Tuesday, December 21, 2010

Zaid Nak Saman Karpal Singh

Lembik dan tak bermaya tapi sembang tetap besaq.
Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.


Beliau berkata, ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang, semalam.

Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata, Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu, bukannya wira atau singa.

"Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).

"Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Tok sah saman Singh tu Zaid. P tolak pun rebah. Dah lembik dah!
Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata, beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.

Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.

Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.

Zaid berkata, Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.

Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997.

"Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah. Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.

"Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.

"Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,'' katanya.

Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular.

"Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya.

Sumber : UTUSAN

Kedah Senang:

Ni lah cara Pakatan Haram jadah ni. Bila 'bersama', cium mulut pun sanggup. Tapi bila 'bercerai' macam2 yang depa kata untuk memburukkan orang yang tidak menyokong depa. 
Persoalannya, apakah depa betui dan benar? Pasti tidak! kerana depa tidak lari dari kesilapan dan pastinya perkara macam ni memang tak betui dan tidak dibenarkan dalam agama.

Tapi Singh ni kapiaq...Ustad Pas yang patut tegoq. Namun kerana Pas dah dicucuk hidung, orang 'cabul' mesjid pun depa sanjung...Isytiqhorohlah!

No comments: