Friday, January 27, 2012

Himpunan Media Sosial Negeri Pahang Dan Jelajah MyVo1ce

Program ini adalah susulan dari Program peringkat pusat, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 November 2011 yang lalu.
Untuk negeri Pahang, Program ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob.
Sama seperti yang dilancarkan, Jelajah MyVo1ce juga adalah kesinambungan gerakan sukarelawan dan aktivis media sosial Pro BN dan kali ini pengisiannya lebih terperinci.
Kekuatan program ini adalah kerana dijana hasil kerjasama semua Pihak terutama kumpulan Blogger PAHANGKU.
Program ini dijangka akan dihadiri lebih dari 700 Penggiat media sosial tertutama mereka yang aktif di twitter, facebook dan blog.
Bermula jam 8.00pagi dengan pendaftaran dan sarapan pagi, program akan berakhir pada jam 4.00petang. Program akan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh.
Bagi anak Pahang yang berminat untuk ikut bersama program ini, anda boleh mengirimkan email ke kms1m.phg@gmail.com . Berikan butiran anda seperti Nama, No telefon, id facebook atau twitter atau blog atau ketiga-tiganya.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 5.00petang, 31 Januari 2012.
Keutamaan diberikan kepada Anak Pahang. - MyVo1ce_News

No comments: