Friday, March 2, 2012

PAS Kedah...Retak Menanti Belah!!!

YB Datuk Dr. Ismail Salleh
INI pengakuan seorang dari dua exco yang enggan dilantik semula dalam kemelut pentadbiran kerajaan PAS Kedah baru-baru ini, Datuk Dr Ismail Salleh (gambar) menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai seorang yang keras dan degil yang menjadi punca kemelut yang berlaku.

Beliau yang memegang potfolia Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali pertama bersuara sejak kecoh-kecoh yang melanda PAS Kedah itu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Kedah itu, beliau tetap menyokong usaha Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan akan terus bersamanya demi kebaikan parti.

Selain itu, beliau turut memberi bayangan untuk meletak semua jawatannya dalam parti berkenaan dan membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Mengkudu yang diwakilinya ketika ini.

Katanya, ia berikutan terdapat gerakan untuk menyingkirkannya dari PAS Alor Mengkudu yang sedang dijalankan oleh pihak tertentu sejak pergolakan itu meletus.

No comments: