Wednesday, May 30, 2012

Kenapa PR diketuai DAP Anti-Lynas?

Lynas adalah syarikat yang membuka kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Apa itu nadir bumi? Nadir bumi secara ringkasnya adalah unsur yang diperlukan untuk menghasilkan peralatan elektronik. Hasil dari nadir bumi inilah kita akan dapat menghasilkan peralatan elektronik yang kecil dan ringan seperti ipod nano dan I phone.

Nadir bumi adalah kuasa untuk masa hadapan. Sama seperti petroleum pada sekarang ini.

Negara yang memproses nadir bumi pada masa hadapan mempunyai kuasa sama seperti negara yang memproses petroleum pada masa kini.

Buat masa ini, china mengeluarkan 97% jumlah keseluruhan nadir bumi. Bayangkan kuasa monopoli yang ada pada negara china.

Bayangkan jika suatu hari nanti china menggunakan kuasa monopoli untuk mengurangkan pengeluaran nadir bumi.

Kuasa yang sama seperti US ada apabila menghadkan pengeluaran petroleum pada zaman sekarang.

Atas alasan inilah pakatan rakyat yang diketuai DAP bersungguh2 memburukkan projek nadir bumi di malaysia.

Kita sebagai rakyat janganlah tertipu dengan permainan politik mereka.

Sekiranya DAP jujur perjuangkan nasib penduduk gebeng, kenapa menolak jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) yang diwujudkan untuk mengkaji isu Lynas.
Sent by Maxis from my IPhone 4s® smartphone

Tuesday, May 29, 2012

@MbNizar Ad-DAP Meroyan, Menghasut dan Derhaka @HRHJohor2

Tweet Nizar semalam. Lahirnya seperti orang yang punya hati yang busuk lagi keji!
Entahlah aMat, apa nak jadi dengan Ahli Parlimen yang juga ADUN Pasir Panjang Perak aka mantam MB Perak tajaan DAP ni.

Semua yang tidak menyebelahinya, pasti dikritik dan dikeji.

Terbaru berkaitan pembelian tender no pendaftaran 'WWW 1' yang diperolehi oleh Duli Tuanku Sultan Johor.

Umum semua rakyat tahu yang Tuanku juga setiap tahn mengeluarkan zakat kepada fakir yang layak dan sudah pastilah pembelian no pendaftaran ini yang berharga RM520,000.00 adalah di dalam bidang kemampuan Duli Tuanku.
Tunku Mahkota Johor
Siapa kita untuk pertikaikan.

Kalau itulah pertikaiannya, elok juga rasanya Nizar jualkan Camrynya dan gunakan saja kereta Unser lama. Boleh juga duit yang terhasil dari jualan kereta mewah Camry tu, digunakan untuk rakyat miskin yang lain.

Mesti la laju. Kalau tak, takkan sampai jadi gini...kenapa? Bayangkan...

Lagi pula, Nizar pernah kemalangan dahsyat sehingga keempat2 tayar keretanya naik ke atas. Ini ertinya, dia memandu dengan laju dan mungkin dengan penuh riak dan sombong (maklumlah kereta besau).

Namun YTM Tunku Mahkota Johor pantas menjawab melalui bbm kepada rakan-rakan dan ianya seperti ini :

Message from Crown Prince of Johor to YB Nizar -JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money. So before You Open your mouth. Do your research.

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu @AzminAli

Sempena Hari Ibu, saja Mat nak shar video ni...apa punya anak si Assmin ni

Azmin Ali: Tangisan Seorang Ibu...Bertaubatlah!


Hajjah Che Tom adalah Ibu kandung Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau amat berkecil hati dan sedih kerana tidak dipedulikan Azmin Ali. Ada terjadi sewaktu Azmin Ali melawat Parlimen Gombak berdekatan dengan rumah Ibunya, namun Azmin tidak singgah mahuPun bertanya khabar dari Ibu kandungnya.
Perbuatan Azmin diibaratkan Si Tanggang Moden sehing tertitisnya Airmata seorang Ibu....Tonton dan Fikirkanlah.