Wednesday, May 30, 2012

Kenapa PR diketuai DAP Anti-Lynas?

Lynas adalah syarikat yang membuka kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Apa itu nadir bumi? Nadir bumi secara ringkasnya adalah unsur yang diperlukan untuk menghasilkan peralatan elektronik. Hasil dari nadir bumi inilah kita akan dapat menghasilkan peralatan elektronik yang kecil dan ringan seperti ipod nano dan I phone.

Nadir bumi adalah kuasa untuk masa hadapan. Sama seperti petroleum pada sekarang ini.

Negara yang memproses nadir bumi pada masa hadapan mempunyai kuasa sama seperti negara yang memproses petroleum pada masa kini.

Buat masa ini, china mengeluarkan 97% jumlah keseluruhan nadir bumi. Bayangkan kuasa monopoli yang ada pada negara china.

Bayangkan jika suatu hari nanti china menggunakan kuasa monopoli untuk mengurangkan pengeluaran nadir bumi.

Kuasa yang sama seperti US ada apabila menghadkan pengeluaran petroleum pada zaman sekarang.

Atas alasan inilah pakatan rakyat yang diketuai DAP bersungguh2 memburukkan projek nadir bumi di malaysia.

Kita sebagai rakyat janganlah tertipu dengan permainan politik mereka.

Sekiranya DAP jujur perjuangkan nasib penduduk gebeng, kenapa menolak jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) yang diwujudkan untuk mengkaji isu Lynas.
Sent by Maxis from my IPhone 4s® smartphone

No comments: