Saturday, July 10, 2010

LAGI PUSAT KARAOKE BARU BUKA !! : PAS KEDAH APA NAK KATA ???


Hari ni, SEPERTI YANG AKU JANJIKAN SEJAK BEBERAPA HARI LEPAS, sekali lagi aku dengan rasa terkesima ingin memaparkan satu lagi bukti jelas mengenai kelemahan Kerajaan PAS Kedah mentadbir negeri ini sejak menang PRU12 dulu.




NAHHHH ORANG ALOQ SETAQ & ORANG KEDAH ! Amik hangpa ! Satu lagi Pusat Hiburan Karaoke dibuka di Bandaraya "Islam" Alor Setar! ... Karaoke yang bernama 'REX ZONE KARAOKE' dikatakan "Karaoke Keluarga" ... Yakah untuk keluarga ??? Mungkin Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan boleh jawab kot!? ...

... Sejak pemerhatian aku selama sebulan selepas Hari Pembukaan rasmi Karaoke ini (pada 1 JUN 2010), ianya dikunjungi oleh pelbagai jenis pelanggan. Ada yang datang bersama kawan, ada yang berseorangan, ada yang berkumpulan (mungkin bebudak Sekolah Menengah/IPTA/IPTS), ada yang datang bersama adik-beradik, dan tak ketinggalan, ada (agak ramai juga) yang datang secara berpasangan ! yang berpasangan ni nampaknya macam sedang bercinta, bukan laki bini! ... huh !

Yang datang dengan secara berkeluarga, aku perhatikan tak sebanyak mana pun ... mungkin aku tak 100% menunggu & tengok kehadiran pelanggan di situ sepanjang masa, secara amnya, semua pelanggan yang datang ke pusat karaoke tu, majoritinya bukan dengan ibuayah & keluarga mereka.

Pusat Karaoke ini yang terletak di bangunan bekas Pawagam REX di Jalan Putra, Alor Setar adalah lebih kurang 600 meter sahaja dari MASJID ZAHIR ALOR SETAR. Iaitu mercu tanda keagungan Islam di Alor Setar dan ianya merupakan Masjid Negeri Kedah. Sayangnya, promosi pembukaan Pusat Karaoke tersebut (banner / streamer & bunting) tergantung megah di sepanjang jalan hadapan Masjid Zahir (bukti bergambar disertakan - lihatlah sendiri).


ARTIKEL INI AKU PAPARKAN BUKAN UNTUK MENYALAHKAN PIHAK KARAOKE REX ZONE TERSEBUT ! TETAPI, AKU NAK SEMUA PEMBACA MEMAHAMI BAHAWA KERAJAAN PAS KEDAH TIDAK BANYAK BEZANYA DENGAN BN DAHULU (YANG PAS KATA HAPRAK! PAS 2x5 HAPRAK JUGAK!) ... PAKAI SAJA NAMA ISLAM, PENDEKATAN DALAM MEMBANTERAS MAKSIAT AKU NAMPAK PAS GAGAL !! INIKAH PAS YANG ANDA MAHUKAN WAHAI RAKYAT KEDAH ??? ... PAS SUDAH JAUH TERPESONG SEJAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN DAP & PKR.

Membangun Bersama Islam,
Kedah Sejahtera,
Nikmat Untuk Semua ...

SEMUA ? ... "Nikmat Untuk Semua" apa ni ??? , mungkin maksud SEMUA tu adalah merujuk kepada SEMUA ORANG tak kira bangsa, agama, keturunan, bidang kerja, jurusan dan apa saja ... dan SEMUA itu mungkin juga sehingga merangkumi kepada Tokey-Tokey Kedai Judi, Kedai Arak, Kedai Nombor Ekor Haram, Tokey Pub & Tokey Karaoke di tanah Kedah yang Sejahtera ni .... Itulah maksud SEMUA kot !!??

Sebelum ni, blog aku dah pun pernah 2 kali memaparkan isu kewujudan (percambahan) pusat hiburan berbantuk KARAOKE & PUB di Kedah sejak pemerintahan PAS.

Kedua-dua artikel yang AloQStaQBlog paparkan tu, aku dapat pelbagai respon dari Puak PAS (& PR) mahupun dari BN ...

Ada yang mengutuk kerajaan PAS,
... Ada yang tolong cover bermati-matian Kerajaan PAS Kedah,
... Ada pula yang minta aku tarik balik kedua-dua posting (artikel) tu,
... Ada yang nak "pukui" aku dan macam-macam lagi ...

Kalau nak tengok balik artikel karaoke lain yang pernah aku paparkan di blog ni, boleh klik DI SINI DAN DI SINI ... Silalah tengok betapa PAS Kedah GAGAL dalam menyekat Pusat Hiburan yang menjadi "PUNCA MAKSIAT REMAJA" di Kedah ....

Apa matlamat Kerajaan PAS Kedah membiarkan kewujudan dan percambahan banyak Pusat Hiburan di negeri ini (cepat tumbuh macam kulat selepas hujan)??? Inikah matlamat yang PAS Kedah ingin capai sebagai sebuah NEGERI ISLAM MAJU ACUAN PAS (& DAP)? ...

MEMANG BENAR SLOGAN PAS KEDAH, KEDAH SEJAHTERA DENGAN MEMBERI NIKMAT UNTUK SEMUA KERANA WUJUDKAN BANYAK PUSAT HIBURAN PUNCA MAKSIAT! ... Tahniah Kerajaan PAS Kedah! ...

Banyak lagi yang akan AloQStaQBlog bongkarkan dari semasa ke semasa ! .... Nantikan saatnya ... Pilihanraya Umum ke 13 DAH DEKAT !

Sumber : dari Blog AloQStaQ

3 comments:

Anonymous said...

menulis biar berilmu, menurut biar berakal

Anonymous said...

Lawak btoi la tuan pnya blog ni...
brapa UMNO/BN byaq??

Nk tau perkembangan Kedah terkini di bawah PAS/PR: layari lidah rasmi kerajaan negeri
http://www.wartakedah.net/

peace :)

Anonymous said...

http://www.kedah.gov.my/kedah/index.asp