Friday, May 20, 2011

PAS Tak Kisah Kalau Itu Benar Anwar???

PAS tetap dengan pendirian tidak mahu terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf berhubung isu rakaman video seks yang didakwa mirip ketua pemimpin pembangkang, kata Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Beliau berkata pendirian PAS adalah atas pertimbangan agama dan tidak pernah berubah sejak hari pertama isu tersebut tercetus kerana bagi parti itu tuduhan atau dakwaan tersebut perlu disertakan bersama empat saksi yang adil.

"Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi," katanya ketika ditanya pendirian PAS berhubung isu berkenaan di ibu pejabat parti itu di sini Khamis.

Mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip ketua pemimpin pembangkang, Salahuddin berkata isu terbabit tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terbabit walaupun ia telah disahkan tulen. Sumber asal: BERNAMA

No comments: