Tuesday, January 26, 2010

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

Buzz up!

KIRA-KIRA 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Belia 4B negeri mengadakan bantahan terhadap penulis blog "Aduka Taruna" yang mengutuk dan menulis kata-kata kesat terhadap Almarhum Sultan Iskandar Ismail selepas kemangkatan baginda, di hadapan Istana Besar, Johor Bahru 24 Januari - Utusan/NASIRRUDDIN  


JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948. -- BERNAMA 

Klik Imej untuk gambar lebih jelas.


No comments: