Friday, January 7, 2011

‘Balik India’……DAP Parti “Racist” Tulen

DAP hari ini terserlah sebagai parti perkauman tulen yang hanya membela nasib golongan tertentu dan bukannya  menjadikan agenda pembelaan untuk seluruh rakyat sebagai tumpuan utama mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata   peristiwa yang berlaku terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar semasa operasi penyitaan di premisnya mengesahkan apa yang tersirat selama ini.

Menurut beliau, jika benarlah apa yang didakwa oleh pengusaha restoran berkenaan bahawa Adun Komtar, Ng Wei Aik menggunakan kata-kata kesa ketika operasi berkenaan, ianya satu penghinaan yang melampau dan tidak menggambarkan apa yang dicanang oleh Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini.

“Ini bukan sahaja penghinaan kepada kaum India malah menunjukkan bahawa DAP ini adalah parti “racist” tulen. Sebenarnya bangsa India dipandang sinis di dalam parti terbabit. Kenapa saya katakan begitu….Bukankah sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran tewas dalam pemilihan jawatan di negeri berkenaan.
“Malah pemimpin sekutu DAP daripada PKR, yang merupakan Timbalan Presiden, Azmin Ali pernah memanggil dengan panggilan “Pariah” terhadap seorang pemimpin tertinggi PKR berketurunan India, N Gobalakrishnan sebelum ini. Jadi nampaknya kaum India begitu dipandang sinis di dalam pakatan pembangkang.
“Saya bukannya mahu meniupkan api perkauman dan sebagainya tetapi bercakap berdasarkan apa yang berlaku. Jika benar seperti yang didakwa, maka sudah terang lagi bersuluh apa yang tersurat dan apa yang tersirat oleh DAP hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas dakwaaan pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Beliau dilaporkan berkata Adun Komtar, Ng Wei Aik meminta beliau tutup kedai dan balik India. Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

“Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

“Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami,” katanya di sini hari ini.

Datuk Zainal seterusnya menambah, tindak tanduk Adun berkenaan ketika operasi berkenaan juga menujukkan mereka seolah-olah melaskanakan peraturan secara “ala gangster”.

Katanya tindakan beliau bersama ahli penguatkuasa yang lain seolah-olah tidak ada budi bahasa dan tatacara yang sepatutnya dalam melaksanakan tugas.

“Jika pengusaha restoran itu bersalah dan melanggar peraturan dan sebagainya, ikutlah prosedur yang ditetapkan. Saya rasa mungkin ada prosedur tertentu dan bukannya secara sedemikian rupa seolah-olah macam bandar “koboi”, katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan ‘mengepak’ tangan seorang pekerjanya.

“Saya tidak mengenalinya. Dia datang meluru dan terus memanggil penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merampas barang-barang milik restoran. Dia juga datang menerpa ke arah seorang pekerja saya, menarik rokok dan mengepak tangannya,” katanya. - MediaUMNO

No comments: