Wednesday, January 27, 2010

Nordin dakwa Anwar bersikap seperti 'diktator'

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersikap seperti 'diktator' dan tidak akan mendengar pandangan ahli partinya kerana beliau bimbang muslihat yang disusun, akan musnah di tangan pengikut sendiri.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, sejak awal penubuhan parti itu, segala keputusan ditentukan oleh Anwar seorang diri.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak terkejut jika lebih ramai ahli PKR terutama yang memegang jawatan tinggi akan mengikut rentak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Pahang.


"Saya yakin Azan meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap Anwar yang egois dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

"Perkara ini telah terjadi kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor, yang sanggup keluar parti kerana tidak mahu menurut kehendak Anwar yang bersikap seperti diktator dan gagal memperjuangkan nasib rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan Azan sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Pahang yang berkuatkuasa kelmarin.

Azan turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri, namun beliau masih menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota dengan mengekalkan keahlian parti dan sebagai Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Mengulas lanjut, Nordin yakin Azan membuat keputusan itu setelah berasa tertipu dengan Penasihat PKR itu.

"Memang benar Azan seorang pemimpin yang 'ikut buku' atau terikut dengan protokol kerana beliau seorang yang jujur dan benar-benar mahukan perubahan dalam parti,'' ujarnya.

Nordin yang merupakan individu terawal bertindak keluar daripada PKR atau ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan), menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan orang Melayu jika masih ramai yang terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Katanya, negara akan kecoh jika diperintah oleh pakatan pembangkang ekoran Pas, PKR dan DAP masih dengan ideologi masing-masing dan keakraban yang mereka tonjolkan selama ini hanya lakonan semata-mata.

"Apabila timbul isu cah keting, memang tidak dinafikan perkara itu telah lama berlaku di dalam PKR, malah saya turut menyaksikan sendiri bagaimana Anwar dengan mudah melakukannya pada pilihan raya di sebuah kawasan di Selangor.

"Sehubungan itu tidak mungkin perkara yang sama akan dilakukan oleh Penasihat PKR tersebut kepada Pas dan DAP demi kepentingan dirinya,'' ujar beliau. - Utusan

Tuesday, January 26, 2010

Kerana Islam, Melayu & Raja-Raja Melayu : Zulkifli Nordin dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada Pas, akan dirujukkan kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat Biro Politik PKR dalam mesyuaratnya hari ini.

Katanya, lembaga itu diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata, sementara siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak harus memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan proses ini diselesaikan mengikut saluran parti.

Anwar, ketika ditanya sama ada Zulkifli akan diminta menarik balik laporan itu, berkata tindakan Ahli Parlimen itu adalah tidak betul.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan isu peletakan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu, Azan Ismail, sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Bercakap dalam sidang akhbar itu, Azan berkata peletakan jawatannya telah pun dimaklumkan lebih awal kepada Anwar. - Berita Harian

Bersatu realisasi Malaysia maju


Najib Tun Razak mendengar soalan yang dikemukakan oleh Ahmad A.Talib dalam program Soal Jawab di Seri Pentas TV3, malam tadi. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Perdana Menteri mengakui hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju akan terbantut dan boleh dipintas oleh negara jiran lain jika semua pihak tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, senario dunia hari ini berbeza berbanding semasa Wawasan 2020 dilancarkan dahulu dengan pertumbuhan ekonomi dunia pada masa itu amat memberangsangkan.

Bagaimanapun menurut beliau, situasi dunia sudah jauh berubah dengan pelbagai krisis ekonomi yang langsung tidak terduga seperti krisis Asia 1997 dan global pada tahun lalu yang menyebabkan kadar pertumbuhan majoriti negara menjunam dan menguncup dengan ketara.

“Keadaan itu menyebabkan semua negara terpaksa menunggu beberapa tahun untuk kembali pulih semula sekali gus agak ketinggalan daripada sasaran asal bagi mencapai taraf negara maju.

“Persaingan kini juga amat mencabar, jika dulu China berkiblat sepenuhnya pada dasar komunisme, India dan Vietnam juga tidak mengamalkan dasar terbukanya, tetapi kini semua negara tersebut telah berubah ke arah lebih baik secara drastik.

“Malaysia kini berada di tengah lautan perubahan yang begitu hebat, kalau kita tidak bersungguh-sungguh, negara boleh dipintas,” katanya dalam program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung di TV3 di sini malam ini.

Program itu dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.

Sehubungan itu, tambah Perdana Menteri, untuk memastikan negara tidak ketinggalan, pelbagai program transformasi akan dilakukan kerajaan secara konsisten dari semasa ke semasa.

“Terdapat empat perkara penting yang menjadi agenda negara pada masa ini iaitu penekanan terhadap falsafah pentadbiran negara, konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, metodologi atau pelaksanaan 1Malaysia ialah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Indeks Prestasi Utama (KPI).

“Selepas NKRA dan KPI ialah pengenalan dasar model ekonomi baru yang kini dalam proses penggubalan, sebelum diikuti nanti oleh pelancaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” katanya.

Pada wawancara itu juga, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai matlamat utama pelaksanaan program transformasi kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) ialah hasil terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Kata beliau, untuk tahun ini kerajaan menekankan kepada soal kepantasan dan ketepatan dalam membuat keputusan tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan terbaik yang diberikan kepada rakyat, selaras dengan dasar Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Kualiti inilah yang akan dijadikan kayu ukur pencapaian kerajaan kerana rakyat memang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik.

“Saya yakin matlamat ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita tidak cabar diri untuk melakukan yang terbaik. Dalam perkara ini kita perlu letakkan kualiti perkhidmatan kerajaan setaraf dengan negara maju dan terbaik, saya mahu terbaik di kalangan terbaik bukannya terbaik dikalangan yang terendah,” tegasnya.

Tambah Najib, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga turut digalakkan untuk membantu kerajaan mencapai NKRA dengan melibatkan diri dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pada masa ini, katanya, terdapat banyak GLC yang melibatkan diri dalam CSR seperti pelaksanaan program latihan kepada graduan menganggur dan membaik pulih rumah penduduk kampung miskin.

Ketika ditanya mengenai kesediaan pegawai dan kakitangan kerajaan menjayakan dasar kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, Najib berkata, beliau yakin mereka mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang dan motivasi yang secukupnya.

“Saya telah saksikan sendiri komitmen luar biasa pegawai kerajaan semasa sesi percambahan idea makmal NKRA sehingga sesi itu berlarutan kepada awal pagi, saya juga kagum dengan peningkatan kualiti perkhidmatan dalam pengeluaran pasport antarabangsa daripada seminggu sebelum ini kepada hanya satu jam sahaja, dulu kita tidak terfikir pun.

“Klinik 1Malaysia juga saya kemukakan perkara ini semasa Bajet 2010 Oktober tahun lalu dan kini Alhamdulillah sebanyak 44 buah klinik telah beroperasi, maknanya kita boleh melakukannya jika ada fokus dan motivasi, jika beri rangsangan yang sepatutnya tiada sebab mereka tidak boleh tunjukkan pencapaian luar biasa,” katanya. - Utusan

AMK Selangor desak Zulkifli dipecat dari PKR

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai melampaui batas kerana telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, sebelum ini beliau banyak bertolak ansur dengan Zulkifli apabila membiarkannya menyatakan pendapatnya sendiri.


"Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar dalam laman blognya, http://anwaribrahimblog.com.

Sabtu lalu, Zulkifli membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk "Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman" yang disiarkan laman portal propembangkang Malaysiakini, kelmarin.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Ekoran daripada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa parti itu akan menentukan nasib Zulkifli sama ada akan dikenakan tindakan disiplin atau sebaliknya dalam mesyuarat khas parti itu, esok.

Pas pula melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai tidak elok dan tidak manis seolah-olah seperti sengaja mengangkat bola tanggung untuk direjam oleh pihak lawan.

Sementara itu di SHAH ALAM, Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Selangor mendesak jawatankuasa disiplin mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang didakwa cuba merosakkan hubungan parti itu dengan Pas.

Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, Zulkifli perlu dihadapkan kepada jawatankuasa berkenaan kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad jelas melanggar prinsip perkongsian antara parti-parti pembangkang itu. - Utusan

Khalid perlu minta maaf secara terbuka


SHAH ALAM - “Saya sedia tarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dengan syarat, beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Islam negara ini dan Sultan Selangor,” kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin.

Menurutnya, beliau sentiasa menghargai perbezaan pendapat dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR), namun tidak semestinya melampaui batas sehingga menyentuh isu keagamaan.

“Semasa Konvensyen PR tahun lalu, pemimpin parti sendiri mengumumkan Dasar PR untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, menghormati kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dalam negara ini. Tapi kini, apakah pendirian Khalid?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut mengesahkan menerima e-mel daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis yang dibuatnya.

“Saya sudah pun memberi penjelasan juga melalui e-mel kepada beliau dan menjelaskan bahawa saya tetap dengan pendirian saya,” katanya.

Sebagai pemimpin Melayu, katanya, Anwar seharusnya mengambil sikap neutral dengan tidak menyokong mana-mana pihak.

“Walaupun dia mengambil keputusan menyokong Kristian, dia perlu neutral,” katanya.

Ditanya pendapat Anwar yang melabelkan beliau sebagai angkuh dan tidak menghormati pendirian orang lain, Zulkifli berkata, beliau yakin kenyataan itu bukan dari beliau kerana beliau bukan jenis macam itu.

“Beliau berhak untuk mengambil tindakan kerana dia adalah pemimpin parti dan saya juga berhak mempertahankan diri saya mengikut ruang yang sedia ada,” katanya.

Khalid dalam sebuah portal berita baru-baru ini menyifatkan undang-undang Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan semasa undang-undang itu diluluskan kemungkinan tahap fahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam itu mendorong Zulkifli membuat laporan polis setelah Khalid tidak memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam sebagaimana yang dituntut olehnya.

Beliau berharap Khalid akan turut dikenakan tindakan parti kerana kenyataan itu didakwanya satu penghinaan.

“Kenyataan Khalid seolah-olah menghina kesucian Islam tidak dapat diterima dan jika nak berhujah, berhujahlah... Janganlah sampai hina agama dan orang Islam. Dia panggil saya anjing, saya tak kisah, tapi kali ini sudah melampau,” katanya. - Sinar Harian

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan


JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam. 


Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.

"Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia," katanya.

Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.
Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis. - Berita Harian

Azan letak jawatan – misi PKR menawan Pahang berkecai


Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang. KLIK

Azan tidak berpuashati dengan pentadbiran PKR negeri khususnya berhubung pengurusan kewangan dan kutipan derma.

Betul sangat dengan tindakan Azan, selama ini wang kutipan derma dari masyarakat kampung entak kemana perginya. Orang-orang kampung disajikan dengan ceramah-ceramah fitnah, maki hamun, menghasut membenci kerajaan UMNO, lepas itu kutip duit dengan alasan sumbangan untuk ‘berjihad’. Orang-orang kampung bukan sahaja dibodohkan, malah di tipu wang ringgit mereka……..

Azan mungkin sudah tidak dapat menutup lagi segala kepincangan yang berlaku dalam PKR Pahang, kudis pekong yang sudah sekian lama bernanah dalam PKR membuat Azan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang.

Apa kata Dato' Fauzi Abd Rahman Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang ?

Fauzi kata dia tidak faham apa yang Azan mahu lakukan. PKR Pahang kini berada ditahap yang terbaik dalam usaha untuk menawan Pahang.


Betul ke ?

Bukan di Pahang sahaja yang bergolak, boleh dikatakan keseluruhan negeri dalam Negara parti PKR sudah menampakkan kepincangan, kemungkaran, penipuan hala tuju perjuangan mereka, lebih-lebih lagi ketua umum mereka Anwar Ibrahim…….

Azan terlebih dahulu mencelikkan mata ke mana hala tuju sebenar perjuangan PKR yang lebih mengutamakan agenda Anwar untuk menerajui Negara disamping menutup segala kemungkaran jenayah yang dilakukannya.

Mungkin juga Azan sudah sedar, Anwar sanggup menjual hak-hak bangsa dan agama Islam semata-mata untuk memenuhi citarasa nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri……

Apa macam Dato’ Fauzi ?

Fauzi selalu menujam bahawa kerajaan UMNO-BN sudah tidak boleh dipercayai lagi, tetapi adakah PKR dan kuncu-kuncu PAS serta DAP boleh dipercayai ?

Kalau PKR dan pakatan rakyat adalah gabungan yang terbaik, masakan sudah begitu ramai kepimpinan, wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong mula meninggalkan PKR ?

