana Menteri, itu tujuannya, bukan tujuan nak dedahkan siapa-siapa," katanya.

    Beliau berkata, pendedahan hanya akan dibuat jika dirasakan perlu atau dirinya diletakkan dalam keadaan terpaksa.

    "Baru saya akan sebutlah, tapi dalam konteks ucapan saya, tak perlu," katanya.

    Zulkifli turut diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang ingin mendapatkan keterangan beliau berhubung beberapa dakwaan yang dibuat menerusi pendedahannya semalam.

    "Pertama, selamat Hari Polislah kepada Tan Sri KPN, tahniah dapat elaun baru untuk anggota polis. Keduanya, memang menjadi tugas polis untuk menyiasat kalau ada laporan, dia siasatlah dan bila dia panggil saya nanti, saya akan tengoklah, teliti kedudukan sama ada perlu atau tidak.

    "Sebab pada masa ini, setakat yang saya lihat, dari segi undang-undang pun tak ada keperluan sebab konteks yang saya sebut tu adalah nak membayangkan budaya fitnah yang sedang melanda, sesuai dengan kekhuatiran Tuanku (Mizan Zainal Abidin), tapi kalau Tan Sri KPN nak panggil saya untuk berbincang lanjut, saya tengoklah macam mana keadaan, apa yang dia nak tahu," katanya. - Berita Harian

    Anwar enggan ulas pendedahan Zulkifli Noordin


    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal berita.

    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal berita.

    "Tak payah...tak payahlah, tanya dialah siapa yang arah, I tak tahu, dia tak sebut nama. Kalau dia sebutpun, I tak layan sangat. "Sebagai seorang wartawan yang bagus, jika dia kata dia diminta oleh seseorang, kamu patutnya tanyalah dia. Dia sekarang di Parlimen," katanya.

    Wartawan wanita berkenaan kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya ingin tahu sama ada Anwar menafikan perkara itu atau sebaliknya.

    Anwar berkata: "Ini satu kenyataan yang tidak wajar daripada seorang wartawan...siapa bayar awak untuk bertanya soalan ini?"

    Apabila wartawan itu cuba menyatakan bahawa beliau mahu berlaku adil dan hanya sekadar ingin mengetahui cerita sebenar di pihak Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus menyindirnya.

    "Apa maksud kamu mahu mendapatkan cerita dari pihak saya. Dia tidak sebut nama, adakah dia kaitkan saya," katanya.

    Ketika ditanya mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah, Anwar berkata itu tidak membawa sebarang makna kepadanya. - Berita Harian

    Wednesday, March 17, 2010

    Mohsin tak akan sertai semula PKR

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai (Bebas), Mohsin Fadzli Samsuri, tidak akan kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun berjaya menyelesaikan masalah dalamannya. 

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang, yang mahu mengadakan solat hajat terhadapnya supaya kembali ke pangkuan pembangkang.





    Mohsin berkata, beliau keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas berikutan masalah dalaman parti yang gagal diselesaikan kepemimpinan PKR, malah mendakwa beliau tidak diterima pemimpin peringkat bahagian parti. “Saya tak akan patah balik (masuk PKR), maaflah, cabang (bahagian) sendiri tidak terima saya, ketua cadang kata mereka salah pilih calon,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam. 

    Mohsin meninggalkan parti itu selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, manakala Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menjadi wakil rakyat Bebas selepas dipecat PKR. 

    Katanya, beliau menghargai jasa Ahmad yang sebelum ini banyak membantunya terutamanya bagi memenangi kerusi pada pilihan raya umum lalu, namun kekecewaannya terhadap PKR sukar diubati dan tidak mungkin akan dilupakannya. 

    “Saya ucapkan terima kasih kerana beliau (Ahmad) mengenalkan saya kepada masyarakat dan pengundi terutamanya di kalangan ahli Pas dan sumbangan dia amat besar, saya berhubung dengannya dan memberitahu masalah dihadapi,” katanya. 


    Beliau berkata, sebagai individu yang dianggap sebagai ulama, Ahmad tidak sepatutnya mengadakan solat hajat terhadapnya, malah tokoh agama turut menyatakan perbuatan seperti itu haram di sisi Islam.  - Berita Harian

    Baru ditegur Agung : Pembangkang mula tunjuk samseng


    Sekumpulan wakil rakyat keluar Dewan selepas desakan bahas usul keselamatan ditolak 

    KUALA LUMPUR: Tidak sampai 24 jam selepas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan Ahli Parlimen menjaga imej dan tingkah laku mereka, sekumpulan wakil rakyat pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat, semalam.

    KIT SIANG (tengah), Hadi Awang (kanan) dan Nasharudin Mat Isa bertindak keluar dari Dewan Rakyat, semalam.

    Mereka bertindak demikian selepas Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee menolak desakan mereka untuk membahaskan usul keselamatan dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebaik sesi soal jawab bermula pada jam 10 pagi selesai kira-kira sejam setengah kemudian, Hishammuddin bangun membacakan usul berbunyi: “Bahawa majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN) menjaga supaya selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan melalui lorong menuju ke dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui. 

    “Dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini. 

    “Dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada KPN berkenaan,” katanya. 

    Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudian bangun dan berkata, usul itu perlu dibahaskan kerana isu keselamatan adalah penting. 

    Bagaimanapun, Ronald menjelaskan usul tanpa bahas dikemukakan Hishammuddin tidak melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. 

    Walaupun Ronald memberi penjelasan berhubung perkara itu, Kit Siang yang berdiri hampir 20 minit tetap mahu membahaskannya. 

    “Kita mahu usul ini dibahaskan. Saya pernah bahaskan usul ini sebelum ini, kita boleh menyemak kembali hansard,” katanya yang disokong N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). 

    Hishammuddin ketika ditemui di luar Dewan berkata, tindakan Ahli Parlimen pembangkang membuktikan mereka akan melakukan apa saja demi kepentingan politik. 

    “Seperti apa yang mereka lakukan dalam Dewan hari ini (semalam) mereka keluar berkaitan dengan usul yang saya bawa supaya keselamatan mereka sendiri terjamin, menunjukkan mereka sanggup lakukan apa saja untuk meraih sesuatu demi kepentingan politik,” katanya. 

    Kelmarin, ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12, Tuanku Mizan melahirkan rasa dukacita terhadap tingkah laku dan tutur kata Ahli Parlimen yang tidak menggambarkan keperibadian mereka sebagai wakil rakyat.  - Berita Harian

    Monday, March 15, 2010

    Nilai rekod 50 tahun BN terajui negara dengan baik

    PUTRAJAYA 14 Mac - Rakyat perlu membuat penilaian terhadap rekod Barisan Nasional (BN) yang berjaya menerajui negara ini selama lebih 50 tahun dengan baik.

    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka tidak seharusnya terpengaruh sehingga beralih sokongan kepada pembangkang semata-mata kerana rasa tidak puas hati berkaitan isu-isu kecil.

    "Rakyat perlu menilai rekod baik BN selama ini dan terus memberi peluang kepada parti itu untuk meneraju dan memajukan negara.

    "Jangan bertindak ikut emosi sehingga 'membakar kelambu' semata-mata kerana seekor nyamuk," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat di sini.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN ternyata berjaya memberi keselesaan kepada rakyat terutama kakitangan awam.

    Ini katanya, dapat disaksikan melalui pembangunan di Putrajaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk rakyat.

    Dalam hal itu, beliau menasihatkan warga Putrajaya agar memanfaatkan kemudahan yang disediakan termasuk menggunakan perkhidmatan bas awam.

    ''Gunakanlah bas awam yang disediakan untuk mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kenderaan.

    ''Kemudahan ini telah disediakan, jadi ia wajar dimanfaatkan oleh para penduduk di sini," katanya. - Utusan

    Sunday, March 14, 2010

    Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti – ADUN Lunas

    KULIM 14 Mac – Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan negeri-negeri lain didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.

    ADUN Lunas (Bebas), Mohd. Radzhi Salleh berkata, beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

    Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

    Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini, Mohd. Radzhi berkata, beliau sendiri akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat ini.

    Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh UMNO, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti. - Utusan

    Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

    ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyuarakan rasa kecewa dengan pembangunan Kedah yang dianggapnya tiada menampakkan sebarang kemajuan sepanjang tempoh dua tahun ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

    Katanya beliau melihat Kedah mempunyai potensi yang besar untuk maju, namun apa yang disaksikan sepanjang dua tahun pentadbiran PR amat mengecewakan.


    Beliau berkata Langkawi merupakan aset utama negeri yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, tetapi kerajaan Kedah tidak peka dan gagal mengekploitasi potensi pulau lagenda itu.

    "Dalam soal ini rakyatlah yang rugi kerana tidak mendapat manfaat. Sebab itu saya menggalakkan anak-anak negeri Kedah supaya pulang dan bangunkan negeri ini bersama," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Matrade bersama usahawan dan pengeksport wilayah utara di sini, hari ini.

    Sementara itu Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Barisan Nasional, khasnya Umno tidak pernah menjanjikan perkara-perkara yang diluar kemampuannya sebagaimana yang dilakukan oleh PR untuk memenangi pilihan raya. - mstar online

    Tuesday, March 9, 2010

    PKR hampir ulangi sejarah kegagalan parti serpihan

    IMLAN ADABI

    Kemelut dalaman, isu moral, agenda perjuangan Anwar semakin gugat keyakinan rakyat

    DATUK Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui secara terbuka Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilanda masalah, selepas merayakan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum, 8 Mac 2008.

    Jika dua tahun lalu beliau dengan lantang menyuarakan projek 16 September untuk menawan Putrajaya, kini Ketua Umum PKR itu mengakui keadaan sudah berubah dan parti serpihan Umno itu berdepan pelbagai kemelut dalaman yang boleh menggugat keyakinan rakyat.

    "Ini masalah kita, ada pengajaran juga... sekarang ini Keadilan (PKR) menghadapi masalah sedikit, tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong, Melaka, minggu lalu.

    Beliau terpaksa berkata demikian kerana tiga anggota Parlimennya � Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Pada 2009, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan seorang DAP meninggalkan parti masing-masing menyebabkan pakatan pembangkang hilang kuasa di Perak.

    Sabtu lalu pula, PKR bertindak memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana dikatakan melanggar dasar parti. Beberapa lagi Ahli Parlimen dan Adun dijangka bertindak keluar parti dengan pelbagai alasan.

    Tindakan mereka tidak memeranjatkan kerana sebagai pertubuhan siasah yang baru, PKR belum mantap, sama ada dari segi ideologi, pengurusan kepartian dan kekuatan mental ahli berbanding apa dimiliki Umno, Pas dan DAP yang menjadi tunjang sistem berparti di negara ini.

    Kemelut yang berlaku dalam PKR juga adalah ulangan dalam sejarah parti serpihan yang wujud di negara ini. PKR, seperti juga Parti Negara dan Semangat 46 adalah parti serpihan Umno, yang wujud selepas pemimpinnya tidak sebulu dengan pemimpin parti asalnya.

    Parti Negara ditubuhkan beberapa bulan sebelum pilihan raya pertama negara pada 1955 oleh Datuk Onn Jaafar kerana bercanggah pendapat dalam isu menuntut kemerdekaan dari Britain. Parti Negara gagal mendapat perhatian rakyat kerana Umno yang diterajui Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj berjaya menyatupadukan � gabungan Umno, MCA dan MIC yang mewakili penduduk pelbagai kaum.

    Semangat 46 pula ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai reaksi pengharaman Umno pada 1988. Matlamat perjuangannya untuk memulihkan Umno asal dibatalkan kewujudannya selepas pertandingan jawatan Presiden Umno antara Tengku Razaleigh dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

    PKR ditubuhkan pada 1999 ekoran hukuman penjara terhadap Anwar yang dikaitkan dengan isu salah laku dan moral. PKR tidak mempunyai agenda besar selain perjuangan untuk membela nasib Anwar yang dikatakan teraniaya.

    Justeru, dengan lantang, PKR muncul bersama slogan menuntut keadilan, membanteras gejala rasuah, menentang salah guna kuasa dan pencabulan sistem kehakiman negara. PKR juga dengan bangga mendabik dada sebagai jaguh pelbagai kaum. Keahliannya dibuka kepada semua kaum. Dasar parti pula dikaitkan dengan hak sama rata tanpa batasan agama dan bangsa.

    Perjuangan PKR yang diyakini suci berjaya menarik perhatian ramai pada 2008 ketika Umno diterajui pimpinan lemah ketika itu. Isu kaum, demokrasi, hak sama rata ekonomi menyebabkan timbul cadangan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan menguntungkan segelintir pembesar Melayu.

    Anwar dan rakan mereka dalam pakatan pembangkang membuktikan suara pembangkang semakin jelas apabila menafikan kerusi dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka juga menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (kini Perak dikuasai semula BN).

    Bagaimanapun PKR tetap sebuah parti serpihan yang sukar untuk meneruskan perjuangannya. Pelbagai masalah dalaman berlaku secara ketara. Isu moral bukan rahsia umum. Pemilihan calon pada pilihan raya umum lalu menimbulkan pertikaian. Jika Umno, Pas dan DAP memilih calon terbaik yang diyakini kesetiaan kepada parti, PKR pula memilih orang yang bukan sepatutnya.

    Justeru, tidak menghairankan apabila barisan wakil rakyat PKR boleh dipertikai kewibawaannya. Ada bekas posmen, pesara tentera, juru gambar dan 'tauke demonstrasi' terpilih ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Latar belakang politik mereka amat meragukan.

    Sejarah parti serpihan berulang di atas paksi sama. Serpihan Pas seperti Berjasa dan Hamim hanya wujud seketika di atas pentas politik tanah air. Berjasa ditubuhkan oleh Datuk Muhammad Nasir dan Datuk Wan Hashim Ahmad ekoran krisis politik di Kelantan pada 1977. Hamim pula muncul selepas bekas Presiden Pas, Tan Sri Asri Muda tidak sebulu dengan ahli parti pimpinannya dan menubuhkan pertubuhan siasah baru. Kedua-dua parti itu hanya muncul tiga kali pilihan raya umum dan kemudian lenyap ditelan waktu.

    DAP juga tidak terkecuali menerbitkan parti serpihan sendiri iaitu Socialist Democratic Party (SDP) pimpinan bekas Ahli Parlimen Menglembu, Fan Yew Teng. Krisis dalaman parti itu tiga dekad lalu tidak menggugat pimpinan Lim Kit Siang dan DAP. Yang lebur adalah parti serpihannya. Begitu juga di Sabah apabila Berjaya yang ditubuhkan oleh Datuk Haris Salleh hanya muncul seketika untuk menggantikan Usno. Kini kedua-duanya lenyap dan Umno bertapak kukuh di Negeri di Bawah Bayu itu.

    Hampir semua parti serpihan berkubur tanpa pusara. PKR juga bakal mengulangi drama yang sama jika sindrom melompat parti gagal dibendung. Dalam hal ini, Anwar bukan sekadar memerlukan kemahiran berpidato, juga kemahiran untuk meyakinkan ahli mengenai perjuangan parti.

    Parti yang tanpa sokongan ibarat kopi O tanpa gula. Ia akan pahit dan terus menjadi igauan dalam sejarah politik tanah air. Apakah Anwar juga bakal tercatat dalam sejarah sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri yang terus kempunan menuju cita-cita siasahnya? Apakah sejarah Parti Negara, Semangat 46, SDP, Berjasa, Hamim dan Berjaya bakal berulang sekali lagi? - Berita Harian

    Kerajaan pakatan boleh dianggap gagal - TPM

    KUALA LUMPUR 8 Mac - Pakatan pembangkang boleh dianggap gagal berikutan ketidakupayaan untuk mengumumkan kepada rakyat segala program yang telah dijalankan dalam tempoh dua tahun mereka berkuasa.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelemahan yang wujud pada pakatan itu adalah amat jelas jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan untuk rakyat termasuk program transformasi kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB).


    Beliau berkata, kerajaan BN juga telah berjaya memulihkan ekonomi negara dan ini terbukti apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini diunjurkan sebanyak lima peratus.

    "BN telah banyak laksanakan pembangunan dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum lalu.

    Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) belum sampai setahun pentadbirannya, kita boleh lihat banyak perancangan jelas berasaskan gagasan 1Malaysia.

    "Dalam tempoh dua tahun pakatan pembangkang tidak membuat apa-apa manakala Perdana Menteri belum sampai setahun tetapi sudah banyak perubahan yang dibuat," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program 1 Komuniti 1 Koperasi di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

    Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor.

    Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini bahawa pakatan pembangkang gagal melaksanakan pembangunan berkesan dan menunaikan janji selepas dua tahun berlalunya pilihan raya umum.

    Menurut laporan khas itu, sepanjang dua tahun memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, tiada kesepakatan di kalangan parti yang menganggotai pakatan itu sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri berkenaan.

    Menurut Muhyiddin, kejayaan kerajaan BN memperkenalkan segala perubahan selepas pilihan raya umum lalu berpunca daripada sikap tidak terikut dengan polemik politik yang cuba ditimbulkan pakatan pembangkang.


    "Kita cuba ditarik dalam kancah politik yang dibawa pembangkang, tetapi kita tidak lari daripada matlamat kita untuk membawa pembangunan kepada rakyat," katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata, koperasi di negara ini bukan saja terhad kepada aktiviti pembangunan ekonomi semata-mata malah perlu memberi tumpuan kepada aspek sosiobudaya masyarakat.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, koperasi perlu berganjak ke hadapan melalui aktiviti ekonomi dan sosial yang meliputi lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama sama ada di bandar mahupun luar bandar.

    "Koperasi tidak boleh dibataskan kepada bidang ekonomi semata-mata. Ia perlu melibatkan bidang sosial seperti kebajikan, alam sekitar kerana aspek sosial kini lebih diberi perhatian oleh rakyat," katanya.

    Muhyiddin berkata, pendekatan 1 Komuniti 1 Koperasi yang berteraskan penubuhan koperasi di setiap komuniti di seluruh negara akan menyumbang kepada merealisasikan gagasan 1Malaysia.

    "Pelancaran 1 Komuniti 1 Koperasi hari ini diharap akan dapat menyemarakkan lagi minat masyarakat Malaysia untuk menubuhkan koperasi tanpa mengira lokasi dan kawasan.

    "Melalui penubuhan koperasi, pelbagai peluang perniagaan terbuka luas untuk diterokai secara berkumpulan.

    "Penglibatan rakyat secara berkumpulan akan meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosioekonomi rakyat," katanya. - Utusan

    Wan Azizah gagal dan wajar letak jawatan - Zulkifli

     

    KUALA LUMPUR 8 Mac - Selepas dua hari dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan didesak mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Presiden parti itu.

    Ini kerana, menurut beliau, Presiden PKR itu gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar untuk mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

    Wan Azizah juga, kata Zulkifli, gagal memimpin parti sehingga menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semakin ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi turut meninggalkan parti.

    "Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR.

    "Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke (penjara) Sungai Buloh pula," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

    Semalam, Wan Azizah mencabar Zulkifli meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen jika beliau seorang lelaki yang mempunyai prinsip bagi membolehkan pengundi menentukan nasibnya.

    Dalam pada itu, Zulkifli yang menasihatkan Wan Azizah mencermin diri sendiri berkata, Presiden PKR itu telah membiarkan dirinya diheret ke hadapan lembaga disiplin yang dianggotai orang bukan Islam bagi dibicarakan mengenai isu kalimah Allah.

    Secara sinis beliau mengingatkan Presiden PKR itu bahawa Islam tidak hanya terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang selalu dipakainya.

    "Membiarkan panel lembaga disiplin bukan Islam membicarakan seorang Islam mengenai akidah, syariat dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam," tegasnya.

    Zulkifli turut menyatakan kesedihannya melihat Wan Azizah membiarkan dirinya sekadar menjadi alat firaun-firaun kecil dan pemanas kerusi serta penghias muka depan PKR sahaja.

    "Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan firaun-firaun kecil bermaharajalela dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

    "Sudahkah beliau lupa bagaimana firaun-firaun kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi the shoulder for her to cry on beliau kalau bukan saya!," katanya.

    Zulkilfi menegaskan bahawa beliau adalah satu-satunya ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding sebaik sahaja dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

    Katanya, pada masa itu ahli Parlimen PKR lain termasuk firaun-firaun kecil yang mengelilingi Wan Azizah dan Anwar enggan berbuat demikian.

    Tiba-tiba Wan Azizah sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Bharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, Anwar dan keluarganya.

    "Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar. Saya sanjung pengorbanan beliau, tetapi janganlah mempersoalkan prinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, Anwar dan parti," katanya. - Utusan

    Monday, March 8, 2010

    Mahfuz minta PAS tolak Zulkifli

    PETALING JAYA: Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

    Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

    "Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.



    "Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya di sini, hari ini.

    Beliau yang sebelum itu hadir pada sidang media ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, diminta mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam Pas.

    Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan Tun Ibrahim itu dan sewajarnya isu itu tidak dipolemikkan.

    Sabtu lalu, Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

    Zulkifli dalam sidang medianya pada hari berkenaan dilapor berkata, tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut mahupun mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat seperti yang didesak PKR.

    Di dalam blognya hari ini, Zulkifli berkata, beliau akan berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas tidak lama lagi dan bersyukur serta berterima kasih kepada Tuan Ibrahim di atas pelawaannya itu.

    Sementara itu, ketika mengulas pemecatan Zulkifli dan tindakan tiga ahli Parlimen PKR keluar parti baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata PKR, hanya mengekalkan ahli yang komited terhadap agenda reformasi.

    "Kami hanya akan mengekalkan mereka yang komited dengan agenda perubahan, tidak ada rasuah, tidak meminta projek atau kedudukan. Kalau itu kriteria anda, anda memilih parti yang salah," katanya. - Berita Harian

    Sunday, March 7, 2010

    Dihukum kerana Kritik MP PAS : PAS Sedia Terima Zulkifli

    PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

    Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.

    "PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

    "Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

    Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

    Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.

    Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

    Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.

    "Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

    Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

    "Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya. - mstar online