Friday, January 13, 2012

Jamil Khir Jawab Isu Fitnah Rumah, Zakat


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjadi mangsa fitnah PKR kini tampil memberi perjelasan berkenaan isu rumah dan wang zakat.

Katanya, isu rumahnya itu sepatutnya tidak berbangkit kerana telah dibeli sejak dari tahun 1994 ketika beliau berkhidmat dalam tentera.

“Saya beli rumah itu dan saya beli masa saya (berkhidmat dalam) tentera pangkat mejar dan saya berhenti tentera (berpangkat mejar jeneral)

“Banyak tahun saya mengalami proses kenaikan pangkat..barulah saya berada di post (pangkat) itu..dan bila saya beli rumah itu..Tuhan bagi kat saya alhamdulillah rezeki..saya beli rumah itu lelong di mahkamah dan saya menang”, katanya dalam sidang media di ibu pejabat Jakim, Putrajaya, 11 Jan.

Menjawab isu dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) bagi pembayaran kos guaman Datuk Che Mat Che Ali, Jamil Khir dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata peruntukan untuk kes-kes guaman memang diluluskan dalam Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Wilayah Persekutuan, 3 September 2009.

Jamil Khir membacakan kenyataan jawapan yang disediakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh bagi menjawab isu tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

...seterusnya>>>

No comments: