Thursday, May 5, 2011

FAHAM SANGAT KA MAHFUZ BEAN NI TENTANG TAKTIK ZIONIS?

Sebahagian dari petikan kata-kata Mahfuz di laman twitternya. EHSAN: TAIPINGMALI
Mahfuz Omar terus bersuara selepas dihentam teruk akibat penggunaan bahasa lucah dan kesat di Twitter.

Kali ini, Mahfuz Omar menyuarakan pula tentang UMNO-BN yang disifatkannya, membuli Cina dan menipu Melayu. Kata Mahfuz lagi, taktik Zionis yang digunakan oleh UMNO-BN iaitu dengan mengajak PAS menyertai Barisan Nasional atau keluar dari Pakatan menunjukkan UMNO sedang ketandusan sokongan kaum Cina.

Bekas penjaga stor Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ini faham ke tidak dengan maksud ZIONIS?

Untuk pengetahuan Mahfuz Omar, ZIONIS menggunakan helah membodoh-bodohkan umat dan pemimpin Islam dengan berita-berita serta cerita-cerita yang menyeronokkan seperti mana yang dilakukan oleh DAP kepada PAS sekarang ini. ZIONIS bukan sahaja tidak mahu umat Islam dari pelbagai fikrah bersatu atau bersetuju dalam banyak perkara berbanding tidak bersetuju, bahkan akan menggambarkan sebarang usaha penyatuan dan persetujuan umat Islam sebagai sesuatu yang sangat menjijikkan.

Mahfuz juga perlu ingat, otak Zionis jauh lebih besar dan pandai berbanding otaknya. Zionis tidak akan sesekali membiarkan umat Islam menjadi utuh dan kukuh, sebaliknya sentiasa menyokong kelompok umat Islam yang paling bengong dengan menggambarkan mereka sudah sangat kuat dan tidak perlu bersatu dengan mana-mana umat Islam yang lain.

Apa yang berlaku sekarang ialah, salam yang dihulurkan oleh UMNO nampaknya bukan sahaja ditolak mentah-mentah tetapi diejek-ejek dengan menggambarkan UMNO yang menghulur salam sudah ketandusan sokongan. Pandangan tentang Islam dan umat, dikesampingkan demi memberi ruang dan laluan kepada DAP untuk menjurangkan antara PAS dan UMNO.

Mungkin Mahfuz tidak tahu apa-apa tentang Zionis. Barangkali dia sekadar mendengar cerita tentang Zionis, tetapi tidak pernah tahu apa sebenarnya Zionis dan tujuan kewujudan mereka di muka bumi ini, selain taktik yang digunakan oleh Zionis untuk kekal berkuasa dan menjadi tempat penggantungan harapan. SUMBER : BLOG SAHABAT 'FLYINGKICK'

No comments: