Monday, January 30, 2012

Ketua Polis Negara Meninggal? @HishammuddinH2O

Tan Sri Ismail Omar.
Itu hanyalah khabar angin dan fitnah yang sememangnya dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kerja depa, doa untuk orang lain mati dan bala pada musuh mereka sedangkan kita asyik berdoa agar Allah rahmati Malaysia (termasuk mereka-mereka yang busuk hati).

Sunday, January 29, 2012

@HishammuddinH2O Cabaq PKR Ulas Isu @AnwarIbrahim Sokong Israel

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin meminta pemimpin-pemimpin PKR agar menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yg menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

'Saya juga nak tahu apa pandangan parti komponen pakatan pembangkang. Apa pendirian rasmi DAP, PKR dan Pas'. Soal beliau pd sidang media sempena majlis sambutan Tahun Baru Cina di Paloh hari ini.

Beliau sendiri tidak terkejut dgn kenyataan Anwar itu khususnya kpd media antarabangsa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 27, 2012

Kerajaan Selangor Penakut!!! @KhalidSamad @DrHasanAli

Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.

Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.

Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.

Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.

IMR penyelamat rakyat.

Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@SyedHusinAli Saman Utusan Dan @ZulkifliNoordin

Syed Husin Ali pada Jumaat memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan dua lagi berhubung artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Edwin Lim Suren and Soh.

NFC Tidak Gagal - @NohOmar

Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.

Siapa Mazlan Aliman..Pembela atau Pembala!

BERHAKKAH MAZLAN ALIMAN HALANG PENEROKA TERIMA HAK/FAEDAH MEREKA?

✓     ‪ Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.‬ 

Himpunan Media Sosial Negeri Pahang Dan Jelajah MyVo1ce

Program ini adalah susulan dari Program peringkat pusat, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 November 2011 yang lalu.
Untuk negeri Pahang, Program ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob.
Sama seperti yang dilancarkan, Jelajah MyVo1ce juga adalah kesinambungan gerakan sukarelawan dan aktivis media sosial Pro BN dan kali ini pengisiannya lebih terperinci.

Sunday, January 22, 2012

Masih Relevankah AUKU?

Satu sessi bual bicara akan dianjurkan oleh Karangkraf bertajuk 'Masih Relevankah Auku?'.
Tarikh: 26 Januari 2012 (khamis),

jam: 2pm.

Tempat: Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam.

Ahli panel: Prof Dr Aziz Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Auku, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Pemangku President/Naib Censelor UNISEL, Prof Anuar Ahmad, Presiden Majlis Belia Malaysia, sdr Maliki dan Presiden Aspirasi, Sdr Shahar Äbdulah.

Moderator: Amin idris.

Hadir beramai2 kerana ini peluang terakhir anda menyatakan pandangan mengenai auku.

Moga satu lagi sejarah akan tercipta pada 26hb ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, January 21, 2012

Jangan Serang Peribadi!

Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin hari ini menyeru ahli2 UMNO agar tidak terikut2 rentak pembangkang yg tidak henti2 menyerang peribadi pemimpin UMNO/BN.

Jangan kita org UMNO sendiri menghangatkan keadaan sehingga kita sesama sendiri yg menjejaskan perjuangan parti.

Apa yg penting ialah UMNO perlu terus fokus kpd usaha memperkukuhkan parti dan menggerakkan jentera kita yg skrg ini cukup bersemangat, katanya selepas merasmikan Majlis Pemukiman UMNO Terengganu di Janda Baik di sini, hari ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 19, 2012

SPR Setuju?

SPR setuju laksana 7 daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh PSC pada PRU-13; 3 lagi cadangan masih dalam kajian SPR - Pengerusi SPR
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Shahrizat Saman Zuraida, Rafizi RM100 Juta

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Pusat Fidlot Negara (NFC).

Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi. Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ada Lagi Yang berani Ugut PM @NajibRazak @PDRMsia

Baru nak lepas kes Pelajar USM Penang yang ugut nak letupkan helikopter PM, kini ada lagi orang GILA yang berani buat ugutan kepada PM.

Kali ni Peinee Teoh telah mengeluarkan ugutan bunuh yang lebih kurang sama.


detail budak ni klik sini>>>

Wednesday, January 18, 2012

GEMPAQ!! @AdamAdli Lagi..

Dikhabarkan Mahasewel Adam Adli dan rakan2 sdg berarak drp Sogo ke PWTC utk membuat kecoh.

Demi pertahankan maruah org Melayu, diharapkan sdr2 sekelian dpt bersama2 menghalang mereka2 yg berniat jahat terhadap bangsa kita sendiri.

Rakan2 Pemuda Berdekatan Jom Kita Pertahankan, Sekian.

Otw Ke PWTC Now.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 15, 2012

Jom Pi Ramai-ramai!!!

Ceramah Umum : Liwat 901 - Terima kasih Yang Arif Tuan Hakim kerana telah memberikan lesen meliwat kepada bakal PM Malaysia. Apa sudah jadi dengan Mahkamah Malaysia?

Malam ini, 15 Januari, Ahad, 9 mlm
Lokasi Tadika Nuri, Jalan Kristal 7/68, Sek 7, Shah Alam.

Penceramah
Datuk Salehuddin Saidin (Peguam Kanan, Bekas Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara)

Dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 13, 2012

Blogger Sharpshooter Dah Lari?

Ingat lagi kes Menteri KPKK, Datuk Seri Utama yang menyaman blogger Din  sharpshooter kerana menfitnah dan cuba mengaibkan beliau berkaitan isu amah.

Blogger itu disaman dan kes memihak kepada DSU Rais.

Sultan Selangor Berkenan Batalkan Pelantikan Hasan Ali

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat atas nasihatnya kepada baginda ketika menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini pada Jumaat.

Jamil Khir Jawab Isu Fitnah Rumah, Zakat


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjadi mangsa fitnah PKR kini tampil memberi perjelasan berkenaan isu rumah dan wang zakat.

Katanya, isu rumahnya itu sepatutnya tidak berbangkit kerana telah dibeli sejak dari tahun 1994 ketika beliau berkhidmat dalam tentera.

Thursday, January 12, 2012

Penggunaan Wang Zakat Sah!!!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Shahrizat Cuti 3 Minggu!!!

Datuk Seri Shahrizat Jalil telah memohon cuti rehat selama 3 minggu bagi membolehkan SPRM menyiasat sepenuhnya isu NFC.

Dalam kenyataannya, Shahrizat menyatakan permohonan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rakyat Tetap Keutamaan BN

YAB DS Najib Perdana Menteri Malaysia sebentar baru sahaja Melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M bertempat di PWTC

Skim ini merupakan satu lagi inisiati Kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi di:-

Unit Projek Khas - SARA 1Malaysia
Tingkat 28, Menara PNB,
201-A Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Hotline: 03-20573065
Talian dibuka dari 9pg-5ptg
Isnin-Jumaat(tidak termasuk Hari Pelepasan Am)

Layari di: www.sara1malaysia.com.my
Email: saracare@sara1malaysia.com.my

Rebutkan peluang ini bagi menjana ekonomi kita.

Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saiful Berhak Dapat Keadilan, Peguam Negara Dirayu Failkan Rayuan

BAPA Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim (kiri) ketika mengadakan sidang media di rumahnya di Bandar Utama, Damansara, Kuala Lumpur
Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.

Rayuan Seorang Bapa Yang Merasakan Anaknya Teraniaya..!!!

Saksikan video ini...jika ini berlaku kepada kaum keluarga kita (bayangkan sendiri)

Siapa Yuli Arianto...Pelik Dengan Status FBnya!

Mat heran dengan seorang mamat dari Indonesia ni. Status fbnya meragukan dan seolah meluahkan kekecewaan terhadap seseorang yang telah 'meragut' perawannya dia.