Fauzi sendiri pernah berdokong dibelakang UMNO-BN, malah adik ipar Fauzi sendiri Dato’ Maznah Mazlan masih diberi kepercayaan dalam barisan kabinet Kerajaan BN. Kalau UMNO-BN tidak bagus, masakan Maznah Mazlan diberi jawatan Timbalan Menteri dalam Kementerian Sumber Manusia, dipilih menjadi ADUN Muadazam Shah, dilantik Senator…………. Itu menunjukkan bahawa UMNO-BN adalah sebuah kerajaan yang baik untuk membela nasib rakyat……..

Kalau kerajaan UMNO-BN tidak bagus untuk rakyat, bermakna adik ipar Fauzi, Dato’ Maznah Mazlan juga tidak bagus untuk rakyat lah…………. Kalau tidak masakan Maznah Mazlan memperolehi kemenangan dalam PRU ke12 menjadun ADUN, rakyat dalam kawasan Muadzam Shah juga menerima Maznah apabila dilantik Senator untuk jawatan Timbalan Menteri……

Waima apa sekali tujahan pembangkang terhadap kerajaan UMNO-BN, rakyat sudah mula membuka mata bahawa PKR dan pakatan tidak mampu menerajui Negara, lebih-lebih lagi dengan hasrat PKR hendak menawan Pahang dalam PRU 13 akan datang…..



JAHANAM - Siapa Membela Aduka Taruna Yang Nak MAMPOS ni???


Aduka Ke balai Polis Menyerah Diri.
(Yang TERTONGGEK pakai Seluar Ketat Tak pakai Tudung tu PAS Reform)


Aduka Taruna Blogger PAS nampaknya telahpun menyerah diri di Balai polis di negeri kelahirannya sepertimana yang di laporkan oleh Malaysiakini. Apakah Aduka boleh di kategorikan BERANI dengan menyerah diri??? Klik Di Sini Al Banjari

He he he....Berani apa nya si Aduka ni, dalam Blogg bukan main LANCANG mulut nya. MAMPOS ayat yang sungguh Jelek sama sekali apa bila di ungkapkan oleh Aduka Taruna ini. Apa pun di harapkan hukuman Setimpal akan diperolehi oleh Aduka Taruna Blogger Upahan mewakili PAS ini.

Dalam Posting sebelum ini Gomo ada menyatakan berkenaan Tindakan para Blogger Pakatan Pembangkang terutama blogger PAS yang menafikan Aduka Taruna adalah pihak mereka.
KLIK DI SINI.

Sekilas Ikan Di Laut, Sudah Ku Tahu Jantan atau Betina. Begitulah jua dengan Aduka Taruna ini. Walaupun banyak pihak di dalam Pakatan Pembangkang menafikan Aduka Taruna ini Jemaah PAS dan di kalangan mereka. Namun BUKTI yang ada telah menunjukkan Aduka taruna adalah Blogger yang bergiat aktif bagi Pakatan Pembangkang. Setiap pilihanraya kecil Aduka Taruna akan di panggil oleh kepimpinan Pakatan bagi menjalankan gerak kerja pilihanraya berkenaan.

Aduka Taruna juga merupakan blogger yang merekacipta Blogg Bagan Utama semasa kempen Pillihanraya Kecil di Bagan Pinang yang lalu. Apakah Aduka taruna ini membuat kempen politik ke hulu ke hilir dan ke sana sini tampa WANG Ringgit?

SIAPA MEMBELA ADUKA TARUNA???

Umum mengetahui kebanyakkan blogger Pakatan di bela dan di jaga oleh beberapa pihak. Salah satu nya Hussam Musa. Hussam Musa memainkan peranan yang cukup besar di dalam keperihatinan terhadap Blogger pakatan Pembangkang ini. DANA yang di perolehi juga cukup bagi menampung pergerakan Blogger dan elaun juga bulanan.

Aduka Taruna melancarkan kempen LANGGAR HAJI HADI yang mana bermaksud ingin menjatuhkan kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden PAS. Aduka Taruna telah membuat satu web Blogg bagi kempen tersebut, namun telah pun di TUTUP apabila kekecohan ini timbul. KLIK DISINI


Haji Hadi hendak di tumbangkang, Hassan Ali dan Ustaz Nasha di terbalikkan gambar mereka tanda protes terhadap kepimpinan ulamak. Apa yang membuatkan Aduka Taruna memboikot kepimpinan ulamak?

Hussam Musa di julang oleh Aduka Taruna, malah si Khalid Samad yang menyokong Gereja juga turut di sokong oleh Aduka taruna ini. Apakah tidak jelas bahawa Aduka taruna ini blogger yang berpaksikan dan bertuankan Hussam Musa?

Hussam Musa, khalid Samad merupakan Puak Edrogan di dalam PAS. Mereka ini sememangnya merupakan Proksi kepada Anwar Brahim dalam menjadikan PAS sebagai parti yang LIBERAL dan menyingkirkan Pro Ulamak di dalam PAS.

Jika rakyat masih lagi ragu akan penjelasan Gomo ini maka silakan membuat penilaiian sendiri ke atas Blogg Aduka Taruna ini dan juga Blogger pakatan yang menjulang nama PRO REFORM ini. Nescaya akan jumpa bukti dan keterangan yang nyata akan pembabitan Aduka Taruna bersama Hussam Musa dan juga Anwar Ibrahim. Blogg Aduka Taruna Klik Di SINI


Lain macam je LAMBANG ni?

PAS REFORM merupakan satu gerakkan terancang yang mana ingin memecahbelahkan PAS dan seterusnya menyinggkirkan Pro Ulamak dari kepimpinan tertinggi PAS. Sudah berpuluh tahun UMNO Wujud bersama PAS dan PAS tidak pernah BERPECAH menjadi 2 pihak. Apabila Anwar Ibrahim hadir dalam pakatan Pembangkang ini maka kita dapat lihat satu persatu PAS di pecahkan dan menjadi kucar kacir kerana golongan EDROGAN yang wujud dalam PAS ini.

Buat kepimpinan dan ahli PAS di harapkan sedar dan jelas bahawa selagi NANAH yang ada di dalam PAS ini tidak di bersihkan nescaya ianya akan MEMBUSUK sehingga ke akar umbi yag ada.

PAS REFORM = PKR REFORMASI

Aduka Taruna Asuhan ? - Klik Blogg Parti Asuhan Setan

Psssttt....Walaupun Blogger Pakatan Menafikan Aduka di kalangan mereka namun Bnagkai yang ada tidak dapat di tutup jua.....he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM - Dari Blog PAPA GOMO

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

Buzz up!

KIRA-KIRA 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Belia 4B negeri mengadakan bantahan terhadap penulis blog "Aduka Taruna" yang mengutuk dan menulis kata-kata kesat terhadap Almarhum Sultan Iskandar Ismail selepas kemangkatan baginda, di hadapan Istana Besar, Johor Bahru 24 Januari - Utusan/NASIRRUDDIN  


JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948. -- BERNAMA 

Klik Imej untuk gambar lebih jelas.


Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Khalid

Buzz up!
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen kawasan Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad walaupun telah diminta berbuat demikian oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli daripada PKR berkata beliau akan hanya berbuat demikian jika Khalid daripada PAS, menarik balik kenyataannya yang menyebut Enakmen Agama Islam negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah ketinggalan zaman, serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Hari ini saya telah diminta oleh Datuk Seri Anwar untuk tarik balik laporan itu. Saya jawab tak ada sebab untuk tarik laporan itu, melainkan Khalid tarik balik kenyataan mengenai enakmen tersebut, minta maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin.

Dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Jalan Masjid India, Sabtu lepas, Zulkifli turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' seperti yang disiarkan di laman portal Malaysiakini dua hari sebelum itu.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enekmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Ekoran tindakannya itu Zulkifli bakal berdepan dengan tindakan disiplin apabila Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, satu mesyuarat Biro Politik Khas akan diadakan esok di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap Zulkifli.

Mengulas tindakan yang akan diambil terhadapnya, Zulkifli berkata PKR mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya mereka merasa perlu tetapi beliau juga ada hak untuk mempertahankan tindakannya itu.

Bagaimanapun beliau sedia memberi kerjasama tetapi biro tersebut perlu memanggilnya untuk memberi keterangan sebelum membuat sebarang keputusan, dan hingga kini beliau belum menerima apa-apa notis dan surat daripada parti.

Katanya Anwar juga tidak memaklumkannya mengenai apa-apa notis, sebaliknya hanya menyebut bahawa kes itu akan dirujuk kepada Biro Politik Khas.

Mengenai desas-desus yang beliau mungkin dipecat daripada parti, Zulkifli berkata: "Cakap-cakap yang mengatakan saya akan dipecat hanyalah spekulasi tetapi jika betul-betul dipecat saya akan bertindak. Saya telah bersedia."

Dalam perkembangan yang sama Zulkifli turut meminta Naib Presiden PAS Selangor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur Khalid terlebih dahulu sebelum menyalahkan beliau sepenuhnya.

Katanya, Tuan Ibrahim sepatutnya menegur Khalid berhubung kenyataanya mengenai enakmen tersebut kerana jelas menghina umat Islam dan institusi Raja. -- BERNAMA

Kerana Laporan Polis Terhadap Khalid : PKR putuskan nasib Zulkifli Nordin esok

Buzz up!
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Wujud dua senario berbeza ekoran tindakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang membuat laporan polis mendakwa Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menentukan nasib Zulkifli sama ada akan dikenakan tindakan disiplin atau sebaliknya dalam mesyuarat khas parti itu yang akan diadakan pada Selasa ini.

Sementara Pas pula melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai tidak elok dan tidak manis seolah-olah seperti sengaja mengangkat bola tanggung untuk direjam oleh pihak lawan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, satu mesyuarat Biro Politik Khas akan diadakan pada pukul 12 tengah hari, Selasa ini di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan tindakan Zulkifli itu.

"PKR akan kendalikan kes Zulkifli ini mengikut saluran parti, sebab itu mesyuarat itu akan diadakan, sebarang keputusan bersabit dengan beliau akan diputuskan dalam mesyuarat itu nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang semalam membuat laporan polis mendakwa Khalid terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Masjid India di sini, kira-kira pukul 5.30 petang.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' yang disiarkan laman portal Malaysiakini, kelmarin.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang pengunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Mengulas isu sama, Tuan Ibrahim berkata, tindakan Zulkifli itu seperti menggambarkan bahawa pakatan pembangkang langsung tidak mempunyai mekanisme khusus kepada ahli parti komponennya membincangkan sebarang perkara berbangkit.

Sedangkan, tegas beliau, pakatan pembangkang telah mengeluarkan ketetapan sebelum ini bahawa sebarang perbezaan pendapat perlu dibincangkan secara musyawarah dan bukannya menggunakan saluran lain seperti media dan laporan polis.

"Kita mempunyai adab yang perlu dipatuhi iaitu setiap ahli parti komponen perlu menghormati pendirian dan perbezaan pendapat rakan lain yang juga berada dalam saf sama, walaupun ia tidak selari dengan pendirian kita.

"Langkah menggunakan media atau saluran lain bukannya menguntungkan pakatan pembangkang malah ia akan menambahkan lagi kekusutan terutama dalam isu perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya.

Tuan Ibrahim juga mempersoalkan laporan polis itu yang menyatakan Khalid menghina Sultan Selangor yang disifatkan sebagai tidak tepat dengan isu yang dibangkitkan oleh Zulkifli.

"Bagi saya isu menghina Sultan Selangor tidak timbul kerana baginda telah menitahkan Khalid untuk menghadap baginda. Jadi saya rasa tidak timbul lagi isu dikatakan Khalid menghina Sultan Selangor.

"Zulkifli ini ahli PKR jadi saya minta parti tersebut uruskan apa yang sepatutnya dilakukan terhadap beliau," katanya. - Utusan

Bubar PKR Ijok : Azmin mahu jatuhkan Khalid?

Buzz up!
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pembubaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor didakwa adalah sebahagian perancangan Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali yang mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar terkuatnya bagi jawatan Timbalan Presiden parti.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, Abdul Khalid dilihat calon paling berpotensi untuk memegang jawatan tersebut berbanding Azmin selepas spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan itu.

"Abdul Khalid lebih banyak jawatan di Selangor berbanding Azmin. Ekoran itu, Azmin bimbang Menteri Besar Selangor itu akan menjadi pencabar utamanya lalu merancang apa jua mainan politik untuk menjatuhkan beliau.


"Kesannya, para perwakilan parti akan melihat, Abdul Khalid gagal mentadbir cabangnya sendiri di Kuala Selangor dan bagaimana beliau mahu menjadi orang atasan parti iaitu selaku Timbalan Presiden.

''Inilah yang Azmin mahu bagi memastikan cita-citanya menjadi Timbalan Presiden parti tercapai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang, didakwa bertujuan memberi laluan kepada Azmin untuk menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, spekulasi itu heboh diperkatakan pada pertengahan bulan ini ketika cabang-cabang PKR di seluruh negara bersiap sedia untuk membuat pencalonan bermula Mac ini.

