Thursday, December 23, 2010

ADUN Selising Tidak Perlu Menggelabah, Kalau Fitnah Sila Saman

ADUN Selinsing, Drs Saipul Bahrin Mohamad dinasihatkan agar tidak menggelabah dan melatah berhubung dakwaan beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian meminta Drs Saipul bertenang dan segera menyaman pihak-pihak yang pada anggapan beliau telah melakukan fitnah.
“Berani kerana benar, takut kerana salah.  Dia (Drs Saipul) tak perlu melatah dan menggelabah.

“Kita pun alu-alukan dia ambil tindakan saman kepada mana-mana pihak yang dikatakan telah membuat fitnah terutama Ustaz Saidi Hussin yang merupakan Ketua Keselamatan Pas Semerak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-pondok negeri Kelantan (Jawatan ketika di dalam Pas)”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, tegas beliau lagi Drs Saipul perlu menjawab tuduhan kes zinanya, bukannya lari dari tajuk dengan menuduh pula UMNO sengaja menfitnahnya, kononnya mungkin disebabkan krisis dalaman UMNO Bahagian Pasir Puteh sendiri.

“Beliau tidak perlu mengaitkan UMNO masalahnya, sebaliknya menjawab atau menafi dakwaan Ustaz Saidi yang telah pun disebarkan dalam laman-laman blog dan youtube baru-baru ini.

“Dia kata kita fitnah, dia kata kita cuba jatuhkannya, namun selain pendedahan blog-blog, kita juga mempunyai bukti daripada penduduk di Pasir Puteh sendiri,” ujarnya. - MediaUMNO

No comments: