Thursday, March 29, 2012

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat Maut, Tiga Cedera Selepas MPV Dinaiki Terbabas

Kereta MPV yang terbabit terbabas dan melibatkan kematian kepada 2 orang AJK UMNO Hulu Langat...Al Fatihah
PUTRAJAYA, 28 Mac - Dua Anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat meninggal dunia dan tiga cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu di Persiaran Selatan dari arah Dengkil ke Putrajaya dekat sini, Rabu.

Friday, March 2, 2012

Dahsyat la @AnwarIbrahim...RM600 juta!!!

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RM600 juta untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.

RPK, yang juga bekas pengendali Free Anwar Campaign (FAC) merumuskan hanya dengan faktor dana sahaja Ketua Umum PKR itu mampu merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7.

PAS Kedah...Retak Menanti Belah!!!

YB Datuk Dr. Ismail Salleh
INI pengakuan seorang dari dua exco yang enggan dilantik semula dalam kemelut pentadbiran kerajaan PAS Kedah baru-baru ini, Datuk Dr Ismail Salleh (gambar) menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai seorang yang keras dan degil yang menjadi punca kemelut yang berlaku.

Beliau yang memegang potfolia Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali pertama bersuara sejak kecoh-kecoh yang melanda PAS Kedah itu.

Punggah!!! Krisis PAS Kedah Semakin Kronik!

Pakat celaru...kuasa duniawi punya pasai! Ambik hangpa, karma la ni!
Kalau mengikut perkembangan terbaru dalam krsis PAS Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub tentu orang yang paling risau dan pening kepala sekarang.

Ini kerana beliau yang dihantar oleh PAS Pusat untuk 'misi damai' antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dengan puak Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan geng dengan bergaya telah membuat kenyataan bahawa hasil pertemuannya dengan kedua pihak 'POSITIF'.

Thursday, March 1, 2012

Media Sosial 'Api Dalam Sekam' - @1_Agenda @ZulAzharCha

Media Sosial sememangnya medium yang terkini dan digemari serta digunapakai terutama oleh golongan muda. Budaya songsang dengan memuat turun atau paparan berita yang berbaur fitnah dan bersifat pecah-belah, dikhuatiri boleh membawa kemudharatan kepada negara bangsa jika hasutan serta propaganda ini tidak dikekang.

Surat Tun M: @AnwarIbrahim Malu!

DS Hishammuddin berkata pendedahan surat-surat bekas PM Tun Dr Mahathir kepada PM Israel, jelas menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim untuk cuba menyamakan pendirian beliau & Tun Mahathir mengenai isu hubungan dengan Rejim zionis itu.

Katanya tindakan Anwar itu bukan sahaja gagal untuk cuba mengalih pandangan rakyat malah telah terpalik semula kepada beliau yang sering bersikap tidak konsisten dan sentiasa berubah-ubah mengikut pertimbangan politik.