Wednesday, March 30, 2011

NASARUDDIN TANTAWI SOKONG PENDEDAHAN VIDEO LUCAH!!!

Para pemimpin PAS terutama kepimpinan utama, sangat terkenal dengan sifat SUKA BERPUTARBELIT mereka dalam dalih-dalih beragama. Cakap-cakap mereka biasanya dihiasi dengan butir-butir agama, terutama apabila berkenaan dengan UMNO. Namun apabila terkena ke batang hidung sendiri atau rakan sekutu PAS, mereka biasanya berpusing 180 darjah.

Menentang zina dan liwat merupakan sabuah Jihad juga, Jihad menentang peliwat dan penzina yang diangkat menjadi Ketua kepada kumpulan yang terdiri dari cardik pandai Agama dan sebagainya. Jihad untuk menafikan orang seperti ini tidak menjatuhkan martabat Islam.
Video lucah yang disabitkan dengan Anwar Ibrahim menyebabkan kem PAS terbelah kepada beberapa fahaman. Presiden dan Timbalan Presiden PAS cuba menyatukan semua kumpulan tersebut dengan memberi isyarat PAS berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim.

Namun hal yang membabitkan agama, biasanya tidak mampu dapat diselindungi dengan cubaan menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim semata-mata atas nama Pakatan Rakyat. Dan mungkin kerana dasar itulah juga, maka Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS awal-awal lagi telah memberi amaran yang PAS akan dikeluarkan dari Pakatan Rakyat seandainya orang yang ada dalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim.

Berita Selanjutnya klik sini

No comments: