Friday, May 20, 2011

Salahuddin Tarik Diri Takut Skandal Bocoq...???

Oh Nona ku Azizah...
Jumlah calon bagi merebut kerusi timbalan presiden PAS pada pemilihan semasa Muktamar PAS ke-57 berkurang kepada lima apabila naib presiden Salahuddin Ayub menarik diri dari bertanding jawatan itu.

"Setelah saya melihat diri saya sendiri dan keupayaan saya tidak berkelayakan untuk jawatan nombor dua itu.

"Saya tak layak bertanding...terpulanglah kepada orang untuk menilai tetapi saya rasa setelah saya muhasabah diri saya tidak berkemapuan di situ," katanya di sini pada Khamis.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu berkata masih ramai rakan seperjuangan yang layak untuk bertanding jawatan itu.

Selasa lepas Salahuddin diumumkan antara yang layak bertanding bagi kerusi timbalan presiden selain penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan dua anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Pada pemilihan PAS 2009, Salahuddin dipilih buat pertama kali sebagai naib presiden selepas memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan mendapat undi kedua terbanyak iaitu 824 undi selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (871 undi). Seorang lagi naib presiden ialah Datuk Mahfuz Omar dengan 663 undi.

Salahuddin juga layak untuk bertanding mempertahankan kerusi naib presiden, namun keputusannya bergantung kepada pencalonan yang diterimanya dari 146 kawasan.

Beliau berkata jika jumlah pencalonan itu menggambarkan bahawa anggota parti yakin dengan tanggungjawab yang dipikulnya selama ini maka beliau bersedia pertahankan jawatan naib presiden.

Katanya, keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak hanya akan diketahui semasa pengumuman calon yang mengesahkan akan bertanding oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Semua yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden itu turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

Lapan yang lain yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah ketua penerangan PAS pusat Idris Haji Ahmad, naib presiden Datuk Mahfuz Omar, bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, pemimpin PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, ketua penerangan Dewan Ulama Nik Zawawi Nik Salleh dan tiga anggota jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman, Mujahid Yusof Rawa, dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sumber asal: BERNAMA

No comments: