Tuesday, February 28, 2012

Rela Undur Diri..Bukti @DrBadrulamin Bersalah?

Nak tanya..nak dikepit Badrulamin tu, Isteri atau Mak dia...???
"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

Wednesday, February 8, 2012

PR terus 'diserang' Hasan, dakwa fokus Pas hanya Putrajaya

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,  Datuk Dr. Hasan Ali menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, Pas yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.

Yayasan S'ngor lelong asrama untuk kepentingan komersial

SHAH ALAM: Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri.

Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).

Disebabkan itu, aset tapak kerajaan Selangor yang berstatus tanah institusi pendidikan dan bernilai jutaan ringgit itu terpaksa dikomersialkan untuk mendapat sumber kewangan...seterusnya>>>

Cuma Tunggu Polis Sahkan...Eliwonge!!!

Walaupun kalau ikut cerita media Indonesia mengenai Azmin Heli, boleh kata 99.99 peratus lelaki yang sama diburu polis berikutan penyebaran gambar tak senonoh Exco Selangor Elizebert Wong, tapi secara rasminya pihak berkuasa Malaysia belum terima pengesahan dari polis Indonesia mengenai identiti sebenar lelaki tersebut.

Media sebelum ini heboh mengenai penahanan Azmin Heli itu selepas Sekreteriat Akhbar Pejabat menteri Besar Selangor keluar kenyataan sedang meneliti laporan mengenai lelaki tersebut, yang dipercayai bekas teman lelaki  Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas...selanjutnya>>>

@DrHasanAli Serlahkan Kemunafiqan PAS!!!

Perkara ini memang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun PAS cuba untuk melindunginya, tetapi pekung tetap juga berbau.

Kalau sebelum ini mereka kata yang isu berkaitan dengan pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali tidak memberi kesan kepada PAS, ianya adalah bohong semata-mata.

PAS secara keseluruhannya memang menerima tamparan yang cukup hebat setelah mereka mengambil tindakan tersebut.
 

Wednesday, February 1, 2012

@KhalidSamad Adalah Parasit!!!

HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam.
Seperti yang dijanjikan kepada Rakyat, semalam, Dr Hasan Ali telah mendedahkan siapakah parasit yang dimaksudkan.

Hasan Ali semasa ceramahnya juga memberitahu bahawa Khalidlah antara yang paling 'menyibuk' untuk membebaskan isu DUMC yang terlibat memurtadkan Islam.