Thursday, December 23, 2010

Skandal ADUN Selinsing Dalam Keretapi, Pemimpin Pas Dicabar Beri Penjelasan

Letak Jawatan atau saman saja Ustad Saidi...ada berani???
Apa respon Pas?  Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencabar Pas segera tampil membuat kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat beberapa buah blog berhubung satu isu yang cukup mengemparkan, penangkapan ADUN Selising bersama seorang wanita di dalam sebuah koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Sambil melahirkan rasa terkejut berhubung pendedahan itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian meminta ADUN tersebut atau mana-mana pemimpin Pas segera membuat penjelasan.

Menurutnya pendedahan oleh  Ustaz Saidi Hussin  yang merupakan Ketua Keselamatan Pas Semerak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-pondok negeri Kelantan (Jawatan ketika di dalam Pas), saksi utama dalam kes tersebut,  kini menjadi berita hangat di blog, facebook dan youtube.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO Kelantan mencabar ADUN tersebut atau mana-mana pemimpin PAS membuat penafian berhubung isu ini serta menyaman pihak-pihak terbabit dalam isu ini khususnya Ustaz Saidi Hussin, bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak terlibat dalam mana-mana skandal dengan isteri orang di dalam koc tersebut.

“Kita hanya mahu mencari kebenaran, jangan menipu rakyat dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ tetapi dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin Pas terlibat dalam skandal yang amat memalukan ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama tegas beliau lagi pihaknya turut berharap agar ADUN Selising tidak hanya berdiam diri sebaliknya tampil untuk menjernihkan keadaan.



“Jika benar beliau tidak bersalah, sila buktikan tetapi jika benar berita skandal tersebut, tidak salah beliau meminta maaf dan berundur dari jawatan wakil rakyat kawasan Selising yang disandangnya sekarang.

“Kita harus menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, berani, jujur dan tidak menipu rakyat. Jika beliau benar-benar terlibat, mohon maaf dan letak jawatan sebagai ADUN bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang benar-benar berpegang pada janji dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya,” tambahnya. – MediaUMNO

Kedah Senang:

Dakwaan ini amat berat bagi seorang yang beragama Islam. Tambahan pulak ianya melibatkan seorang ADUN Pas yang kononnya mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya di dalam kehidupan dan perjuangan mereka.

Jika menurut saksi berkenaan (Ust Saidi), beliau sendiri yang melihat dengan mata kepala beliau. semasa ditangkap, YB berkaitan hanya berseluaq dalam...malu!

Pas WAJIB menafikan ini atau ambil tindakan kepada Ust Saidi jika ianya adalah fitnah. 

Namun jika ianya BENAR, pecat ja lah ADUN ni dan pilih Calon lain. Beri rakyat Calon yang bersih dan suci...Isytiqhorohlah.

4 comments:

Anonymous said...

Bodoh, orang mendakwa lah kena bukti dan bawa kes ke mahkamah syariah...di situ lah tempat di putuskan siapa salah dan siapa benar!!...BODOH betul lah ko ni!!!

Anonymous said...

sapa yg hang kata bodoh. penzina atau yg jadi saksi?

tgu lah kes berjalan...saksi akan tampil. dlm video ni pun dah tunjuk salah seorang saksi.

2. haji fauzi
3. Perempuan (pasangan)
4. Pegawai Keselamat Pas yg lain seramai 6 org...tgu la ni.

akan dilapurkan agar fail siasatan dibuka...Allah Maha Besar

Jgn mudah bodohkan org...hang Islam ka kapiaq...???

Kedah Senang said...

Kalau YB ni rasa yg benda ni FITNAH, saman ja Ust Saidi kerana dok jaja nama dia...soalannya, ADA BERANI YB?

jgn dok nafi...biasa la politik. buat takkan nak mengaku...eloklah kalau SAMAN.

Anonymous said...

BODOH....KENAPA TAK BICARA KES NI..BERAT PEMBUKTIAN ADALAH KEPADA PENDAKWA ....KALAU DAH CUKUP SAKSI BAWA KES KE MAKHAMAH BAHALUL