Dakwanya, memandangkan masa semakin suntuk untuk calon-calon lain mendapatkan sokongan, sudah tentu Azmin yang telah turun bertemu ahli di peringkat akar umbi atas kapasitinya sebagai Naib Presiden akan mendapat kelebihan.

Mohd. Nazmi menambah, kemenangan Syed Husin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2007 tanpa dicabar selepas Azmin disebut-sebut akan menentangnya tetapi menarik diri juga didakwa adalah perancangan Naib Presiden PKR itu.

Beliau berkata, strategi licik tersebut adalah bagi memenuhi kehendak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Azmin dilantik sebagai Timbalan Presiden.

"Kini, Azmin berusaha untuk menjatuhkan Abdul Khalid pula yang dianggap sebagai pencabar utamanya. Inilah masalah yang akan berlaku apabila mendapat kuasa dan mula berebut jawatan.

"Budaya 'cah keting' bukan sahaja wujud dalam Pas seperti yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan, ia juga wujud dalam PKR," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa simpati kepada Abdul Khalid yang kini menjadi mangsa mainan politik Anwar dan Azmin.

"Sehubungan itu beliau lebih baik meletak jawatan daripada arena politik dan memberi tumpuan kepada dunia korporatnya.

''Abdul Khalid harus sedar dirinya dipermainkan oleh Anwar dan Azmin yang mempunyai agenda sendiri untuk mencapai cita-cita mereka," dakwanya. - Utusan

Kerana Laporan Polis Terhadap Khalid : PKR putuskan nasib Zulkifli Nordin esok

Buzz up!
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Wujud dua senario berbeza ekoran tindakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang membuat laporan polis mendakwa Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menentukan nasib Zulkifli sama ada akan dikenakan tindakan disiplin atau sebaliknya dalam mesyuarat khas parti itu yang akan diadakan pada Selasa ini.

Sementara Pas pula melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai tidak elok dan tidak manis seolah-olah seperti sengaja mengangkat bola tanggung untuk direjam oleh pihak lawan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, satu mesyuarat Biro Politik Khas akan diadakan pada pukul 12 tengah hari, Selasa ini di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan tindakan Zulkifli itu.

"PKR akan kendalikan kes Zulkifli ini mengikut saluran parti, sebab itu mesyuarat itu akan diadakan, sebarang keputusan bersabit dengan beliau akan diputuskan dalam mesyuarat itu nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang semalam membuat laporan polis mendakwa Khalid terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Masjid India di sini, kira-kira pukul 5.30 petang.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' yang disiarkan laman portal Malaysiakini, kelmarin.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang pengunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Mengulas isu sama, Tuan Ibrahim berkata, tindakan Zulkifli itu seperti menggambarkan bahawa pakatan pembangkang langsung tidak mempunyai mekanisme khusus kepada ahli parti komponennya membincangkan sebarang perkara berbangkit.

Sedangkan, tegas beliau, pakatan pembangkang telah mengeluarkan ketetapan sebelum ini bahawa sebarang perbezaan pendapat perlu dibincangkan secara musyawarah dan bukannya menggunakan saluran lain seperti media dan laporan polis.

"Kita mempunyai adab yang perlu dipatuhi iaitu setiap ahli parti komponen perlu menghormati pendirian dan perbezaan pendapat rakan lain yang juga berada dalam saf sama, walaupun ia tidak selari dengan pendirian kita.

"Langkah menggunakan media atau saluran lain bukannya menguntungkan pakatan pembangkang malah ia akan menambahkan lagi kekusutan terutama dalam isu perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya.

Tuan Ibrahim juga mempersoalkan laporan polis itu yang menyatakan Khalid menghina Sultan Selangor yang disifatkan sebagai tidak tepat dengan isu yang dibangkitkan oleh Zulkifli.

"Bagi saya isu menghina Sultan Selangor tidak timbul kerana baginda telah menitahkan Khalid untuk menghadap baginda. Jadi saya rasa tidak timbul lagi isu dikatakan Khalid menghina Sultan Selangor.

"Zulkifli ini ahli PKR jadi saya minta parti tersebut uruskan apa yang sepatutnya dilakukan terhadap beliau," katanya. - Utusan

Khalid James Samad Yang Melampaui Batas



NASIHAT AKU, BAIK KAU MASUK KRISTIAN SAHAJALAH WAHAI ABDULLAH BIN UBAI

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Justeru, ia perlu dibuka kepada perbincangan semula.

“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” kata Khalid. Baca seterusnya di SINI



ULASAN:


Tak taulah apa nak jadi dengan MUNAFIK sekor daripada parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Katanya parti ni dulu kuat memperjuangkan hukum Islam. Sekarang dah terbalik. Demi UNDI kafir, maka dilacurkan semua prinsip agama. Ulama yang tidak sebulu dengan mereka sepeti Dr Harun Din, Ust Taib Azamudin yang bercakap berdasarkan ilmu Tauhid dicop sebagai AGEN UMNO.

Harini aku nak cop Khalid James Samad ni sebagai agen Kristian yang bertopengkan Islam. Seorang yang bagi aku dah jatuh akidahnya kerana masih lagi tidak mengendahkan amaran Allah SWT dan sanggup bersekongkol secara berterusan menghina Islam dan institusi yang menjaganya. Kali ini beliau secara SENGAJA dengan mengadakan PRESS CONFERENCE untuk menegakkan BENANG BASAH beliau. Dan beliau dilihat SENGAJA dan secara KONSISTEN menyerang umat Islam kononnya atas dasar pendapat PERIBADI. Itulah helah puak MUNAFIK ini di dalam menepis hujah sendiri yang dangkal dan terkenal dengan karektor Baling batu sembunyi tangan. ABDULLAH BIN UBAI made in MALAYSIA.

Memang Haram Jadah sekor ini. Di dalam forum apa sahaja hatta yang terbaru ini di dalam TV pun beliau memperlekehkan hujah panelis lain yang mempertahankan Islam seolah-olah beliaulah ULAMA BESAR dengan lenggok dan bahasa badan yang memang mcm PU**MAK. BABI lebih mulia daripada kamu wahai Khalid James Samad.

Saya dah tak tahan lagi melihat karenah MANUSIA KUFUR dan MUNAFIK yang bernama KHALID JAMES SAMAD ini. Setiap masa mengeluarkan perkataan dan pandangan yang menghina dan menghasut. Di mana Kementerian Amaran Dalam Negeri? Adakah hendak menunggu ada orang yang mengambil tindakan sendiri menghapuskan Khalid James Samad ini? Seperti di dalam kes gereja dibakar. Apa jaminan kerajaan di dalam hal ini? Tiada manusia yang boleh mengawal emosi orang-orang yang tidak mempunyai kesabaran dan bersikap gedebe. Sehingga itu baru kamu mahu bertindak wahai Menteri KADN Hishammudin? Sesungguhnya Khalid James Samad ini telah melampaui batas. Arahan MAIS, JAIS, Sultan, YDP Agong pun dia main-mainkan dan selayaknya dia ini diambil tindakan menghina PERLEMBAGAAN dan rehatkan beliau di ISA Kamunting.

Kepada parti PAS aka Penjilat Kafir, buatlah sesuatu kerana IMEJ PAS sekarang di mata umat Islam amat buruk sekali. Inilah akibat drpd TAHALLUF yang diagung-agungkan sangat. Buang Khalid James atau PAS yang akan dihumban oleh umat Islam di dalam GE 13 nanti. - Dari Blog Antihipokrik

Tuesday, January 5, 2010

Umno Kedah bantah tarif air dinaikkan

ALOR SETAR: Umno Kedah membantah keras sebarang kenaikan tarif air di negeri itu selepas Jabatan Bekalan Air Kedah (JBA) dikorporatkan mulai Januari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Nawawi Ahmad, berkata kenaikan itu akan menambah bebanan rakyat terutama nelayan kecil, petani, penoreh getah dan yang tiada pendapatan tetap.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dilaporkan berkata pada Disember lepas bahawa tarif air mungkin dinaikkan apabila JBA dikorporatkan dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA) mulai 1 Januari ini.

Bagaimanapun, setakat ini Azizan belum membuat pengumuman mengenai pengkorporatan JBA.

Nawawi berkata, kerajaan negeri seharusnya memberi justifikasi sebelum mencadangkan kenaikan tarif itu dan menjelaskan tentang operasi SADA. - Berita Harian