Wednesday, February 8, 2012

Cuma Tunggu Polis Sahkan...Eliwonge!!!

Walaupun kalau ikut cerita media Indonesia mengenai Azmin Heli, boleh kata 99.99 peratus lelaki yang sama diburu polis berikutan penyebaran gambar tak senonoh Exco Selangor Elizebert Wong, tapi secara rasminya pihak berkuasa Malaysia belum terima pengesahan dari polis Indonesia mengenai identiti sebenar lelaki tersebut.

Media sebelum ini heboh mengenai penahanan Azmin Heli itu selepas Sekreteriat Akhbar Pejabat menteri Besar Selangor keluar kenyataan sedang meneliti laporan mengenai lelaki tersebut, yang dipercayai bekas teman lelaki  Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas...selanjutnya>>>

No comments: