Saturday, October 22, 2011

HIMPUN: Bukti Pas Tak Perjuang Islam!

Tindakan Pas mempertikai dan mempolitikkan program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, esok membayangkan parti pembangkang itu tidak serius memperjuangkan Islam di negara ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata, umat Islam seharusnya bersatu tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang untuk menjayakan perjuangan murni tersebut.

“Pas lantang bersuara selama ini dan menggunakan nama Islam sebagai modal untuk menarik perhatian rakyat, namun apabila tiba masanya mereka enggan turut serta malah mempolitikkan perhimpunan ini.

“Mereka seolah-olah tidak memahami intipati perjuangan sebenar perhimpunan yang mahu menyelamatkan akidah umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Kelmarin, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut dengan alasan menghormati kehendak penganjur yang menetapkan perhimpunan tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Setakat ini, lebih 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan sokongan menjayakan Himpun yang bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam daripada gejala murtad.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan keputusan Pas untuk tidak menyertai Himpun menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu sekali gus mempertahankan slogan terbaru parti itu untuk tidak lagi memperjuangkan Islam dan tidak mahu Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam sejajar dengan matlamat DAP. - Utusan

No comments: