Saturday, February 6, 2010

Zaid akui ahli PKR tidak berdisiplin

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim, mengakui ahli parti itu tidak berdisiplin sehingga menyebabkan beliau 'menegur' parti berkenaan.

Teguran itu, katanya mengakibatkan dirinya pula berdepan tindakan daripada Lembaga Disiplin parti berkenaan.

“Saya rasa PKR perlu disiplin... dari segi cara ahli kita, pandangan dan sebagainya. Jika kita tidak ada disiplin, bermacam-macam orang akan bercakap itu dan ini...dan kualiti keahlian kita lemah.

“Justeru, kita perlu disiplin dari segi perjuangan, prinsip, dasar... maka sesiapa yang melanggar itu, kita kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program `Hak Ditunda, Hak Dinafi’ di sini, semalam.

Program anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) itu adalah bengkel mengenai hak tanah adat untuk golongan Orang Asli. - Berita Harian

No comments: