Friday, January 27, 2012

Siapa Mazlan Aliman..Pembela atau Pembala!

BERHAKKAH MAZLAN ALIMAN HALANG PENEROKA TERIMA HAK/FAEDAH MEREKA?

✓     ‪ Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.‬ 



✓     ‪ Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.‬ 

✓     ‪ Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada dibiarkan.‬ 

✓     ‪ Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka. Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.‬ 

✓     ‪ Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan siapa tidak?‬ 

✓     ‪ Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus?‬ Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan seperti bola atas nama politik.

✓     ‪ Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.‬ 

✓     ‪ Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka sebagai mangsa kerakusan kuasa tajaan DAP!

No comments: