Thursday, January 13, 2011

AL-FATIHAH: Blogger AKU YANG GAMBI Meninggal Dunia

Blogger aktif dan bersemangat waja, AKU YANG GAMBI telah maninggal dunia malam tadi kira-kira jam 11.10 minit malam.

Terkenal sangat patriotik dan mengangkat Daulat Raja-raja Melayu terutama bagi negeri kesayangan beliau, jelas ditonjolkan terutama di 'header' blognya sendiri.

Dikaitkan dengan jangkitan kuman di paru-paru, Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Aziz Baharom umur 56 tahun telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Semasa hayatnya, Allahyarham konsisten mempertahankan perjuangannya yang berasaskan kepada Agama, Bangsa dan Negara. Allahyarham kuat mempertahankan FELDA dan bersedia mematahkan apa juga hujah pembangkang yang uba menjelekkan FELDA.



Allahyarham juga aktif di laman sosial facebook dan amat mudah mesra walaupun hanya dikenali melalui alam 'cyber' ini sahaja.

Adalah dimaklumkan bahawa Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung beliau di Felda Keratong 2, Pahang.

Dilihat dari blognya, Allahyarham kali terakhir menulis adalah pada Ahad 9 Januari yang lalu melalui artikelnya yang berjudul 'Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat?'

Bagi kami warga Bloggers merasakan satu kehilangan kepada dunia cyber 'blogging' kerana Allahyarham seorang yang sering mengunjungi Blog para sahabat dan pastinya selepas ini tiada lagi kunjungan ini.

Kami berdoa semoga Allah mencucuri RahmatNya kepada Allahyarham dan menempatkan beliau bersama-sama para solihin...AMIN. - FoN Online

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

Al Fatihah...

Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.