Thursday, April 5, 2012

#Nalla Terima Surat Berunsur Ugutan Sejak Dedah Peribadi @AnwarIbrahim

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan menerima sepucuk surat berunsur ugutan setelah beliau mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin biseksual baru-baru ini.



Katanya, surat tersebut diterima pada pukul 12 tengah hari semalam dan dialamatkan ke Parlimen Malaysia, bukan ke rumahnya di Bukit Tunku, namun beliau mendakwa surat tersebut kemudiannya dihantar seseorang ke kediaman beliau.

"Isi kandungan surat satu muka surat yang bertulisan tangan itu sangat marah dengan kenyataan saya mengenai Anwar malah penulis mengugut saya dan peguam saya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, untuk 'berhati-hati'.

"Dalam surat itu juga ada disebut perkataan 'pariah' dan saya tidak tahu mengapa ia digunakan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, di sini Rabu.

Pada Khamis lepas, media tempatan melaporkan, Nallakarupan yang juga anggota Dewan Negara berkata beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual. - BERNAMA

No comments: