Tuesday, February 8, 2011

Nak Tergelak Jugak Bila Baca Mahfuz Ketaq Kena BAH

(Gambar atas: KENANGAN...Mahfuz bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Bukit Limau Manis, Segamat ketika seharian terperangkap di situ.)

Selepas terperangkap kira-kira 16 jam di 'pulau banjir' Pogoh dekat Segamat, dua Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mahfuz Omar bersama driver mereka selamat sampai awal pagi tadi.

Mereka sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi tadi selepas menempuh pelbagai rintangan dalam perjalanan itu.

Ketiga-tiga mereka bertolak dari Labis melalui Felda Chempelak kira-kira jam 1.30 pagi selepas selesai semua urusan pilihan raya kecil Tenang.

Mengikut perancangannya, mereka akan melalui jalan dari Segamat menuju Pagoh sebelum masuk ke lebuhraya.

Namun, kira-kira jam 2.00 pagi, mereka telah tersilap jalan apabila melihat satu papan tanda Pogoh yang mereka ingat Pagoh.

Rupanya jalan ke Pogoh itu akan membawa mereka Segamat semula bukannya Pagoh.

"Selepas melalui beberapa jalan berair kami sampai ke satu jalan yang penuh dengan air lagi. Tetapi apabila kami melaluinya, airnya sangat deras dan dalam.

"Apabila air masuk ke dalam kereta Toyota Fortuner Dr Hatta itu, saya ingat kami dah mati di bawa arus yang deras itu," cerita Mahfuz.

Namun, dengan kecekapan pemandu Dr Hatta iaitu saudara Aziz, mereka berjaya melepasinya.

Apabila sampai di jalan yang kering, Dr Hatta bercadang mahu meneruskan perjalanannya menempuh air berikutnya, namun Mahfuz tidak bersetuju kerana bimbang.

Hasilnya mereka mengambil keputusan tidur dalam kereta di Kampung Bukit Limau Manis dan terkejut ketika hari hampir siang.

Mereka kemudian tumpang sembahyang di sebuah rumah di situ.

Di kampung yang ibarat pulau inilah mereka terpaksa menunggu sehingga lewat petang menunggu pertolongan tiba.

"Saya hubungi semua pihak, polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Seorang jeneral tentera menghubungi saya tetapi usaha untuk menghantar sebuah bot tempur untuk mengambil kami gagal kerana arus terlalu deras.

"Kalau kami tak keluar lagi, pagi ini mereka akan hantar helikopter untuk mengambil kami," cerita Mahfuz.

Usaha pasukan Smart untuk menghantar bot mereka juga gagal kerana arus yang deras.

Namun, dengan pertolongan anggota Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamad, sebuah bot telah dihantar untuk mengambil beliau dengan melalui jalan-jalan yang kurang arus deras.

"Jam 7 malam, kami di bawa keluar dengan bot kecil kepunyaan orang kampung dan melalui perjalanan selama 30 minit merentasi apa yang dulunya sebuah kampung.

"Air banjir hampir melepasi atap rumah. Sewaktu kami berlepas, bantuan makanan belum sampai ke Kampung Bukit Limau Manis, tapi saya merasakan bekalan makanan penduduk kampung masih cukup untuk sehari dua lagi.

"Tiba di Kampung Lubuk Selimar jam 7.30 malam kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan 4 roda melalui jalan estet getah ke Bukit Siput. Bertemu MP Sekijang di situ. Kemudian dibawa ke Labis. Tiba KL jam 3 pagi, 24 jam lewat dari jadual," cerita Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Banjir kali ini dikatakan lebih teruk dari tahun 2006. Tidak ada amaran awal diberikan. Kerosakan hartabenda tanaman ternakan dijangka amat besar.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami," kata Dr Hatta.

Dari Blog Sahabat : Taiping Mali


KedahSenang:

Kak Chah nak tergelak la..ingatkan Mahpus ni berani sangat..kecut jugak no. Tapi besar punya bodo la...POGOH jadi PAGOH. Apa da???

1 comment:

Bapak3 said...

Salam, mohon untuk link kan blog saya di laman blog saudara. Blog saya ialah http://bapak3swithinthesewalls.blogspot.com